Wednesday, August 10, 2016



Selepas abang besar DAP dihadapkan ke mahkamah kerana pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa , kem DAP nampaknya makin panas apabila seorang lagi orang kuat parti cauvinis itu berdepan situasi yang sama.

Lebih menarik tuan punya badan tu dikatakan antara penyumbang utama kepada kewujudan Red Bean Army (RBA) jentera siber DAP yang begitu agresif menyerang kepimpinan dan institusi politik dalam negara kita.

Apa yang EP nampak , bila dah sampai tahap orang penting ni maka sudah tentulah ianya memerlukan peruntukan wang yang banyak kerana bukan senang untuk menggerakkan jentera 24 jam tanpa henti.Disebabkan keadaan itu kes melibatkan orang kuat DAP ini mungkin punya kaitan dengan apa yang EP sebutkan diatas tadi.

Menurut laporan , orang kanan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang membantu dalam kempen parti berkenaan didalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dihadapkan ke mahkamah Taipei diatas dakwaan menggelapkan wang syarikat.

Media Taiwan melaporkan, Datuk Pua Khein Seng yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Phison Electronics Corp menafikan tuduhan oleh mahkamah negara berkenaan.

Beliau walaubagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin NT$20 juta atau RM2.5 juta dan dilarang meninggalkan negara tersebut sehingga kes selesai.

Syarikatnya sebelum ini diserbu pihak berkuasa Taiwan selepas mendapat aduan berlaku penyelewengan dan tuntutan tidak berasas selama bertahun-tahun.

Khein Seng yang digelar 'bapa pen drive' dalam kenyataannya kemudian menjelaskan beliau dan rakan kongsi syarikat tidak menggelapkan dana dari syarikat berkenaan.

Blogger, Lim Siam See dalam pada itu mendakwa Khein Peng merupakan salah seorang anggota penggerak media sosial DAP digelar Red Bean Army (RBA) tetapi dinafikan ahli perniagaan tersebut.

"Rakyat Malaysia di Taiwan ini membantu DAP dalam kempen berdepan PRU13. Suatu masa dahulu, beliau dilaporkan merupakan penderma kepada pergerakan RBA tetapi Phua Khein Seng mengeluarkan kenyataan menafikannya.

"Tetapi kini beliau berdepan masalah. Dilaporkan bahawa kerajaan Taiwan menyerbu syarikatnya diatas dakwaan penyelewengan dan bayaran tuntutan tidak munasabah selama bertahun-tahun," katanya.

Walaupun tindakan itu berlaku di luar negara , ianya sedikit sebanyak memberikan kita jawapan betapa puak-puak DAP ini cukup licik.Mereka sememangnya tidak menghiraukan pun tentang nasib rakyat Malaysia kerana mereka tahu kepentingan di luar negara yang telah disiap sediakan itu mampu menanggung kehidupan mereka sekiranya Malaysia hancur musnah akibat permainan politik keterlaluan dan penuh dengan tipu muslihat.

Bayangkan wang jaminan sahaja mencecah RM2.5 juta ! 

Tak perlu buat tabung ke ? Banyak duit dia kan ?

Sesuatu yang EP nak ingatkan adalah pihak berkuasa Taiwan menyerbu syarikat milik Setiausaha Agung DAP itu berdasarkan ADUAN !

Jadi faham-fahamlah , bila dah ada aduan maka sudah tentulah ia melibatkan individu tertentu dan dalam kes ini rasanya individu terbabit sudah pasti masak benar dengan akitiviti yang dilakukan oleh Pua Khein Seng.

Kita tunggu tengok apa jadi ...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.