Thursday, October 6, 2016


Sebagai sebuah negeri yang berada dalam kedudukan tersendiri dari segi kemajuannya berbanding negeri-negeri lain , sewajarnya bumi Selangor hari ini jauh lebih pesat membangun.Apabila menyebut tentang pembangunan dan kemajuan maka sudah pastilah ia akan seiring dengan kemampuan negeri tersebut menyediakan infrastruktur yang terbaik dalam semua segi.

Perlu diingat walaupun Selangor ditadbir oleh pembangkang yang diterajui oleh PKR , Kerajaan Persekutuan sentiasa menyumbang dalam banyak perkara melalui kementerian-kementerian terlibat.Semua ini dilakukan bukan kerana politik tetapi kerana tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberikan mandat kepada Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.

Namun disebalik semua perkara gah yang sering kali dihebohkan oleh PKR dan pembangkang kononnya kerajaan negeri Selangor lebih hebat berbanding dengan negeri-negeri lain ianya hanyalah gula-gula penyedap lidah Azmin dan konco-konconya.

Hakikatnya bumi Selangor TANDUS , ketandusan bumi Selangor ini cukup memalukan dan sudah sampai ke tahap menyusahkan rakyatnya sendiri.

Apa guna mengaku maju kalau isu air pun masih GAGAL ditangani oleh kerajaan negeri pimpinan PKR semenjak 2008 yang lalu ?

Azmin selaku Menteri Besar dan orang yang bertangungjawab menyelesaikan permasalahan tersebut baru-baru ini telah menyatakan bahawa isu air di Selangor akan berterusan.

PELIK kenapa agaknya isu air di Selangor begitu sukar untuk ditangani ?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah merancang untuk mengatasi masalah air seperti yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

“Bila berlaku baru mereka nak pergi tengok, baru nak siasat. Patutnya mereka duduk bersama-sama berbincang untuk membuat perancangan jangka panjang 10 tahun akan datang. Kalau tak tahu nak rancang serah kepada BN, kita tahu apa nak buat.

“Kerajaan Persekutuan sebelum ini merancang untuk pastikan bekalan air berterusan, kita rancang buat Loji Langat 2 bukan untuk setahun dua punya program. Tetapi bila kita rancang, kerajaan negeri pula halang. Kenapa? Kerana ini projek BN, patutnya kalau melibatkan rakyat patut dibenarkan,” kata Noh.

Mengulas mengenai kenyataan Azmin yang mendakwa masalah air akan berterusan di Selangor, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata perkara itu sudah tentu tidak mustahil.

“Saya tak hairan kalau masalah ini berterusan. Dasar kerajaan negeri berdasarkan kenyataan yang dibuat exconya bukan rancang mengatasi masalah air dia selesaikan masalah air yang sedang berlaku dan cari puncanya. Dia gagal merancang bermakna dia merancang untuk gagal,” katanya.

Untuk rekod hal yang sama turut berlaku di Pulau Pinang yang juga di bawah pentadbiran pembangkang. Isu banjir kilat yang sering berlaku masih lagi gagal ditangani oleh kerajaan DAP pimpinan Guan Eng.

Barangkali inilah standard pembangkang dalam menerajui kerajaan negeri.

Lebih banyak melalak dari bekerja untuk rakyat !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.