Saturday, November 19, 2016

AGENDA DAP DI SEBALIK BAJET 2017



Makin teruk puak-puak DAP Pulau Pinang ni , bukan sahaja Ketua Menterinya terbabit dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah kini pengurusan kerajaan negeri turut sama terkesan.Habis kucar kacir kerajaan negeri apabila mereka yang terdesak dilihat sedang berusaha untuk memastikan legasi cucu cicit Kit Siang terus dijulang.

Sesuatu yang perlu diterima oleh semua pihak adalah kehadiran Guan Eng di bumi Pulau Pinang pada hari ini tidak lagi mendapat mandat selesa seperti mana di awal kemunculannya tempoh hari.setiap waktu pertambahan mereka-mereka yang mula menolak kepimpinan Guan Eng semakin bertambah.

Bukan sahaja dari kalangan kaum bumiputera tetapi kita sudah dapat melihat kebangkitan kaum-kaum lain yang semakin berani menyuarakan rasa kekecewaan mereka dengan corak pentadbiran kerajaan negeri yang dikepalai oleh DAP.

Guan Eng kini umpama menanti masa dan saat sahaja untuk dihumban jauh-jauh dari bumi Pulau Pinang memandangkan sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan beliau sepanjang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

EP percaya bahawa suara-suara dari dalam DAP sendiri sebenarnya hanya menanti masa untuk diletupkan dan sebahagian besar mereka-mereka itu hanya menanti masa dan ketika yang sesuai.Sebelum ini pun kita sudah dapat melihat pimpinan akar umbi DAP Pulau Pinang sendiri sudah mula bersuara dan bertindak menolak cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap beberapa perancangan yang dikira tidak mesra rakyat dan mesra alam.

Apatah lagi dalam situasi hari ini , pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang secara terang-terangan bersifat GELOJOH dengan membolot peruntukan besar untuk Pejabat Ketua Menteri dan menafikan hak jabatan serta agensi yang lain bakal memberikan wadah baru kepada kumpulan mahupun mereka-mereka yang tidak lagi boleh menerima kehadiran Guan Eng sebagai peneraju kerajaan negeri.

Dalam semua keadaan tersebut , timbul persoalan apakah rasionalnya tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang melonggokkkan sejumlah besar bajet 2017 kepada Pejabat Ketua Menteri ?

Apakah yang mahu dilakukan oleh DAP dan apa perancangannya ?

Ahli Parlimen Tasek Gelugor ,  Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan Bajet 2017  yang dibentangkan oleh kerajaan Pulau Pinang tidak munasabah apabila terdapatnya peningkatan secara mendadak bagi peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  berbanding hanya RM161.59 pada 2016.

Menurut beliau, peruntukan kepada pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu merupakan jumlah tertinggi di dalam keseluruhan bajet tersebut dan ianya menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan rakyat, kenapa pejabat Ketua Menteri memerlukan peruntukan sebegitu besar yang meningkat lima kali ganda daripada peruntukan bajet pada tahun 2016 yang lalu.

“Kita merasa sedikit pelik dan ajaib apabila melihatkan pejabat Ketua Menteri sendiri menerima bajet yang begitu besar sebanyak RM 707.61 juta, yang mana peruntukannya meningkat secara mendadak lima kali ganda berbanding tahun lalu.

“Bajet yang begitu besar yang diberikan kepada pejabat Ketua Menteri ini saya lihat tidak munasabah dan  dibimbangi ianya boleh menjurus kepada salah guna kuasa memandangkan kelulusan untuk bajet tersebut di atas kuasa ketua Menteri itu sendiri.

“Peruntukan tambahan kepada pejabat Ketua Menteri yang melonjak begitu tinggi sebanyak RM 546.02 juta berbanding RM161.59  lebih sebelum ini memperlihatkan seolah-olah wujudnya agenda atau perancangan tertentu oleh kerajaan negeri, atau Ketua Menteri itu sendiri yang tidak diperjelaskan kepada rakyat di dalam pembentangan bajet tersebut.

“Kenaikan peruntukan pejabat Ketua Menteri secara mendadak dan terlalu banyak itu juga merupakan satu  petunjuk kepada kelemahan pengurusan perancangan kewangan kerajaan negeri sehingga terpaksa membuat tambahan peruntukan yang terlalu tidak munasabah,”.

Tambah beliau lagi, pembangkang sebelum ini telah mempertikaikan sedikit kenaikan dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri di dalam Bajet 2017, namun kerajaan Dap Pulau Pinang sendiri telah memberikan sejumlah peruntukan yang begitu besar kepada pejabat Ketua Menteri itu sendiri melalui bajet 2017.

“Sikap pembangkang ini boleh kita umpamakan seperti pepatah Melayu, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mereka sebelum ini mempertikaikan sedikit kenaikan peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dalam bajet 2017 baru-baru ini, namun penambahan peruntukan yang diberikan kepada pejabat Ketua Menteri itu sendiri terlalu mendadak kenaikannya berbanding peruntukan tahun lalu.

“Penambahan peruntukan terhadap Pejabat Ketua Menteri yang naik mendadak berkali ganda itu dilihat tidak munasabah serta tidak berada pada kadar yang boleh diterima akal. Bahkan pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan negeri yang merupakan bajet defisit selama tujuh tahun berturut-turut itu turut menggambarkan kegagalan kerajaan Dap dalam mengurus tadbir ekonomi negeri dengan lebih baik,” tegasnya.

Hakikatnya EP percaya sesuatu telah dirancang dengan serapi mungkin untuk memastikan Lim Guan Eng terus kekal di Pulau Pinang dan diterima semula oleh mereka-mereka yang pada hari ini sudah mula menolak anak kesayangan Kit Siang itu secara terang-terangan.

Keupayaan yang bakal dimilliki oleh Ketua Menteri Pulau Pinang nanti bukanlah sesuatu yang biasa-biasa.Keupayaan memiliki dana besar itu akan dipergunakan semaksimum mungkin bagi memulihkan imej Guan Eng yang tercalar teruk.

Dalam masa yang sama dipercayai keputusan menambah peruntukan besar dan berlipat kali ganda kepada Pejabat Ketua Menteri itu ada kena mengena dengan tempoh PRU14 yang diberitakan semakin hampir.

Apa jua tindakan dan keputusan sekalipun , EP tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor bahawa “Peruntukan tambahan kepada pejabat Ketua Menteri yang melonjak begitu tinggi sebanyak RM 546.02 juta berbanding RM161.59  lebih sebelum ini memperlihatkan seolah-olah wujudnya agenda atau perancangan tertentu oleh kerajaan negeri, atau Ketua Menteri itu sendiri yang tidak diperjelaskan kepada rakyat di dalam pembentangan bajet tersebut.

Kaji dan tafsir maksud kenyataan ini kerana EP yakin bahawa mereka sudah pun merancang sesuatu !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.