Monday, August 1, 2016

GUAN ENG HILANG SABAR DENGAN GAME PKR



Nampaknya Guan Eng masih lagi GAGAL untuk meyakinkan sekutunya supaya menerima cadangan DAP membubarkan DUN P.Pinang seterusnya mengadakan PRN dalam masa terdekat ini.

Sebagai individu paling terkesan dalam kemelut skandal yang menghantui diri Ketua Menteri Pulau Pinang ini , sudah tentulah keputusan PKR untuk tidak menerima cadangan mengadakan PRN itu menimbulkan keresahan yang melampau.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi memutuskan bahawa parti itu masih belum bersetuju dengan cadangan DAP mengadakan PRN.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu mempunyai beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.

"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

Ekoran daripada keputusan tersebut , kita dapat melihat betapa kecewanya Guan Eng sehinggakan respon balasnya dilihat lebih terarah kepada mendesak.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan betapa PKR tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk memberikan persetujuan.

"Biarlah rasional. Kalau kita cakap tahun depan, ia memang tidak munasabah.

"Anda tidak boleh tetapkan tempoh masa, tetapi jika anda cakap mengenai tahun depan, maka adalah mustahil ketika ini.

"Bila kita bercakap tentang pilihan raya, ia perlu dilakukan dengan segera. (Ia) tidak boleh dilambatkan melainkan keadaan baharu yang terjadi atau terdapat perubahan," kata Lim.

Pelbagai spekulasi telah dibuat berhubung ketidaksepakatan antara DAP dan PKR dalam soal PRN ini dan rata-ratanya melihat tindakan tersebut sebagai satu tindakan gopoh yang hanya terarah kepada kepentingan DAP dan Guan Eng semata-mata.

Malah sudah kedengaran desas-desus bahawa DAP sudah tidak lagi mampu melayan karenah sekutunya dan hanya menantikan masa sahaja untuk DAP bertindak berseorangan.

Jika itu berlaku , maka kita akan dapat menyaksikan satu lagi episod drama baru bertemakan kisah pertelingkahan keluarga caca marba dan mungkin sampai ke tahap bercerai-berai.

Kita tengok nanti ..

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.