Tuesday, November 8, 2016


Cukup mudah menjadi pembangkang di Malaysia , apa jua yang masalah yang berlaku pemimpin mereka hanya perlu mengadakan sidang media dan mengangkat jari menuding kepada kerajaan persekutuan.Tak cukup dengan itu cari masa kemudian turun ke kawasan bencana dan ambil gambar selesai semua masalah.

Senangkan ?

Begitulah realiti yang berlaku di bumi Pulau Pinang , pada ketika pemimpin DAP yang begitu angkuh mendabik dada kononnya merekalah yang paling hebat akhirnya kepada kerajaan persekutuan juga mereka kembali menagih simpati.

Bukan soal "double standard" tetapi kalau dikira dari percakapan dan lagak mereka rasanya Guan Eng dan konco-konconya tak perlulah mengharapkan segala bantuan daripada kerajaan persekutuan sebaliknya berusaha sendiri menangani permasalahan banjir yang kini menjadi salah satu masalah utama di Pulau Pinang.

Kalau kita amati , Guan Eng dan kerajaan DAP di Pulau Pinang sering kali melalak kononnya kedudukan ekonomi negeri tersebut jauh mengatasi kedudukan ekonomi negeri-negeri lain.Bahkan mereka cukup berbangga mengaku kononnya mereka mampu menjadikan Pulau Pinang lebih baik daripada era BN mentadbir.

Walaupun semua yang diperkatakan itu lebih banyak bohongnya , EP melihat kita perlu menjadikan pengakuan Guan Eng sebelum ini sebagai asas kepada perkara pokok dalam menyelasaikan masalah banjir kilat yang sudah menjadi agauan ngeri buat penduduk khususnya di bahagian pulau.

Jangan sesekali lupa , Guan Eng pernah mengaku telah menyelamatkan Pulau Pinang pada tahun 2014 dan 2015 apabila berjaya mengangkat kedudukan ekonomi negeri itu kepada 6.8% jauh mengatasi Malaysia sebanyak 1.3%.

Berdasarkan kepada pengakuan tersebut maka wajarlah usaha bagi mengatasi masalah banjir kilat ini seharusnya dapat dilaksanakan lama sebelum masalah ini makin meruncing.

Persoalannya kenapa Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut walaupun mengaku mempunyai kedudukan ekonomi tahap dewa ?

Bayangkan dalam usaha mereka untuk merealisasikan hasrat membina terowong , kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa sedikit mengeluh pun telah bersedia untuk menggadaikan wang rakyat sebanyak RM305 juta hanya untuk kerja-kerja perancangan !

Sedarkah kita pembinaan terowong ini tidak akan mampu menyelesaikan masalah banjir kilat tetapi tanpa paksaan Guan Eng dilihat terkinja-kinja mahu menjadikannya kenyataan sehinggakan sekali lagi berbohong kononnya kementerian terlibat sedar dan sudah dimaklumkan.

Kenapa agaknya ?

Dalam masa yang sama , sekiranya kerajaan DAP serius dan punya perancangan tersendiri seperti mana yang didakwa mereka sebagai kerajaan berjiwa rakyat , sudah tentulah segala kerja-kerja roboh dan meratakan bukit bukau akan dipantau atau paling tidak satu kajian mendalam akan dilakukan.

Apalah sangat kalau perlu membayar puluhan juta sekalipun asalkan kajian tersebut mampu memberikan keselesaan kepada rakyat dan seluruh penduduk di Pulau Pinang ?

Tetapi semua itu tidak berlaku , Guan Eng barangkali menggunakan kepakaran sendiri untuk membenarkan kerja-kerja membotakkan bukit-bukau dilakukan sehingga akhirnya kesan daripada tindakan tersebut menjadi salah satu penyebab kepada berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh.

Rakyat tidak perlu dipedulikan , yang penting dalam soal ini Guan Eng dan konco-konconya mahu melihat Pulau Pinang gah dengan projek-projek bertaraf "milionare" kerana dari situlah Pulau Pinang akan terus membangun dan maju.

Mungkin itulah kepakaran yang dimiliki oleh Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang , mereka langsung tidak menghiraukan permasalahan rakyat sebaliknya terus dengan agenda berkepentingan yang hanya menguntungkan suku sakat mereka.

Hakikatnya walaupun Pulau Pinang bukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional , kerajaan persekutuan terus komited untuk membantu dan buktinya kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan Projek Mitigasi Banjir Fasa II Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata peruntukan itu diluluskan bagi kerja menaik taraf lembangan Sungai Pinang.

Katanya, peruntukan itu adalah sebahagian daripada kos keseluruhan RM350 juta yang diperlukan Pulau Pinang bagi menyiapkan projek mitigasi yang dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2020.

"Peruntukan RM150 juta ini sudah diluluskan Parlimen semalam. Setakat ini, Kerajaan Persekutuan sudah memperuntukkan RM20.5 bilion bagi pelaksanaan projek mitigasi banjir di Pulau Pinang sejak 2007 lagi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dengan jumlah suntikan dana berjumlah 20.5 bilion , adakah rakyat Pulau Pinang masih perlu berdepan dengan banjir kilat pada setiap kali berlakunya hujan lebat ?

Malahan peruntukan-peruntukan ini telah disalurkan secara perperingkat sejak 2007 yang lalu dan menjadi persoalan kepada EP apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dengan dana-dana terbabit ?

Bayangkan dengan dana yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan kemudian ditambah pula dengan kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya telah berjaya mengangkat kedudukan ekonomi negeri itu ke tahap lebih baik dari Malaysia sendiri , seharusnya Pulau Pinang tidak lagi berdepan dengan masalah seperti mana yang sedang berlaku pada hari ini.

Adalah sesuatu yang cukup MUSTAHIL dengan jumlah dana-dana terkumpul itu masalah seperti ini tidak mampu diselesaikan !

Dalam hal ini jelas kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah ketua menteri Lim Guan Eng sebenarnya GAGAL untuk menyediakan perancangan yang terbaik kepada rakyatnya.

Kegagalan merancang yang dilihat cukup lemah ini bukan sahaja berkait dengan masalah banjir bahkan hampir keseluruhan perancangan lain antaranya kesesakan lalu lintas , pembangunan kediaman mewah dan mampu milik yang tidak sekata , pembotakan bukit bukau yang tidak dikawal mengakibatkan kesan tanah runtuh dan menyumbang kepada masalah banjir kilat.

Apa yang EP nampak Guan Eng lebih banyak memikirkan untuk memenuhkan kantung DAP dan konco-konconya dan kerana itulah mereka lebih sibuk untuk menambak laut bukannya menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.

Wajarlah Guan Eng segera meletakkan jawatan !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.