Tuesday, November 22, 2016

DAP CUBA TIPU RM305 JUTA WANG RAKYAT??



Sejak cadangan pembinaan terowong menghubungkan Seberang Perai dengan bahagian pulau , kerajaan DAP Pulau Pinang sering kali bermain tarik tali dan masih gagal untuk membentangkan perincian terhadap projek tersebut.

Cadangan yang sudah sampai ke tahap menggadaikan wang rakyat sebanyak RM305 juta itu bukan sahaja mendapat tentangan rakyat Pulau Pinang sendiri tetapi turut mendapat perhatian kerajaan persekutuan apabila Ketua Menterinya membuat tuduhan kononnya semua perancangan tersebut telah dikemukakan kepada pihak kementerian terlibat.

Sedang hakikatnya tidak ada satu pun permohonan lengkap berkaitan cadangan itu dikemukakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang melainkan surat permohonan tanpa sebarang dokumen sokongan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini berkata , tiada satu kerajaan pun di dunia yang akan meluluskan permohonan bertulis yang dikemukakan tanpa dokumen lengkap dan kajian terperinci.

“Malah, permohonan membina sambungan rumah atau menyewa gerai majlis perbandaran daripada kerajaan negeri Pulau Pinang pun memerlukan dokumen sokongan.

“Apatah lagi projek infrastruktur dengan kos berbilion ringgit yang mempunyai kesan besar terhadap aliran trafik di lebuh raya serta perancangan pembangunan jangka panjang di kawasan terbabit,”

Apa yang EP lihat berlaku pada hari ini adalah kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang kini cuba untuk menutup isu membabitkan sejumlah RM305 juta yang menjadi pertikaian banyak pihak termasuklah dari kalangan wakil DAP sendiri.

Semasa pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Pulau Pinang membabitkan projek itu, Adun Kebun Bunga PKR Cheah Kah Peng mendakwa terdapat beberapa maklumat yang bercanggah pada halaman berbeza laporan tersebut.

Kah Peng mendakwa laporan itu tidak menyatakan kaedah pembayaran menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu dan mendesak supaya kerajaan negeri memperincikan status bayaran RM305 juta yang dibayar kepada konsesi terlibat dalam kajian itu.

“Bagaimana status bayaran kajian itu, sama ada dalam bentuk pampasan tanah, konsensus atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang digunakan bagi tujuan EIA, sekiranya Kerajaan Pusat menolak projek terowong ini?

“Adakah semua bayaran ini akan dikembalikan kepada kerajaan negeri” katanya ketika membahaskan Bajet Pulau Pinang 2017 pada sidang DUN Pulau Pinang pada Selasa.

Sementara itu Adun DAP Tanjung Bungah, Tee Yee Cheu pula membangkitkan isu pampasan tanah oleh kerajaan negeri bagi membiayai EIA projek berkenaan.

Selain itu, Yee Cheu turut mempersoalkan status projek pembangunan di tanah diberi sebagai pampasan bagi EIA projek terowong itu di Tanjung Pinang.

“Bagaimana dengan pembangunan di atas tanah itu sekiranya projek terowong laut tidak diluluskan Kerajaan Pusat,” katanya.

Kerajaan bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini dikritik berhubung kos kajian yang terlalu mahal dibayar kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG).

Consortium Zenith dianugerahkan projek itu menerusi proses tender pada tahun 2013, bersama syarikat usahasama antara Zenith Construction Sdn Bhd, CRCC, Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd., dan Juteras Sdn Bhd.

Malah, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof juga mendedahkan Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Soalnya apakah yang sedang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Mereka dilihat semakin terdesak setelah cadangan pembinaan terowong ini mendapat reaksi sebaliknya.Tanpa memikirkan kesan secara langsung , kerajaan DAP yang mengaku cekap dan berakauntibiliti ini boleh meluluskan pembayaran mencecah jutaan ringgit walaupun ianya masih diperingkat cadangan.

EP khuatir ketidakcekapan ini bakal membawa musibah bukan sahaja kepada penduduk Pulau Pinang tetapi juga wang rakyat yang dibelanjakan secara sesuka hati tanpa merujuk atau membentangkannya dalam Sidang Dun akan hilang begitu sahaja.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.