Monday, November 21, 2016



Sejak pembongkaran salah guna kuasa dan rasuah Ketua Menteri yang kini sedang menanti pertuduhan terhadapnya dimulakan oleh mahkamah  , suasana nampaknya tidak menyebelahi Guan Eng dan kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

Pelbagai isu mula timbul hinggakan banyak pihak mula mempertikaikan kredibiliti pemimpin DAP tersebut dan juga pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Bermula dengan hal-hal melibatkan projek-projek mewah dan tidak masuk akal kemudiannya isu alam sekitar sehingga berlakunya banjir kilat yang menyusahkan warga Pulau Pinang sendiri , kerajaan DAP Pulau Pinang berterusan ditimpa malapetaka.

Polisi pentadbiran pula sememangnya diperlihatkan dengan jelas kepada seluruh Malaysia betapa sikap "double standard" menjadi antara pilihan utama khususnya dalam soal kebajikan rakyat.Sejak 2008 yang lalu kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mengambil endah tentang pembinaan rumah mampu milik sebaliknya rakus dengan projek-projek mewah yang menguntungkan kantung mereka sendiri.

Habis segala gerai dan kedai milikan bumiputera dirobohkan tetapi mereka yang sebangsa dengan DAP ditatang bagai minyak yang penuh.

Dalam ketika DAP sedang mencongak dan menyusun strategi untuk mempertahankan Guan Eng akibat daripada pertuduhannya , kerajaan DAP nampaknya semakin teruk dan mereka dilihat sudah hilang fokus sampai ke satu tahap apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang ini seolah-olah berada dibawah pentadbiran kerajaan ala-ala koboi "Out Law".

Antara yang terkini berlaku adalah kehadiran seorang lelaki warga emas mengamuk dan menjerit di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Padang Kota, selepas dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh, hari ini.

Beliau yang berusia 60-an dan enggan dikenali berkata, dia kecewa dan marah dengan pemerintahan kerajaan DAP yang tidak berhati perut.

"Saya nak buat batu nisan untuk ibu mentua pun kena saman, kerajaan ini memang sangat tidak berhati perut".

Tidak cukup dengan itu seorang pemilik rumah mampu milik di Gelugor yang berang dengan tindakan jirannya menyewa unit bersebelahan kepada orang asing, menghantar nota bantahan kepada kerajaan Pulau Pinang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.



K L Soh, 50, yang bosan selepas kehabisan semua saluran mengadu, memutuskan untuk berjumpa exco negeri yang menjaga hal ehwal perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menemui Jagdeep dan bertindak menyerahkan satu dokumen berhubung kebimbangannya kepada wakilnya, Fakhurrazi Ibnu Omar.

“Saya sudah mengadu kepada hampir setiap orang – Biro Aduan Awam, majlis perbandaran, Jagdeep, semua orang. Tetapi sehingga hari ini, tiada tindakan diambil.

“Saya sedih untuk mereka yang memohon rumah mampu milik apabila kita ada orang yang menyewa rumah mereka RM200 sehari. Ada yang tinggal lebih 2 bulan.

“Saya juga bimbang dengan keselamatan saya kerana orang asing berulang-alik di sepanjang koridor setiap hari, dengan ada yang mengotorkannya juga.

“Ada yang biadap kerana mereka menghempas pintu dan membuat bising,” kata wanita kelainan upaya itu kepada wartawan di luar bangunan DUN hari ini.

Di Pulau Pinang, pemilik rumah mampu milik tidak dibenarkan menjual atau menyewa rumah mereka selama 10 tahun. Pemilik juga perlu mendiami rumah terbabit.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang , sebab itulah kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat teragak-agak apabila disoal tentang pembinaan rumah mampu milik.Bukan sahaja pembinaannya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan projek-projek mewah , mereka sebenarnya bersikap sambil lewa dan berdasarkan sumber mengatakan terdapat rumah-rumah ini dimiliki oleh mereka yang tidak layak atau terdiri daripada golongan kaya.

Paling teruk apabila Ketua Menteri merasmikan pembukaan semula Jalan Teluk Bahang – Jalan Batu Ferringhi yang ditutup seminggu lalu akibat tanah runtuh kerana pembangunan tak terkawal oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di kawasan sekitar.

Setelah menuding jari kepada kerajaan persekutuan supaya membiayai pembaikan jalan tersebut , Guan Eng tanpa sedikit pun rasa malu bertindak merasmikan pembukaannya.

Sedangkan Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM700 ribu tanpa satu sen pun peruntukan daripada kerajaan negeri.

Kenapa agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang ini bertindak sedemikian ?

Rasanya tidak lain dan tidak bukan untuk mencari kredit semaksima mungkin supaya rakyat akar umbi kembali meletakkan kepercayaan terhadap beliau walaupun beliau tahu tindakan itu bakal memakan diri.

Apa sudah jadi Pulau Pinang ?

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.