Monday, August 29, 2016


Nampaknya usaha Tun Mahathir untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib masih lagi belum tercapai.Pelbagai usaha telah dilakukan dan EP percaya bahawa usaha itu tidak akan terhenti malah akan terus direncanakan dengan apa jua cara sekalipun.

Oleh yang demikian menjadi satu kemestiaan bukan sahaja kepada parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tetapi juga rakyat keseluruhannya supaya sedar dan memahami tentang apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Bagi EP ini penting memandangkan pada zaman maklumat lebih berbahaya dari peluru , kita perlu pastikan rakyat tidak dipergunakan dengan sewenang-wenangnya demi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

Semua pihak sedia maklum bahawa Tun Mahathir kini sedang menggerakkan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dengan sokongan daripada parti-parti yang terlibat dalam Pakatan Haprak.Bahkan EP percaya malah sudah terbukti bahawa gerakan ini akan menggunakan semua elemen yang ada termasuklah pihak-pihak luar agar ianya dilihat sebagai satu gerakan secara menyeluruh bagi menggambarkan Malaysia berada dalam keadaan yang cukup getir.

Hakikatnya apakah rasional tindakan demi tindakan ini dilakukan ?

Jika berdasarkan emosi semata-mata maka sudah tentulah dengan segala macam maklumat yang disebarkan selama ini akan mengheret seluruh kita untuk sama-sama menjatuhkan Datuk Seri Najib namun kita masih lagi waras untuk menggunakan akal fikiran dalam membuat satu-satu keputusan.

Berdasarkan kepada kronologi kejadian demi kejadian yang EP lampirkan di bawah , sewajarnya ia menjadi salah satu daripada perkara asas untuk sebarang keputusan dibuat supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang bertindak melulu tanpa usul periksa.

Kronologi ,

21 Oktober 2013 - Anak Mahathir,Mukhriz Kalah dalam pemilihan UMNO kepada sepupu Datuk Seri Najib. 

29 Oktober 2013 - Mahahir menuduh puak Datuk Seri Najib membeli undi dalam pemilihan UMNO Oktober 2013. 

30 Oktober 2013 - Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam Umno tidak betul,kata ahli Majlis Tertinggi. 

2 Disember 2013 – Dr Mahathir berundur dari jawatan Petronas kerana masalah kesihatan.

4 Disember 2013 – Mokzaini Mahathir letak jawatan Eksekutif Pengarah Sapura Kencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif. 

9 Jan 2014 – MTEM kesal dengan dakwaan “layanan buruk” oleh Petronas terhadap bekas penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. 

19 Feb 2014 – Mokzaini menjual 190,300,000 saham Sapura Kencana berjumlah RM818.3 juta untuk mengurangkan pegangan ketara.

21 Mei 2014 - Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton. 

21 Julai 2014 – Proton meminta RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi). 

18 Ogos 2014 – Mahathir menarik balik sokongan kepada kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Najib. 

12 Dis 2014 - Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB. 

4 Mac 2015 - Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada Sapura Kencana Petroleum. 

13 Mac 2015 – Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB,Datuk Seri Najib dan keluarga. 

4 Apr 2015 – Mahathir mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Letak Jawatan. 

26 Jun 2015 – Datuk Seri Najib menamgguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan. 

2 Jul 2015 – WSJ mendedahkan RM2.6b dalam akaun Datuk Seri Najib. 

3 Jul 2015 – Pasukan Petugas Khas ditubuhkan.AG Gani mengesahkan serbuan di MPP,Mentari dan Ihsan Perdana pada hari yang sama. 

7 Jul 2015 – RPK mendedahkan 3 Tan Sri mengatur konspirasi rampasan kuasa. 

25 Jul 2015 – Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Datuk Seri Najib. 

Jul 28, 2015 – Muhyiddin,Shafie,Ghani dan Ketua SB diganti.

30 Julai 2015 - Sarawak Report mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib,yang dinafikan oleh SPRM kerana siasatan masih belum selesai. 

Ogos 19 - 20 Sept – Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi di seluruh dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi-agensi asing 

20 September 2015 – Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap.

6 Feb 2016 – Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah 

Feb 29, 2016 – Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO. 

4 Mac 2016 – Mahathir tandatangan deklarasi bersama pembangkang untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan “Selamatkan Malaysia” 

Apr 9,2016 – Mahathir menyeru kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

Jul 20,2016 – DOJ Amerika Syarikat fail saman sivil berkaitan 1MDB terhadap empat individu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak-pihak yang tidak dinamakan di Malaysia.

Jul 26,2016 - Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri terlibat didalam konspirasi.

21 Ogos 2016- Mahathir mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

24 Ogos 2016- Mahathir berkata terdapat 4 Tan Sri.

Berdasarkan kronologi diatas , EP yakin ada gerakan terancang yang bukan sahaja melibatkan segelintir daripada mereka yang mengaku warga Malaysia tetapi juga huluran tangan-tangan ghaib dan ianya bukan sekadar gerakan biasa-biasa !

Tunggu artikel seterusnya..

2 comments:

panglima perangcyber said...

artikel yang bagus bro

Anonymous said...

Ya, kerana KEDAYUSAN pemimpin ISLAM/MELAYU KITOL PENGKHIANAT terutamanya PU-amat-LEMBIK dan si GMerahCAKAP BESAQ – yg. begitu PENGECUT nak buat DEMO- dlm. strategi “COUNTER-ATTACK“ (secara aman) yg. KONSISTEN, di dalam “memPERTAHANkan NEGARA ISLAM kita ini, YAB PM Bumiputera Islam/Melayu TERCINTA kita dan nasib MAJORITI rakyat“ ( terutamanya hak dan Identiti Bangsa Bumiputera Islam/Melayu yg. terus mahu diHAPUSkan dlm.“CULTURAL GENOCIDE“, bahkan aku juga syak juga berlaku “GENOCIDE“ utk. MENGURANGkan JUMLAH Bumiputera Islam/Melayu serta PEMIMIPIN2 tercinta kita dlm, pelbagai MO terutamanya dlm. KEMALANGAN2 JLNRAYA/HELIKOPTER dan RACUN KIMIA yg. boleh menyebabkan pelabagi penyakit terutamanya KANSER dan SAKIT JANTUNG) – maka DEMO2 HARAM terus dibiaqkan KDN/PDRM (mcmmana hang buat KERJA HANG, OI – KP KL tu patut diPECAT segera dan SPRM juga mesti SIASAT!!) serta BANGSA Bumiputera Islam/Melayu terutamanya para ULAMA tercinta kita termasuk YB Mufti Perak dan YB Datuk Ustaz Kazim Elias, serta Jabatan2 Agama Islam kita terus diHINA dan diTINDAS (mcm. kita ni PENGEMIS di bumi pusaka nenek moyang BUMIPUTERA kita sendiri), dgn. amat JIJIK oleh Si KETURUNAN TERORIS PENJAJAH/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD!

Lihat SERANGAN TERORIS puak PENJAJAH HOMO JUBOQ BABI & PELACUR2 SUNDAL BINATANG BUAS KAFIR HARBI DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO ni! Di - https://www.bnbbc.my/ngo-lgbt-beri-anugerah-hina-mufti-perak/ :

NGO LGBT beri anugerah hina Mufti Perak

Kategori ‘menghina intelektual’ dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.

Harussani pada April tahun lalu berkata konsep rogol dalam perkahwinan tidak wujud kerana isteri tidak boleh menolak kehendak seks suami kecuali datang bulan, sakit dan melahirkan anak.

Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.

Kenyataan itu mendapat 56 peratus undi (1,065 undi) oleh orang awam. Masa pengundian dibuat pada 1 hingga 12 Ogos.
Selain Harussani, turut memenangi anugerah bersifat mengajuk yang diadakan secara tahunan anjuran kali ini ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Anugerah “Aiyoh Wat Lah” yang mula diadakan pada 2012 ini mempunyai tujuh kategori iaitu anugerah kaki di mulut, ucapan tak masuk akal, tidak boleh diabaikan, dasar yang gagal, cukup sudah, sangat tidak membantu kepada kewanitaan dan halu tuju tepat.

Disertakan link akaun Facebook penganjur anugerah tersebut : https://www.facebook.com/aiyohwatlah/

Dua laman portal pro-pembangkang, Malaysiakini dan Free Malaysia Today juga membuat liputan terhadap anugerah tersebut.

(Nek Tempoyak)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.