Sunday, November 20, 2016



Himpunan haram Bershit 5 sudah pun selesai dengan jumlah angka peserta yang mencecah ratusan ribu , itu kalau berdasarkan laporan puak pro pembangkang dan kalau kita melihat kepada laporan daripada pihak berkuasa PDRM jumlah tersebut hanyalah 15,500 orang sahaja.

Berdasarkan daripada perangkaan tersebut maka EP kini ternanti-nanti apakah tindakan susulan terhadap mereka-mereka yang hadir berhimpun setelah pihak berkuasa tidak meluluskan perhimpunan tersebut aka haram.

Telah banyak laporan beserta gambar-gambar sudah pun didedahkan di media sosial selain daripada pendedahan di media massa.Mengambil kira semua ini maka sudah pastilah pihak berkuasa kini lebih mudah untuk mengenali mereka-mereka yang turun berhimpun.

Paling tidak pun janji daripada Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana kakitangan awam yang terlibat dalam himpunan terbabit.

Ali Hamsa dalam kenyataan sebelum ini menyebut bahawa tindakan akan diambil terhadap kakitangan awam termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji.

Dari pengamatan EP , sejak daripada Bershit 1 sehinggalah yang terkini soal mengenakan tindakan tegas terhadap kakitangan awam ini cukup lemah.Seolah-olah mereka-mereka itu dilindungi oleh pihak-pihak tertentu sedangkan KSN sendiri sudah pun mengeluarkan arahan serta berjanji untuk mengambil tindakan.

EP rumuskan kegagalan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka-mereka ini samalah dengan mengkhianati kerajaan.

Sebagai sebahagian daripada kakitangan kerajaan , seseorang itu haruslah mempunyai tanggungjawab dan bersikap amanah dengan tindak tanduknya bukan menjadi agen menyebarkan dakyah pembangkang ke dalam jabatan-jabatan kerajaan.

Bukan membuat tuduhan kononnya KSN tidak menjalankan tanggungjawabnya tetapi cukup sekadar mengingatkan betapa kegagalan atau bersikap sambil lewa terhadap apa yang diutarakan bakal memberikan impak yang tidak baik bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga negara.

Apabila kumpuan merah bangkit untuk mempertahankan kerajaan , banyak pihak lebih suka untuk mengenakan tindakan terhadap mereka sedang hakikatnya mereka ini bangkit atas kesedaran betapa perlunya kerajaan di pertahankan.

Kini tiba masanya untuk kita sama-sama melihat apakah keterlibatan kakitangan awam dalam demontrasi haram Bershit yang jelas menentang kerajaan semalam itu dianggap sebagai satu kesalahan atau ianya sekadar demontrasi jalanan biasa yang hanya perlu diberikan amaran lisan.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.