Sunday, July 24, 2016


Nampaknya isu pembubaran DUN Pulau Pinang oleh kerajaan DAP semakin kecoh apabila Guan Eng dan konco-konco DAP Pulau Pinang masih berkeras dengan pendirian mereka untuk membubarkan DUN seterusnya mengadakan PRN.

Walaupun secara sinisnya PKR dan PAS sudah pun menyatakan secara terbuka betapa PRN pada masa kini sebagai satu pembaziran dana awam dan tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang.Baca di artikel sebelum ini di http://empayar-pemuda.blogspot.my/2016/07/azmin-punca-rancangan-lim-guan-eng-gagal.html

Dari pengamatan EP sendiri , sememangnya seluruhnya rakyat kini sedar dan tahu bahawa apa yang sedang diusahakan oleh DAP itu adalah gerakan menyelamat reputasi dan kedudukan Guan Eng akibat daripada tindakannya yang cuba bermain dengan api.

Sebagai seorang Ketua Menteri , Guan Eng sememangnya sedar perbuatan yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan yang boleh mengakibatkan dirinya berdepan pertuduhan dan dipenjarakan.

Namun Guan Eng hari ini bukanlah Guan Eng pada 15 tahun yang lalu , anak emas Kit Siang ini sudah bongkak dan lupa diri !

Sejak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang , kedudukan politiknya sama ada dalam DAP mahupun Pakatan Haprak sudah terlalu jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya hinggakan parti-parti yang bersekongkol dengan DAP turut sama merasakan kesannya.

Sebagai contoh lihat sahaja apa yang telah berlaku terhadap parti PAS dan kemelut yang berlaku di PRN Sarawak melibatkan PKR dan DAP.Ianya bukti paling jelas betapa DAP sudah lama menguasai seluruh kem pembangkang.

Malahan ramai dari kalangan pencacai PKR tahu bahawa sejak Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan , Guan Eng langsung tidak menghiraukan apatah lagi menghormati kedudukan parti PKR.Bagi DAP , kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang ibarat MANNEQUIN yang langsung tidak mampu bergerak dan mengarahkan.

Lebih dasyat semua pihak dapat melihat bagaimana agen-agen DAP yang selama ini menyelinap dalam parti PAS akhirnya didedahkan kepada umum apabila tertubuhnya parti PAN.

Selebihnya Guan Eng dan DAP banyak bermain wayang dan kesemua itu hanyalah permainan politik licik DAP semata-mata kerana sejak 2 penggal yang lepas DAP lebih banyak bergerak dengan dasarnya yang tersendiri.

Sejauh mana PKR mampu mempertahankan pendirian parti itu untuk tidak bersetuju dengan hasrat menggunung DAP membubarkan DUN ?

Berpijaklah dibumi nyata betapa DAP punya kuasa penentu dalam membuat sebarang keputusan apatah lagi keputusan kali ini melibatkan kedudukan Guan Eng !

Persoalan seterusnya apakah PRN mengejut ini benar-benar relevan kepada seluruh penduduk dan warga Pulau Pinang ?

Rata-rata penduduk Pulau Pinang tidak melihat PRN sebagai alternatif terbaik pada masa sekarang memandangkan PRU hanya berbaki 24 bulan sahaja lagi.

Yang lebih penting dan dimahukan rakyat hari ini adalah kerajaan negeri perlu melipatkan gandakan kerja-kerja mereka dalam urusan yang melibatkan kepentingan rakyat.

  1. Selesaikan masalah banjir kilat yang sering kali berlaku apabila hujan lebat.
  2. Selesaikan masalah kesesakan jalan raya yang semakin teruk.
  3. Buang sikap double standard dalam urusan melibatkan agensi-agensi kerajaan negeri.
  4. Hentikan pemberian lesen yang berleluasa kepada premis yang menjalankan akitiviti perjudian & maksiat.
  5. Segerakan pembinaan rumah-rumah mampu milik khususnya kepada kaum bumiputera.
  6. Hentikan kerja-kerja membotakkan bukit-bukit.
  7. Banyakkan pelabur agar lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada rakyat.
  8. Selesaikan masalah penutupan kilang yang menyebabkan rakyat hilang punca pendapatan.
  9. Hentikan kerja-kerja penambakkan laut yang merosakkan ekosistem hidupan laut.
  10. Kaji semula pembinaan rumah-rumah mewah yang mencecah jutaan ringgit dengan mewujudkan pelan rancangan yang memberikan ruang sama banyak dengan pembinaan rumah mampu milik.


Dan banyak lagi kalau EP nak sebut disini ,

Berdasarkan semua diatas , kita dapat simpulkan bahawa rakyat Pulau Pinang tidak bodoh !

Apa yang sedang berlaku terhadap Guan Eng adalah masalah yang melibatkan peribadi dan jawatan !

Kerajaan DAP di Pulau Pinang seharusnya segera mengarahkan Guan Eng meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan mencadangkan nama lain supaya kerajaan negeri dapat terus menjalankan tugas pentadbiran mereka menguruskan kepentingan rakyat.

Bukan mengheret RAKYAT dalam kemelut politik untuk kepentingan individu !

1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.