Tuesday, August 23, 2016


Semua pihak sedia maklum tentang satu laporan polis yang telah dibuat oleh Khairul Azwan Harun atau Azwanbro terhadap 3 bekas pegawai tertinggi negara berkenaan usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia.

Laporan polis tersebut telah menamakan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pihak yang terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Walau bagaimanapun siasatan oleh pihak polis itu kemudiannya dihentikan kerana siasatan awal pihak polis mendapati laporan yang dibuat oleh Azwanbro itu hanya berdasarkan andaian sahaja seterusnya menamatkan semua spekulasi yang mula diperkatakan.

Dalam masa yang sama mengulas tentang keputusan pihak polis itu , Azwanbro menyifatkan tindakan tersebut adalah tanggungjawab beliau untuk mempertahankan kepimpinan negara dan juga presiden parti.

"Ia merupakan hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan polis sekiranya timbul ancaman.

"Namun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara atas kerjasama (yang ditunjukkan)," katanya.

Sesuatu yang pasti pelbagai pihak khususnya mereka-mereka yang tidak senang dengan tindakan Azwanbro kemudiannya mula bertindak dengan menyerang beliau sehinggakan Naib Presiden PKR , Rafizi Ramli membuat tuduhan pihak polis mengamalkan sikap berat sebelah atau "double standard" kerana tidak mengambil tindakan terhadap Azwanbro kerana laporannya yang berkisar kepada andaian dan cakap-cakap (hearsay).

Persoalannya kini adalah keputusan yang dibuat oleh pihak polis itu bukanlah berdasarkan kepada hasil siasatan terhadap 3 individu yang disabitkan dalam laporan oleh Azwanbro .Ianya dibuat dan dihentikan berdasarkan kepada keterangan Azwanbro yang diambil oleh pihak polis selepas laporan polis itu dibuat.

Prinsipnya isu pokok belum pun disentuh dan ianya jelas apa jua yang didengari oleh Azwanbro itu masih kekal misteri dan menimbulkan persoalan sama ada ianya benar atau sememangnya ia hanyalah sekadar cakap-cakap dan andaian.

Bukan berniat untuk mempertikaikan tindakan pihak polis tetapi inilah penjelasan yang sewajarnya difahami oleh seluruh rakyat Malaysia tentang isu laporan polis Azwanbro terhadap 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan tersebut.

GEMPAR !

Terkini , Tun Mahathir pula telah tampil seterusnya mengesahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Azwanbro itu ada asasnya!

Dalam satu sidang media bersama wartawan , Tun Mahathir telah mendakwa tiga pegawai tertinggi kerajaan yang dituduh berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah "dikhianati".

Beliau berkata Najib akan menghadapi tindakan jika pengkhianatan yang dikatakan itu tidak berlaku.

"Zeti jujur , begitu juga Abu Kassim dan juga Gani Patail ... tetapi mereka telah dikhianati oleh dari kalangan mereka.

"Jika tidak Najib akan menghadapi tindakan sekarang," kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun Tun Mahathir dilihat lebih suka bermain teka teki apabila beliau enggan mengulas lanjut, atau menjelaskan sama ada apa yang beliau maksudkan sebagai pembelotan itu datangnya daripada salah seorang 3 pegawai terbabit atau pihak luar sebaliknya mengaku beliau bukan sebahagian daripada konspirasi tersebut. 

Persoalannya kini adalah siapa pihak yang telah mengkhianati 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan tersebut ?

Dan paling menarik , kenyataan Tun Mahathir itu secara tidak langsung telah mengesahkan sama sekali bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azwanbro itu adalah benar memandangkan Tun M sendiri mengaku usaha ketiga-tiganya untuk menggulingkan Perdana Menteri telah digagalkan dalam satu siri pembelotan.

Paling penting , siapa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir sebagai PEMBELOT kepada gerakan menggulingkan Perdana Menteri ?

Ini SERIUS dan melibatkan isu keselamatan negara dan melihat kepada situasi ini , rasanya adalah amat WAJAR sekali untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan dan menjalankan siasatan secara terperinci supaya segala dakwaan Azwanbro dan kenyataan Tun Mahathir itu dapat dibuktikan kesahihannya.  

3 comments:

Anonymous said...

Jangan la memeningkan rakyat Malaysia, ada banyak kerja lain lagi yang nak dibuat. Ada banyak perkara lain lagi yg tiada kaitan dg politik yg nak difikirkan.

Anonymous said...

Bila berkaitan dengan petualang dan ancaman..kita tak bleh nak amik mudah...

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.