Saturday, July 16, 2016



Kecoh seketika siang tadi apabila sekumpulan warga Pulau Pinang berkumpul di perkarangan Komtar untuk mendesak agar Lim Guan Eng segera meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kumpulan terbabit membuat desakan tersebut setelah Guan Eng dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan pertuduhan rasuah melibatkan pembelian banglo terlajak murah dari seorang ahli perniagaan baru-baru ini.

Ternyata aksi dan suara daripada akar umbi seperti ini memperlihatkan betapa kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak lagi seselesa mana dan beliau sewajarnya mengakui apa yang sedang dihadapinya memberikan kesan yang cukup memalukan apatah lagi Guan Eng merupakan seorang pemimpin pembangkang yang mengaku mengamalkan polisi Cekap , Akauntibiliti dan Telus (CAT).

Soal integriti dan maruah dirinya kini berada di kedudukan paling atas dan semua pertikaian itu menyebabkan reputasi Guan Eng kini merosot.

Selain daripada faktor pertuduhan yang disabitkan terhadap dirinya , kegagalan Guan Eng untuk tampil bersih dan memperlihatkan sikap bertanggungjawabnya terhadap pengakuan penuh muslihatnya tentang amalan prinsip CAT dilihat sebagai penamat kepada segala tindak tanduknya selama ini.

Jika sebelum ini Guan Eng dan DAP begitu galak membuat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kini apa yang sedang berlaku dalam parti cauvinis itu jauh lebih memalukan.

Ura-ura untuk menunda pemilihan parti DAP bagi memberi ruang kepada perlantikan Setiausaha Agung yang baru dilihat sebagai cubaan KRONI-KRONI Guan Eng untuk cuba menyelamatkan hayat politik anak kepada Kit Siang ini.

Mengikut perlembagaan DAP , seseorang hanya boleh memegang jawatan setiausaha agung tidak melebihi tiga penggal.

China Press melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng pula memegang jawatan penting itu sejak 2004 dan penggalnya akan tamat pada September ini.

Walaupun banyak pihak menjangkakan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook akan mengambil alih jawatan itu daripada Guan Eng, tetapi tuan punya badan memberitahu ia masih terlalu awal untuk sebarang spekulasi.

Siew Fook yang kini merupakan Setiausaha Organisasi DAP bagaimanapun berterima kasih kepada pihak yang memandang tinggi terhadapnya untuk 'naik pangkat' sebagai Setiausaha Agung DAP.

Mengenai kemungkinan pemilihan parti ditundakan, Siew Fook berkata, ia boleh ditangguh sehingga 18 bulan bergantung kepada keadaan politik semasa.

"Tidak semestinya genap 18 bulan, ia boleh jadi 12 bulan dan segalanya ditentukan berdasarkan perkembangan politik termasuk kemungkinan pilihan raya," katanya

Apa jua alasan sekali pun , kita tahu perkembangan yang sedang berlaku dalam parti DAP ini ada kena mengena dengan kedudukan Guan Eng hari ini.

Mengambil kira semua perkara diatas dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Guan Eng , kenapa agaknya DAP tidak membuat keputusan untuk menasihatkan Ketua Menteri supaya segera meletakkan jawatannya ?

Bukankah keputusan sedemikian jauh lebih baik daripada mengekalkan Guan Eng yang terpalit dengan skandal yang cukup memalukan itu ?

Jika sebelum ini DAP boleh menjadikan fitnah dan tuduhan terhadap Najib sebagai modal untuk mendesak beliau berundur , kenapa tidak kali ini DAP mengambil pendekatan yang sama terhadap Guan Eng ?

Atau sememangnya DAP tidak lagi RELEVAN memandangkan PENGUATKUASAAN DINASTI LIM & konco-konconya terhadap parti tersebut jauh mengatasi perlembagaan parti itu sendiri !

2 comments:

mohammad azren said...

Kalau LAN berkenaan 1MDB pun di OSA kan, mcmana nk dikatakan fitnah. Bentangkkan lah LAN tu. Baru kita boleh nilaikan sama ada tuduhan terhadap Najib itu fitnah. Ada bran ke?. Rakyat dok menilai sahaja skrg ni.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.