Thursday, November 17, 2016

ADAM ROSLY..ANTARA KAYA DAN SALAH LAKU



Apabila kita menuding jari kepada pihak lain selalunya ada jari lain yang sedang menuding kepada diri sendiri.Begitulah perumpamaan yang EP boleh samakan dalam kes melibatkan seorang Ketua AMK bernama Adam Rosly.

Isu kekayaan melampau yang dimiliki oleh budak AMK ini pada usia 28 tahun cukup memeranjatkan.Bahkan dengan kekayaan sebegitu rasanya Adam Rosly jauh lebih layak daripada hanya menjadi Ketua AMK dan apalah sangat dengan jawatan beliau bersama Ahli Parlimen Ampang , Zuraida Kamaruddin aka Mak Lampir tu.

Tidak cukup setakat itu , budak AMK ini bertaraf Datuk dan selalunya mereka-mereka yang punya gelaran sebegini semestinyalah sudah banyak menabur jasa untuk kepentingan rakyat.

Jasa apa agaknya ya ?

Namun agak ganjil apabila Adam Rosly masih lagi meneruskan kerja-kerja beliau sedangkan menurut laporan salah satu portal yang menemubual beliau menyebut bahawa beliau mendapat harta kekayaan tersebut melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

"Tidak semua orang yang kaya memperoleh wang menerusi dana politik. Jika saya berbuat demikian, saya tidak akan secara terbuka membina rumah di kawasan seperti itu," katanya.

Memanglah senang bila kita bercakap dan susah bagi mereka yang mendengar !

Isunya kalaulah pendedahan ini melibatkan pemimpin UMNO dan mereka yang punya kaitan dengan UMNO , EP yakin membuak-buak serangan akan dilancarkan terhadap empunya diri.Bukan itu sahaja habis segala parti dan keluarga di heret sama dan FITNAH akan berlumba-lumba dicipta dan disebarkan.

Tetapi apabila melibatkan puak-puak sendiri , sunyi sepi malahan ada dikalangan pemimpin PKR sendiri tiba-tiba langsung tidak mengenali Adam Rosly !

Rafizi Ramli berkata "Saya tidak tahu apa perniagaan yang dia buat. Sebenarnya saya tak tahu siapa Adam Rosly ini sebenarnya. Saya diberitahu dia agak baru dalam parti.Mungkin dari PAS (atau parti lain)..saya tak tahu. Baik tanya (Ahli Parlimen Ampang), Zuraida Kamaruddin sendiri,"katanya.

Hairankan ? Rafizi selalunya tak macam ni , dalam kes melibatkan NFC , 1MDB habis semua orang dia kenal tapi dalam kes Adam Rosly tak kenal !

Ada apa-apa cerita ker bro ?

Bagi EP apabila pendedahan sebegini dibuat , seharusnya pihak berwajib SPRM perlu segera bertindak ! Lakukan siasatan dengan sebaik-baiknya , memanglah harta dan kekayaan itu boleh diwariskan tetapi ada juga mereka yang menyimpang.

Kekayaan itu walaupun datangnya dari perniagaan kadang-kalanya kita kena tengok juga perniagaan apa dan dari mana perniagaan itu datang ?

Apatah lagi Adam Rosly terlibat secara langsung dalam urusan politik dan kerjayanya sahaja sudah cukup untuk menimbulkan keraguan daripada akar umbi serta para marhaen yang kini pastinya mahu mengetahui apakah benar kekayaan itu hadir dalam hidup Adam Rosly secara warisan atau ada unsur-unsur bantuan dari pihak yang lebih atas dan tinggi kedudukannya ?

Apakah berlaku unsur salah laku atau salah guna kuasa seperti mana pertuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang ?

Sama-sama kita nantikan susulannya.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.