Monday, August 15, 2016


Belum pun lagi parti tersebut disahkan oleh ROS , DAP nampaknya sudah terkinja-kinja untuk menawarkan segala bentuk bantuan dan sokongan terhadap parti yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin sebagai Presiden.

Sebagai pencetus kepada gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri , EP tak berasa hairan sangat dengan tindak-tanduk parti bersatu ni maklumlah selagi mana ada sokongan waima daripada parti yang sebelum ini mereka sendiri tolak pun memadailah.

EP faham gerakan seperti ini memerlukan momentum dan momentum itu mestilah diperlihatkan kepada umum dan kerana itulah bersatu sanggup untuk menggadaikan maruah diri pimpinannya untuk sanggup bersama-sama dengan DAP.

DAP mengumumkan parti itu bersedia untuk menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana parti, termasuk parti baharu yang bakal ditubuhkan iaitu parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, jalinan kerjasama DAP dengan Bersatu adalah bersandarkan kepada keyakinan bahawa perjuangan parti baharu itu akan memperjuangkan agenda menegakkan keadilan di Malaysia, sifat yang sama diperjuangkan DAP.

“DAP bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perjuangan membina sebuah kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus termasuk parti yang baharu, Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik sebuah portal berita, hari ini.

Permohonan penubuhan parti Bersatu dibuat di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) oleh Presiden sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin 9 Ogos lalu.

Bersatu dilaporkan akan dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Muhyiddin dinamakan sebagai presiden.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal menjawat jawatan timbalan presiden. 

Persoalan yang bermain difikiran EP pada ketika ini adalah , apakah kehadiran bersatu mampu merubah lanskap politik kem pembangkang di Malaysia ?

Jika Ya , bagaimana agaknya dengan kedudukan PKR ?

Atau bersatu bakal menjadi mangsa politik DAP seperti mana yang telah mereka lakukan terhadap PAS dan PKR selama ini !

Moga-moga 3M tidak berstatus MACAI selepas ini !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.