Tuesday, September 6, 2016

KALAU DULU TUN M LUDAH...SEKARANG..???


Seluruh negara tiba-tiba kecoh apabila berita kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi untuk mengikuti kes saman Anwar yang memohon pengisytiharan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang berkuat kuasa semalam sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Katanya kehadiran itu adalah kerana beliau (Tun M) begitu berminat dengan kes tersebut memandangkan ianya melibatkan keselamatan negara.

Begitu patriotik sekali Tun Mahathir , dalam usia sebegitu masih lagi memikirkan tentang keselamatan negara Malaysia seolah-olah kerajaan sedia ada langsung tidak berpegang kepada perlembagaan dan undang-undang.

Perlu EP nyatakan disini bahawa sekiranya benar Tun Mahathir ikhlas dengan isu membabitkan keselamatan negara maka sudah pastilah bekas pemimpin negara itu tidak akan sesekali menjelajah ke seluruh negara bersama-sama parti-parti pembangkang yang beliau sendiri tolak sejak puluhan tahun yang lalu.

Bagaimana pula dengan Akta ISA di waktu Tun Mahathir ? 

Bukankah akta tersebut hampir sama dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 ?

Dan jika melihat kepada agenda gerakan Tun Mahathir itu jelas ia adalah gerakan yang cukup merbahaya kepada keselamatan negara memandangkan hasrat utamanya adalah untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia yang memikul amanah tersebut melalui proses perundangan yang disahkan oleh undang-undang negara.

Sedarkah kita betapa Tun Mahathir sedang meruntuni undang-undang apabila usahanya itu menafikan hak majoriti rakyat Malaysia yang telah membuang undi dan membuat pilihan pada PRU ke-13 yang lalu ?

Hakikatnya minat yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir terhadap tindakan saman Anwar Ibrahim , banduan yang kini sedang menjalani hukumannya akibat daripada meliwat dan salah guna kuasa di era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia memberikan gambaran bahawa ada sesuatu yang sedang dirancang.

Seperti mana rancangan untuk menumbangkan Najib oleh 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan yang akhirnya gagal kerana berlaku pembelotan sesama sendiri.Baca artikel di bawah ,

http://empayar-pemuda.blogspot.my/2016/08/laporan-polis-khairul-azwan-harun.html

http://empayar-pemuda.blogspot.my/2016/08/kronologi-gerakan-jatuhkan-perdana.html

Begitulah juga dengan gerakan terbaru ini !

Bukan soal minat terhadap kes saman Anwar sebenarnya , tetapi kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi merupakan "Political Marketing" satu langkah atau strategi pemasaran politik yang dirasakan Tun Mahathir perlu dilakukan walaupun tindakan itu akan menyebabkan imejnya tercalar.

Tun Mahathir mahu memperlihatkan kepada dunia bahawa gerakannya kini sudah melibatkan ramai pemimpin termasuklah dikalangan mereka yang pernah beliau sendiri sumbat ke dalam penjara.

Dan sudah semestinya , Tun Mahathir mahukan sokongan jitu daripada Anwar Ibrahim yang punya sejarah politik tersendiri.

Dengan sokongan Anwar dan juga seluruh kem pembangkang , Tun Mahathir mahu memancing sokongan daripada akar umbi khususnya daripada kawasan luar bandar bagi merealisasikan hasratnya menumbangkan Najib yang masih lagi bertahan dengan sokongan majoriti ahli-ahli UMNO , komponen BN dan sudah semestinya rakyat sejak hari pertama beliau diserang.

EP percaya ada agenda terancang yang sudah diperhalusi sehalus-halusnya oleh Tun Mahathir & the gang supaya hasrat menggunung untuk melihat kejatuhan Najib tercapai !

Dan tanpa kita sedari , Tun Mahathir sebenarnya sudah pun memberikan petunjuk siapa sebenarnya yang bakal menggantikan Najib sekiranya gerakan mereka berjaya.

5 comments:

Anonymous said...

Pelingkup melayu

Anonymous said...

Dia peduli apa....dh kaya raya
Anak semua juta2 wang dlm bank...7 keturunan tak akan habis...
Dashyatnya dendam kesumat manusia nama mahataik nie...patutlah akar umbi fuckatan dulunya cukup benci dgn dia setelah apa yg dia lakukan kpd pemimpin2 mrk.Mgkin tiada musuh dan kawan yg kekal dlm politik.
Sebagai rakyat...tetap menolak manusia tanpa prinsip.Hanya berkawan bila ingin mengenyangkan waris dan kroni.Tolak tetap tolak wlpun pernah berjasa...prinsip harus dikekalkan.

Anonymous said...

Kalau PM dah penyamun, nak buat apa lagi. Najis negara perlu dihapuskan.

Anonymous said...

Yg melayu nampak sangat..si sial kat penang tu lagi dasyat..engkau orang senyap saja. BOLO PUNYA OLANG

Anonymous said...

Mahataik ludah muka peliwat..
Peliwat ludah muka mahataik..
Skrg demi wang dan kuasa...sama2 jilat ludah masing2...
22 tahun jadi penyamun...demi wang dan kuasa...buat apa pun sanggup...asal masyuuuk
Dalam hati,"Ingat aku nak sangat ker bersalam dgn ko!!!"

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.