Friday, November 11, 2016

LIM GUAN ENG KINI TIDAK SEPOPULAR DULU


Sebagai seorang pemimpin berkedudukan tinggi dalam parti DAP , aura Guan Eng kini sudah tidak lagi sepopular dulu.Jika sebelum ini anak kesayangan Kit Siang ini ditatang bagai minyak yang penuh , kini semuanya sudah berubah.

Perubahan yang berlaku bukan sahaja melibatkan penolakan sebahagian besar penduduk Pulau Pinang terhadap kegagalan dasar pentadbirannya di Pulau Pinang tetapi sudah sampai melarat ke dalam parti.

Konvesyen tahunan DAP yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini jelas memperlihatkan bagaimana sokongan terhadap Guan Eng semakin menurun.

Dilaporkan daripada jumlah 1,027 delegasi yang sepatutnya memenuhi dewan konvensyen hanya 328 sahaja yang hadir dan jumlah itu semakin berkurangan selepas rehat tengah hari yang berbaki 50 orang.Barangkali inilah jumlah macai-macai tegar Guan Eng !

Seperkara yang perlu diberikan perhatian adalah walaupun sebelum ini sudah terdapat dari kalangan wakil-wakil DAP sendiri yang dilihat tidak bersetuju dengan cadangan mahupun perancangan kerajaan DAP di Pulau Pinang yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri kini suasana dan keadaan itu merebak ke dalam parti DAP sendiri.

Perwakilan DAP dari Taman Chai Leng, Shamser Singh Thind dilaporkan telah membidas pucuk pimpinan DAP kerana kerjasama songsang dengan gerakan Tun Mahathir yang pada pandangan EP telah menyebabkan ramai lagi dari kalangan ahli DAP sendiri yang kebingungan.

Shamser menyamakan Dr. Mahathir sebagai bapa ayam dan ular, yang lebih merbahaya daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan rekod Shamser merupakan seorang yang lantang mengkritik malah tahun lepas, beliau telah mempersoalkan kenapa pengerusi DAP negeri tidak dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan sejak itu, suara-suara yang mendesak supaya pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan Guan Eng semakin kuat kedengaran di negeri berkenaan.

Mungkin kerana melihat suasana semakin tidak menyebelahi beliau , Guan Eng kemudiannya telah mengumumkan bahawa Chow Kon Yew bakal menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya beliau di penjarakan kerana kes salah guna kuasa dan rasuah yang hanya menanti hari untuk dibicarakan di mahkamah.

Disini jelas dapat EP simpulkan betapa Guan Eng bukan sahaja tidak selesa tetapi tidak lagi mampu membuat keputusan yang benar-benar profesional sebagai seorang ahli politik yang kini berjawatan Ketua Menteri.

Sekiranya Guan Eng profesional dan berpegang kepada dasar kucing kurapnya , Ketua Menteri Pulau Pinang ini harus berhati-hati dalam membuat keputusan penting sebegini.

Ini kerana pentadbiran kerajaan negeri bukannya ditentukan oleh Guan Eng tetapi ianya perlulah sekurang-kurangnya melalui pertimbangan hiraki pentadbiran.

Kedudukan Ramasamy dan Rashid sebagai Timbalan Ketua Menteri seharusnya diberikan perhatian kerana berdasarkan hiraki hanya merekalah yang selayaknya menggantikan Guan Eng walau apa jua keputusan sekalipun.

Guan Eng harus sedar bahawa ini bukan keputusan PRU mahupun PRK tetapi keputusan yang perlu dibuat sekiranya Ketua Menteri didapati bersalah oleh mahkamah.

Maka jelas sekali lagi tindakan yang tidak profesional ini membuktikan kepada kita bahawa Guan Eng tidak lagi relevan untuk terus mengemudi Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama timbul persoalan dan sudah pun diperbincangkan banyak pihak tentang sikap Guan Eng yang dilihat terburu-buru ini.

Apakah ianya dilakukan kerana Guan Eng kini tergugat kedudukannya dalam parti DAP ?

Atau Guan Eng dan DAP sememangnya bersikap RASIS apabila langsung tidak menamakan kedua-dua timbalanya sebagai pengganti ?

Yang lebih memburukkan keadaan apabila kedudukan Ramasamy itu sendiri sebagai ahli DAP dan kenapa agaknya Guan Eng tidak menamakan beliau sebagai pengganti ?

Adakah kerana Ramasamy bukan berbangsa cina ?

Dengan segala kepincangan ini seharusnya seluruh warga Pulau Pinang sudah dapat menghidu langkah Guan Eng dan dasar DAP itu sendiri.

Cumanya semuanya terletak di tangan kita sama ada masih mahu percaya dengan Guan Eng dan DAP atau segera bingkas bangkit menolak kepimpinan Guan Eng yang semakin kurang waras seperti mana anak-anak muda Pulau Pinang BANGKIT dalam dua siri sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.