Monday, August 8, 2016


Kalau mengikut sejarah politik kedua-dua parti ini sudah tentulah keakraban yang terjalin itu seperti aur dengan tebing.Tidak akan ada mana-mana pihak sekalipun yang mampu menggugat hubungan antara keduanya.

Malahan dimana ada PKR disitulah ada DAP dan di mana ada Anwar disitulah adanya Kit Siang mahupun Lim Guan Eng.Jika tidak berkesempatan sekalipun , habis segala suku sakat DAP akan dikerah supaya turun kononnya sebagai sokongan dan solidariti terhadap bekas ketua pembangkang yang kini menjadi banduan sepenuh masa.

Namun aksi mereka dengan membawa agenda yang berbeza selalunya akan tempang.Samalah plotnya dengan parti DAP dan PKR , apabila Anwar hilang dari pentas politik Malaysia , maka DAP mula mengorak langkah mencari dan mencipta pentas baru yang jauh lebih menguntungkan mereka.

Semua pihak dapat melihat dengan jelas bagaimana DAP membina rangkaiannya dan memperluaskan penguasaannya dalam kem pembangkang.Siapa yang berani menegur DAP dan abang besarnya Lim Guan Eng ?

PKR melalui Azmin yang dilihat begitu akrab dengan PAS pun GAGAL untuk pertahankan PAS daripada di halau oleh DAP.Natijahnya bukan sahaja PAS dihalau keluar dari Pakatan Rakyat , Azmin juga turut diberi kata dua supaya akur dengan keputusan TAIKUN politik paling besar dalam Pakatan Haprak itu.

Namun apa jua yang berlaku antara kedua-dua parti ini , EP begitu pasti bahawa situasi terkini yang berlaku dalam Pakatan Haprak adalah akibat daripada DENDAM POLITIK yang terbuku sejak beberapa lama sebelum ini.

Kegagalan DAP untuk mengadakan PRN di Pulau Pinang menjadi bukti betapa parti-parti dalam Pakatan Haprak kini sudah hilang fokus dan mereka masing-masing kini sedang berkecamuk akibat daripada sikap dan perlakuan mereka sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Rafizal Rahim berpendapat strategi Guan Eng yang mahu mengadakan pilihanraya negeri untuk membersihkan diri serta mengembalikan persepsi negatif rakyat terhadapnya gagal apabila parti-parti pembangkang lain sudah meneka pilihanraya tersebut hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan karier politik Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Saya kira alasan-alasan tentang pengagihan kerusi dan sebagainya, bukanlah isu sebenar. Ada kemungkinan besar bahawa PKR dan parti pembangkang yang lain tidak bersetuju untuk mengadakan pilihanraya negeri lebih awal kerana mereka sedar bahawa ini adalah taktik Dap untuk membersihkan imej Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuahnya.

“Mengadakan pilihanraya untuk agenda peribadi dan kepartian bukan tidak pernah dilakukan oleh pembangkang. PKR sebelum ini pernah mengadakan pilihanraya Kajang semata-mata agenda politik peribadi pemimpin tertentu di dalam parti tersebut untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor  dan mahukan Wan Azizah menggantikan tempat beliau.

“Tetapi dalam kes pilihanraya negeri Pulau Pinang, saya lihat nasib Guan Eng agak malang apabila cadangan beliau untuk mengadakan pilihanraya negeri ditolak oleh PKR dan parti pembangkang yang lain,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Senario itu menurut Rafizal lagi memperlihatkan semangat setiakawan yang sudah pudar dan musnah di kalangan parti-parti pembangkang khususnya di Pulau Pinang.

“Dulu ketika PKR mengadakan pilihanraya di Kajang, Dap bersetuju dan membantu PKR dalam piliahnraya tersebut, biarpun Dap tahu bahawa pilihanraya itu diadakan hanyalah semata-mata untuk memenuhi hasrat Anwar Ibrahim untuk mengangkat isterinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor.

“Namun kali ini, apabila Dap pula menghadapi masalah berhubung isu rasuah Guan Eng dan mahu mengadakan pilihanraya negeri bagi menyelamatkan karier dan imej politik Guan Eng, PKR tidak bersetuju dengan pelbagai alasan.

“Sebab itu saya katakan persefahaman dan permuafakatan antara parti-parti pembangkang di Pulau Pinang kini semakin longgar dengan pelbagai konflik dalam yang berlaku dan saya yakin keadaan itu akan berterusan sehingga ke pilihanraya umum akan datang,” ujarnya. baca seterusnya..


Realitinya mereka bukan lagi sepasukan tetapi hanya bersama atas dasar politik membenci UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Agendanya sudah berbeza dan perubahan demi perubahan yang sedang berlaku dan bakal berlaku selepas ini pastinya akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan dan kerakusan pimpinan mereka untuk terus memonopoli dunia politik.

Percayalah ianya bukan untuk rakyat !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.