Friday, October 7, 2016

PENGAKUAN MAHATHIR, ALAHAI...


Jika melihat kepada rentaknya pasti ramai dari kalangan kita akan terpanggil untuk bersama dengan gerakan Tun Mahathir yang kini sedang bermati-matian mahu menjatuhkan kepimpinan Najib.Pelbagai usaha sudah pun dilakukannya termasuklah kempen mendapatkan tandatangan rakyat bagi menzahirkan hasrat menggunung meliwat sistem demokrasi negara.

Yang paling menjadi perhatian adalah tindakan mendapatkan tandatangan rakyat melalui deklarasi yang akhirnya diselebungi dengan penipuan terancang.

Dan kini segala-galanya terjawab !

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk bertindak berhubung deklarasi yang beliau usahakan.

Bekas perdana menteri itu berkata, semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tanda tangan.

"Dukacita, kami tidak mendapat jawapan positif.

"Semasa pertemuan itu, Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang dan saya beri penjelasan.

"Bagaimanapun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan baginda," kata Dr Mahathir, juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada sidang media di sini pada Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 21 September, berkata Tuanku Abdul Halim telah menjelaskan kepada Dr Mahathir yang baginda tidak boleh mencampuri urusan PPBM.

Najib berkata Agong mengambil perhatian terhadap isu ditimbulkan Dr Mahathir oleh kerana deklarasi itu tidak mengikut perlembagaan, dan sebarang tindakan hendak diambil mestilah menerusi Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

Selain daripada itu kita sedia maklum bahawa gerakan untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen telah gagal kerana mereka tidak mungkin akan mendapat undi yang secukupnya.

Persoalan besar sekarang ialah apakah benar tindakan Dr Mahathir telah melampaui undang-undang?

Apakah Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa umtuk memecat Perdana Menteri seperti yang di dakwa oleh Dr Mahathir?

Untuk menjawab persoalan diatas EP sarankan semua membaca penerangan jelas yang telah disediakan oleh blogger Dr MiM di link berikut ,


Sesuatu yang harus kita fahami adalah walaupun Tun Mahathir dan konco-konconya sedar tindakan mereka itu jauh menyimpang daripada asas undang-undang dan perlembagaan , tindakan tersebut tetap jua dilakukan.

Untuk apa sebenarnya ?

Untuk rakyat ? Negara ? atau kepentingan politik semata-mata ?

Fikirkan

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.