Sunday, October 2, 2016

PEMUDA BANGKIT BERI ISYARAT PADA BERSIH


Lebih dari 4 ribu anak muda berbaju merah telah bersama-sama dengan barisan pemuda UMNO Pulau Pinang dalam satu himpunan "Ride Againts Corruption" di bulatan Gurney Drive semalam.

Himpunan bagi mendesak agar Lim Guan Eng segera melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri akibat daripada pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa itu dibuat bagi menyokong usaha UMNO Pulau Pinang yang turut membuat tuntutan sama.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang turut bersama-sama dalam himpunan terbabit berkata , himpunan dengan tema BANGKIT ini adalah jelas untuk menzahirkan suara anak-anak muda bahawa mereka menolak kepimpinan DAP di Pulau Pinang.

“Kami mendesak Guan Eng meletak jawatan sebagai ketua menteri,” katanya pada sidang media selepas himpunan aman kira-kira 30 minit, bagi mematuhi arahan bersurai yang dikeluarkan polis.

Dalam masa yang sama , himpunan BANGKIT semalam merupakan isyarat kepada semua pihak supaya jangan sesekali membenarkan himpunan BERSIH diadakan di Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, himpunan itu yang dinamakan Himpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 itu turut bertujuan menggesa polis tidak memberi permit kepada Perhimpunan Bersih (Bersih) yang dijangka diadakan di Pulau Pinang 19 November nanti.

“Hari ini kita berhimpun di sini untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa jika Bersih diadakan di sini, ramai peniaga terganggu dan aktiviti orang awam terjejas. Ini baru 4,000 orang, kita dah nampak ia mengganggu orang ramai.

“Oleh itu, kita tentang habis-habisan Perhimpunan Bersih di Pulau Pinang. Selain itu, kita juga gesa Guan Eng undur kerana kes rasuahnya yang sudah dibawa ke mahkamah,” katanya ketika berucap semasa himpunan tersebut.

Bagi EP semua pihak termasuk kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberikan perhatian serius terhadap apa yang disuarakan oleh kalangan mereka yang berhimpun semalam.

Pertamanya Guan Eng perlu dikenakan tindakan dan perlu melepaskan jawatannya kerana sudah pun didakwa dengan dua pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan rasuah dalam pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng dituduh sebagai penjawat awam menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri berhubung perbincangan pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 Derah Barat daya kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd pada 18 Julai 2014.

Walaupun telah didesak berkali-kali untuk meletak jawatan atau bercuti demi kepentingan rakyat agar rakyat negeri itu tidak diheret sama ke mahkamah namun Guan Eng masih enggan berbuat demikian.

Keduanya BERSIH tidak boleh bertapak di bumi Pulau Pinang , kesesakan trafik yang cukup teruk di Pulau Pinang perlu diambil kira kerana ia berbalik kepada keselesaan rakyat akar umbi.

Selebihnya EP yakin semua pihak sedia maklum BERSIH bukan untuk kebaikan rakyat dan negara !

Jika BERSIH masih berdegil maka EP yakin baju ANAK MUDA akan BANGKIT sekali lagi !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.