Thursday, August 25, 2016

Sultan Johor mengkritik keras kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak disetujui oleh bekas perdana menteri itu.

Bagi EP amaran yang dibuat oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir tepat pada masanya kerana sejak kebelakangan ini tindakan Tun M bukan sahaja memporak perandakan rakyat Johor malah seluruh rakyat Malaysia.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memberitahu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menutup mulut daripada membuat kenyataan liar mengenai konsep 'Bangsa Johor'.
Ini selepas Mahathir berkata dalam satu forum semalam bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan memberi amaran ia boleh membawa keruntuhan persekutuan.
"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau kacau sarang tebuan dan nasihat saya kepada beliau adalah untuk menutup mulutnya.
"Dia berkeliaran memecah belah rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, termasuk orang Melayu," Sultan Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh The Star hari ini.
Baginda menambah Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan kerana individu konfrontasi yang telah menyebabkan banyak perpecahan.
"Mahathir adalah punca kepada masalah sekarang di negara ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan telatah beliau," katanya.
Baginda juga mengecam Mahathir kerana jahil mengenai sejarah di negeri ini.
Sultan Ibrahim berkata istilah 'Bangsa Johor' telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini "untuk kerjasama, keharmonian dan kewujudan aman".
"Tiada kaum atau individu telah dipinggirkan. Dia (moyang saya) telah terbukti betul."
Daulat Tuanku.

10 comments:

Rafrash said...

Kepada rakyat Malaysia terutama dari Johor janganlah salah tafsir niat Tun Dr Mahathir dalam kenyataan mengenai Bangsa Johor. Apa yang dia dan kebanyakkan rakyat Malaysia bimbang ialah suatu hari nanti Johor akan terpisah dari Malaysia. Jika ini tidak benar rakyat Johor, MB Johor dan semua yang berkenaan beritahulah kami apa sebenarnya maksud dan tujuan Bangsa Johor. Beritahulah kami yang Johor sedikit pun tiada niat untuk keluar dari Persekutuan. Berilah keyakinan kepada kami rakyat Malaysia bahawa perpecahan ini tidak mungkin berlaku. Moga senang hati semua rakyat Malaysia. Itu saja

Anonymous said...

Komen terbuka kepada mantan PM Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Memang benar sekali hujah hujah baginda Sultan Johor itu bahawa Tun sekarang membawa satu ajaran yang sungguh songsang dan sesat yang mampu untuk melemahkan kekuatan politik orang orang Melayu. Malahan cadangan sesat Tun itu akan memberi kelebihan kepada parti Kominis Cina DAP apabila sokongan parti orang melayu menjadi bertambah kecil dan terpaksa pula menagih sokongan daripada parti orang bukan Islam untuk berkuasa bagi membentuk Kerajaan. Yang penting orang Melayu memang kena bersatu dahulu, mana mana orang MELAYU yang masih tak nampak kenapa orang melayu Islam perlu bersatu dahulu. Khabarkan kepada mereka bahwa berpecah belah itu sama jugak dengan memutuskan silaturrahim sesama saudara se-ugama dan bangsa.

Dari Al Quran terdapat firman ALLAH yang berbunyi ” Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan Mereka itulah orang-orang yang dila’nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka” (QS. Muhammad :22-23)

Dari Jubair Ibnu Muth’im mendengar bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Tidak akan masuk surga orang yang memutuskan (silaturahmi)” (HR Bukhari dan Muslim)

“Tidak ada dosa yang Allah swt lebih percepat siksaan kepada pelakunya di dunia, serta yang tersimpan untuknya di akhirat selain perbuatan zalim dan memutuskan tali silaturahmi” (HR Tirmidzi)

Kalau ada orang orang Melayu dan pemimpin Melayu yang tidak setuju maka mereka beranggapan bahawa pendapat pemimpin mereka yang menganjurkan pecah belah adalah jauh lebih penting dan bijak daripada Amaran ALLAH SWT dan Rasulnya.

Anonymous said...

Kpd TDM insaf lah segera. Kembali lah kpd syariat perjuangan yg betul demi Islam / Melayu / Malaysia. Tak perlu berkeliaran memecahbelah perpaduan yg semakin kecil dan rapuh ini sehingga memudahkan petualang meratah hak penduduk asal yg tidak seberapa. Kalau soal pekung beliau pun banyak tiada faedahnya berpura suci. Rakyat tahu.Fitnah yg dijadikan modal dijaja sana sini rakyat mengkaji. Serah kpd mahkamah / SPRM / polis / PAC dll adalah jalan semoleknya. Bercakap berbelit2 tanpa fakta tambah memeningkan. Kutuk dedak 1000x pun soal apa nya ... bukan ayam itik. Duduklah secara syura demi ummah yg dipertanggungjawabkan dimuka bumi ini. Fikir2 kan lah ....

TDM lebih memecah belahkan lagi umat Melayu / Islam dan rakyat sekeliannya dengan menabur fitnah rata2 sehingga sanggup meminta campur tangan asing lagi. Ini namanya pengkhianat bangsa, agama dan negara. Kalau zaman dahulu mahu kena sumpah menjadi Batu macam cerita Sang Rajuna Tapa.

Miss Vee said...

DOJ .. Maklumat Risikan Terkini !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous said...

Pegi nasihat mahdey tu...
Dulu berbillion2 wang rakyat hilang percuma utk bailout syarikat waris dan kroni.Pelaburan forex rugi rm30b.Perwaja steel rugi berbillion2 ringgit.Dan banyak lagi...tapi dia tak pernah nak letak jawatan dan skrg sebok menyalak sana sini mencari kesalahan org lain.
Nyata dia adalah pemecah belah bangsa....

Anonymous said...

Walau seribu hujah yg tun m beri, dia tetap mnjadi salah satu elemen perpecahan undi melayu dn menambah keangkuhan dap.

Anonymous said...

Wahai Melayu dimana jua ko berada pikir lah dgn akal waras dan bijaksana bhw ada pihak yg sedang ko bertengkar/gaduh/gochoh! sesama sendiri.Pihak yg cuba melaga2kan Istana Johor dgn Tun Mahathir memdabik dada tanda berjaya meelemahkan penentang2 mereka.Sila gunakan akal mu yg dikurniakan Allah swt itu dgn sebaik2nya berlandaskan AlQuran dan Hadith Nabi saw.Berdoalah agar kita tidak tertipu oleh hasutan syaitan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.