Saturday, August 13, 2016


Jika sebelum ini Guan Eng jelas BERBOHONG dan cuba berdolak-dalih dalam isu terowong yang bertukar menjadi jambatan halimunan kononnya kementerian diperingkat kerajaan persekutuan menghalang permohonan DAP , kini suku sakatnya jauh lebih dasyat dari itu !

Barangkali mengikut telunjuk si pemimpin , seorang lagi pemimpin DAP telah menggunakan kedudukannya semata-mata untuk menidakkan hak orang lain !

Dilaporkan Ahli Parlimen Jelutong dari DAP , Jeff Ooi telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya tidak meluluskan permohonan tukar syarat kegunaan bangunan dari pejabat ke hotel hanya kerana pemiliknya seorang ahli UMNO.

Apakah ini ketelusan yang digunapakai dalam amalan kucing kurap (CAT) puak-puak DAP ?

Berita yang disiarkan oleh akhbar berbahasa cina itu kemudiannya mendapat reaksi segera daripada Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR , Tan Tee Beng.

Rasanya tak salah menyebut celaka DAP sebab DAP hanyalah sebuah organisasi politik dan ianya tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu.Kalau dalam kes Rayer mencelakakan UMNO boleh dilepaskan daripada tindakan undang-undang , takkan apa yang EP sebutkan tu salah pula ?

Jadi tak payah fikir banyak terimalah hakikat bahawa DAP memang celaka sebab bukan sahaja mengamalkan polisi "double standard" terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang tetapi turut bersikap rasis terhadap parti politik orang-orang Melayu.

Patutlah selama ini permohonan agensi kerajaan persekutuan untuk membina rumah mampu milik di tolak oleh kerajaan DAP Pulau Pinang !

EP syorkan selepas ini kerajaan persekutuan nilai semula semua jenis peruntukan yang mahu disalurkan kepada kerajaan DAP di Pulau Pinang sebab puak-puak pentadbir ni bukan penyokong UMNO dan Barisan Nasional !

Jangan layan lagi biar mereka merangkak sendiri !!!

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.