Wednesday, August 3, 2016

GILIRAN PAS BAHANKAN GUAN ENG


Semua pihak sedia maklum bahawa punca kepada penubuhan Pakatan yang baru adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat yang membawa kepada pertelingkahan politik antara DAP dan PAS.

Walaupun sebelum itu hubungan kedua-duanya umpama aur dengan tebing , ianya tetap memberikan masalah memandangkan wujudnya perbezaan prinsip dan pendirian yang disembunyikan disebalik gelora nafsu politik masing-masing.

Kita tahu bahawa DAP tidak pernah sesekali bersetuju dengan hasrat PAS dalam hal melibatkan undang-undang hudud manakala PAS pula turut sama kurang senang dengan tindakan demi tindakan DAP terhadap isu melibatkan kedudukan agama Islam dan hak orang-orang Melayu.

Oleh kerana itulah para pelakon politik dari kedua-dua parti akhirnya tidak lagi dapat membawa watak masing-masing dengan baik.

Natijahnya berlakulah tsunami politik pembangkang bila mana berpecahnya PAS dari Pakatan Haprak.

Klimaks kepada semua diatas bermula sewaktu muktamar PAS apabila Mat Sabu tewas dalam pemilihan dan seluruh negara dapat melihat bagaimana secara tiba-tiba PAS yang selama ini berpegang kepada KESATUAN UMMAH memperlihatkan watak sebenar apabila terdapat dari kalangan perwakilan mereka sendiri yang tampil dengan baju tertera perkataan kumpulan penyokong PRESIDEN.

Rasionalnya untuk apa kumpulan perwakilan terbabit mengenakan baju sedemikian sekiranya tidak berlaku sebarang konflik dari dalam parti sendiri ?

Itulah realitinya setelah PAS membenarkan jiwa dan roh mereka dicemari dengan dakyah-dakyah DAP.Akibat daripada itulah maka kita dapat melihat bagaimana agen-agen DAP dalam PAS akhirnya bertindak keluar parti dan menubuhkan parti PAN.

Ekoran daripada itu PAS dijadikan kambing hitam bagi menutup kerja jahat DAP selama ini.PAS dipersalahkan sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat sehingga tertubuhnya Pakatan Haprak yang kini dikuasai sepenuhnya oleh Rejim DAP.

Pelbagai tuduhan dibuat oleh DAP terhadap PAS sehingga sampai ke tahap menghina.

Maka bertempik soraklah DAP dengan hala tuju baru yang kononnya meletakkan  rakyat sebagai keutamaan.

Namun semua itu tidak berpanjangan apabila Guan Eng secara tiba-tiba terpasung dengan skandal melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dalam usaha untuk mencari jalan keluar , DAP tahu betapa mereka sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak.Keretakan hubungan dan sikap kurang ajar yang selama ini dipertontonkan kepada PAS akhirnya memakan diri.

DAP pastinya akan berasa lega sekiranya PAS memberikan sokongan kepada parti itu dalam berdepan situasi segetir ini namun mereka juga sedar betapa kesilapan yang dilakukan selama ini bakal menyempitkan laluan mereka untuk mendapatkan sokongan.

Hakikatnya PAS mengembalikan tiap hemburan caci maki dan hinaan DAP selama ini dengan kata-kata yang cukup menghinakan bagi seorang manusia bernama Lim Guan Eng.

Ketua Penerangan PAS pusat Nasrudin Hassan mahu parti Cina itu menyegerakan pemilihan sekiranya DAP mahu mengukur sokongan terhadap Guan Eng, parti itu tidak seharusnya menangguhkan pemilihan partinya.

"Sekiranya benar DAP mahu mengukur tahap keyakinan terhadapnya, tindakan yang lebih berobjektif yang patut dilaksanakan ialah menyegerakan pemilihan parti; bukannya menangguhkan lagi proses itu.

"Keyakinan ahli-ahli parti terhadap parti sendiri adalah lebih utama untuk diukur dahulu," kata Ahli parlimen Temerloh itu dalam satu kenyataan media.

Katanya lagi, pilihanraya Pulau Pinang boleh diadakan selepas perbicaran terhadap tuduhan rasuah Lim selesai dan rakyat akan membuat pilihan berdasarkan keputusan mahkamah.

"Sekiranya Lim didapati tidak bersalah, DAP pasti mendapat sokongan yang lebih padu daripada rakyat Pulau Pinang.

"Sekiranya Lim disahkan bersalah pula, rakyat Pulau Pinang terselamat daripada terus memberikan mandat pemerintahan kepada pemimpin dan parti yang tidak cekap, tidak berakauntabiliti dan tidak telus," tegasnya.

Guan Eng dan konco-konconya perlu sedar walaupun PAS bukan dari kalangan Pakatan Haprak , sejarah parti itu bersama dengan DAP sudah cukup untuk meyakinkan rakyat betapa pendirian PAS dalam isu PRN Guan Eng adalah tepat.

Lebih malang Guan Eng bukan sahaja berdepan dengan PAS tetapi juga pendirian PKR yang dilihat turut sama tidak menyebelahi anak kesayangan Kit Siang ini.

Sebagai Abang Besar dalam DAP , Guan Eng sepatutnya berasa malu dengan apa yang sedang berlaku.Malah jauh lebih dasyat dari itu apabila kepimpinan dan kredibilitinya kini sudah menjadi liabiliti kepada parti DAP sendiri.

Malah dalam keadaan tertentu timbul persoalan untuk apa penyokong dan pendokong DAP bertungkus-lumus menyelamatkan Guan Eng sedangkan mereka pada saat dan ketika ini boleh menyelamatkan maruah parti DAP dengan menggesa Guan Eng supaya segera berundur !

Kepada puak-puak DAP AKUILAH Mempertahankan Guan Eng samalah dengan tindakan membunuh seluruh ekosistem Democratic Action Party (DAP) yang dibanggakan oleh puak-puak cauvinis di Malaysia.

Jadi pilih mana lebih penting Guan Eng atau Dap !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.