Sunday, September 4, 2016


Pendedahan tentang keterlibatan bapa kepada Lim Siew Khim , Adun DAP dari Sungai Pinang dalam urusan melibatkan "duit kopi" bagi mendapatkan unit rumah perumahan di bawah kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah pun diketahui umum.

Malah Adun DAP itu dengan serta merta sudah pun membuat beberapa kenyataan media menafikan keterlibatannya dalam urusan berbau rasuah terbabit.Dan lebih hebat lagi beliau dalam kenyataannya sebelum ini turut mencadangkan kepada pihak yang terlibat supaya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan.

Baca artikel sebelum ini http://empayar-pemuda.blogspot.my/2016/08/lagi-isu-rasuah-babitkan-ahli-keluarga.html

Ekoran daripada itu pihak SPRM sudah pun bertindak dan menahan Lim Keat Seong bagi mendapatkan keterangan seterusnya melakukan siasatan lanjut.

TERKINI , satu lagi video telah didedahkan yang menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Lim Siew Khim sememangnya tahu bapanya, Lim Keat Seong terlibat dalam komplot itu seawal Jun 2015.

Rakaman perbualan menerusi Whatsapp antara mangsa Keat Seong dan orang tengah itu memberikan gambaran bahawa Siew Khim telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya beri tempoh sehari untuk dia membalas dan mencari jalan bagaimana bapanya dapat memulangkan wang,” kata orang tengah itu kepada mangsa terlibat.

Menerusi satu lagi perbualan, ditunjukkan bagaimana abang tiri Siew Khim iaitu Ong Hock Hin memaklumkan adik tiri perempuannya itu telah meminta supaya diatur pertemuan dengan semua pihak terlibat.

Sementara itu memetik laporan daripada The Star Online , Lim Siew Khim dalam satu sidang media di Georgetown mengakui bahawa beliau sebenarnya mengetahui dan sudah berjumpa dengan bapanya berkenaan isu yang ditimbulkan setahun yang lalu bagi mendapatkan pengesahan.

Walau bagaimanapun bapanya menafikan keterlibatannya dan perkara tersebut tidak ditimbulkan lagi.

GEORGE TOWN: Sungai Pinang assemblyman Lim Siew Khim (pic) admits that she confronted her father a year ago after hearing rumours about a “cash for housing units” scam.

“My father denied he was involved and the matter did not surface again,” she said at a press conference here, Saturday. 

The Star Online http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/03/sungai-pinang-rep-housing-penang/ 

Banyak persoalan yang sebenarnya mula berbangkit tetapi cukuplah untuk EP bertanya tentang kenapa Adun DAP dari Sungai Pinang ini tidak terus membuat laporan terhadap SPRM dan polis ?

Bukankah beliau adalah sebahagian daripada puak-puak DAP yang mengaku mengamalkan dasar Cekap , Akauntibiliti dan Telus ?

Kenapa Lim Siew Khim memilih untuk berdiam diri sejak daripada 2015 ? Tahukah beliau kesalahan bagi melindungi pelaku rasuah dan pengamal rasuah ?

Atau beliau sedang berusaha untuk menyelamatkan bapanya ?

Lebih menarik siapa agaknya orang dalam kerajaan negeri yang terlibat tu ?

Sama-sama kita tunggu dan pihak SPRM dikatakan akan melakukan siasatan terhadap pendedahan video terbaru ini.

1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.