KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN MENGENAI ISU IMBUHAN ALLAHYARHAM KAPTEN HUSSIN


Berikut merupakan kenyataan Menteri Pertahanan mengenai isu imbuhan dan bayaran Allahyarham Kapten Hasman Hussin yang telah menjadi viral sejak semalam..


KENYATAAN MENGENAI IMBUHAN & BAYARAN YANG DITERIMA BALU ALLAHYARHAM KAPTEN HASMAN

Berhubung kenyataan Balu kepada Allahyarham Kapten Hasman, Pn. Hazwani yang mendakwa beliau tidak menerima imbuhan yang setimpal daripada pihak ATM, saya ingin memaklumkan bahawa *ATM telah menjelaskan bayaran dan imbuhan yang sepatutnya berdasarkan syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama 8 tahun.*

Sejak awal tahun lalu, *jumlah yang telah diterima oleh Pn Hazwani ialah sebanyak RM274,542.49*. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).*Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan* (pencen terbitan bulanan).

Bagaimanapun, sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, saya sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu beliau dan anak-anak.

Sesungguhnya, isu kebajikan anggota sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Menteri Pertahanan Malaysia
2 Sept 2016

video


EP ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin kerana telah mengotakan janjinya dalam menyelesaikan isu ini dan menjaga kebajikan keluarga anggota tentera..
KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN MENGENAI ISU IMBUHAN ALLAHYARHAM KAPTEN HUSSIN KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN MENGENAI ISU IMBUHAN ALLAHYARHAM KAPTEN HUSSIN Reviewed by Empayar Pemuda on 6:14 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Itu la kadar yg pegawai tentera terima..terjun 10 meter dapat setengah juta pencen 3k...adik betul kerajaan malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cerita je. Kalau kamu nak macam Pandalela pergilah terjun diOlympic. Entah2 pertanding kampung pun tak lepas. Pemberian kepada askar adalah sebagaimana terma dan syarat yg telah ditetapkan. Juga dipersetujui oleh kedua belah pehak.

      Delete
  2. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.