Sunday, November 6, 2016


Semua pihak sedia maklum himpunan bangkit yang telah masuk ke siri 2 di Pulau Pinang bukanlah demontrasi jalanan songsang mahupun himpunan haram yang mengundang mala petaka kepada rakyat.Sebaliknya himpunan bangkit ini digerakkan oleh anak-anak muda yang pada hari ini sudah tidak lagi boleh menerima kecurangan pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Walaupun telah berkali-kali suara anak-anak muda ini disampaikan kepada pucuk pimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang , sikap sambil lewa dan langsung tidak mahu mendengar denyut nadi rakyat telah menjadikan kerajaan DAP Pulau Pinang pada hari ini umpama virus yang mampu merosakkan perpaduan yang selama ini menjadi pegangan dalam kita hidup bermasyarakat.

Polisi kerajaan DAP Pulau Pinang bukan sahaja dilihat lemah tetapi turut mengundang keperitan buat hampir seluruh warganya.Kalau kita perhatikan sejak DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri , masalah banjir kilat tidak pernah dapat ditangani dengan sempurna.Malahan banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat di Pulau Pinang sudah memasuki fasa yang lebih teruk dengan banyak pihak terjejas.

Banyak kerosakan harta benda berlaku dan kerajaan DAP Pulau Pinang sampai ke hari ini masih lagi gagal untuk mengatasi masalah tersebut.

Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang menganggap banjir kilat dan permasalahannya hanya sekadar masalah kecil yang tidak perlu di berikan perhatian ?

Berdasarkan kepada keadaan itu juga , banyak pihak khususnya pemuda UMNO negeri sudah pun menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tentang perkara-perkara yang mengakibatkan berlakunya masalah banjir kilat ini.

Isu kawasan bukit yang diratakan untuk pembinaan projek-projek mewah selain daripada penambakan laut yang jelas tidak mengambil kira tentang ekosistemnya dilihat banyak pihak sebagai penyebab kepada berlakunya masalah yang kini menjadi igauan negeri kepada sebahagian besar penduduk di Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama dasar kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pembinaan rumah-rumah kos rendah cukup menyakitkan hati penduduk yang rata-ratanya terdiri daripada golongan pertengahan yang tidak akan mampu untuk membeli rumah-rumah mewah dengan kos mencecah jutaan ringgit.

Malah sejak 2008 yang lalu , kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat lebih banyak berbohong tentang pembinaan rumah kos rendah ini dan mereka dilihat lebih banyak bermain politik apabila hanya dilihat sedikit serius baru-baru ini , itu pun kerana gembar-gembur tentang tempoh PRU 14 yang semakin dekat.

Soalnya sejauh mana mereka benar-benar serius dalam hal pembinaan rumah kos rendah ?

Ketidakupayaan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak terhenti setakat itu sahaja apabila kedudukan ekonominya sudah mula merundum selain daripada penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Ketua Menterinya Lim Guan Eng kononnya kedudukan ekonomi negeri tersebut semakin baik dan jauh lebih baik sewaktu Barisan Nasional mentadbir Pulau Pinang.

Apakah ia benar ?

Lim Sian See seorang penulis blog menulis , Menurut perangkaan Institut Pulau Pinang yang dikawal DAP dalam laporan 19 Julai 2016 berjudul Penangs economy: GDP Growth Rates and 2016 Projection oleh CEO/ Ketua Ekonomi mereka Dr Lim Kim-Hwa, dan COO mereka Tim Niklas Schoepp , ini adalah kesimpulan yang dibuat:

1. Pulau Pinang telah mencatatkan prestasi rendah berbanding keseluruhan ekonomi Malaysia bagi tempoh 2008 sehingga 2015.

Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 4.06% manakala Malaysia mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 4.65% dalam tempoh ini.

2. Pada tahun 2006 dan 2007, di bawah BN Pulau Pinang, Pulau Pinang mengatasi pertumbuhan Malaysia dan purata pertumbuhan sebanyak 8.55% bagi kedua-dua tahun ini mengatasi Malaysia dengan 2.60%.

Sejak dua tahun lepas iaitu 2014 dan 2015 yang mana Lim Guan Eng berkata adalah bukti bahawa DAP telah menyelamatkan Pulau Pinang, pertumbuhan purata adalah sebanyak 6.8% dan mengatasi Malaysia sebanyak 1.3%.

3. Institut Pulau Pinang juga mengenalpasti sebab mengapa ekonomi Pulau Pinang mengatasi Malaysia pada tahun 2014 dan 2015 adalah kerana ringgit telah susut secara mendadak berbanding dolar AS sejak 2014 oleh itu dengan ekonomi berorientasikan eksport, Pulau Pinang akan mendapat manfaat lebih daripada Malaysia.

Apakah kajian ini benar dan boleh dipercayai ?

Berdasarkan laporan terkini Institut Pulau Pinang dan kenyataan akhbar Lim Guan Eng sebelum ini, kita boleh membuat kesimpulan berikut:

1. Lim Guan Eng berbohong bahawa BN Pulau Pinang telah gagal pada 2006 hingga 2007 dan beliau terpaksa menyelamatkan Pulau Pinang. Malah BN Pulau Pinang mengatasi Malaysia bagi kedua-dua tahun itu dan juga mengatasi DAP dalam masa dua tahun lalu walaupun Pulau Pinang mendapat rangsangan daripada susut nilai ringgit yang mendadak yang tidak menguntungkan BN Pulau Pinang dari 2006 hingga 2007.

2. Ekonomi Pulau Pinang mencatatkan prestasi rendah berbanding ekonomi Malaysia untuk seluruh tempoh 2008 sehingga 2015 dan telah ketinggalan di belakang.

3. Lim Guan Eng hanya mampu untuk menganjak kepada pertumbuhan yang lebih baik pada 2014 dan 2015 kerana ringgit mengalami susut nilai sebab yang sama DAP gunakan untuk menghentam Kerajaan Persekutuan.

4. Daripada 15 negeri dan wilayah, pada asas KDNK per kapita, Pulau Pinang sama ada berprestasi yang paling teruk (berdasarkan angka rasmi Jabatan Perangkaan) atau berprestasi ke-3 paling teruk (berdasarkan data Lim Guan Eng dan Institut Pulau Pinang).

Adakah Lim Guan Eng kini bersetuju dengan angka Institut Pulau Pinang atau beliau akan mengeluarkan amaran lain kepada Institut Pulau Pinang agar tidak mengkritik orang yang membantunya?

5. Lim Guan Eng terus menggunakan pembohongan dan propaganda untuk memuji dirinya dan DAP dan mengabaikan realiti kegagalannya dan DAP.

Kesemua diatas adalah antara sebab kenapa himpunan bangkit kini mengambil tempat.

Selain daripada itu , kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri juga dipersoalkan.Seperti ramai yang tahu Guan Eng sedang berdepan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang kini hanya menanti masa sahaja untuk dibicarakan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Khairul Azwan Harun berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menunjukkan solidariti dalam kalangan anggota Pemuda dan membuktikan anak muda menolak kepimpinan DAP di Pulau Pinang.

"Lim tidak layak lagi memegang jawatan ketua menteri kerana beliau sendiri sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah dan beliau sudah hilang kredibiliti,"

Selain daripada itu himpunan bangkit ini digerakkan dan akan terus digerakkan sebagai tindak balas kepada Jelajah Bersih 5.0 di negeri ini.

Ketua Pemudanya, Rafizal Abd Rahim, berkata himpunan itu dilancarkan selepas tiada sebarang maklum balas terhadap dua tuntutan yang dibuat pihaknya kepada kerajaan negeri. Katanya, penganjuran program itu adalah simbolik bantahan terhadap siri jelajah Bersih 5.0 di Pulau Pinang yang menyebabkan suasana tidak tenteram.

"Sebelum ini kita sudah tuntut supaya tiada konvoi atau siri jelajah Bersih 5.0 dijalankan di negeri ini. Bagaimanapun, tuntutan itu ternyata sudah dicabuli. "Kita juga ada meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletak jawatan berikutan dakwaan kes rasuahnya di mahkamah, namun tiada reaksi diberi sehingga kini," katanya pada satu sidang media sebelum ini.

Berdasarkan kepada semua diatas , jelas himpunan bangkit bukanlah himpunan biasa atau himpunan atas nama politik semata-mata.

Ianya berlaku kerana kegagalan dan sikap sambil lewa kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap perkara-perkara asas yang perlu diberikan perhatian mahupun tindakan segera.

Kegagalan menangani permasalahan yang kini sedang membelit pentadbiran kerajaan negeri hanya akan mengakibatkan malapetaka kepada seluruh warga Pulau Pinang.

Sebagai rakyat rasanya mereka berhak untuk berhimpun dan menyuarakan kepincangan yang berlaku dan kerana itulah himpunan bangkit "Ride Againts Corruption" berlaku dan akan terus berlaku.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.