Tuesday, July 19, 2016


Sejak pagi semalam Pulau Pinang ditimpa hujan dan sudah tentulah kedinginan hujan itu akan memberikan rahmat yang tak terkata buat seluruh warganya memandangkan sejak akhir-akhir ini cuaca panas masih lagi dirasai.

Namun kedinginan itu sedikit sebanyak tercalar dek kerana berlakunya banjir kilat yang menenggelamkan beberapa kawasan di bahagian pulau.Antara yang paling teruk terjejas adalah Teluk Bahang dan beberapa kawasan sekitarnya.

Bagi warga Pulau Pinang rasanya suasana sebegini sudah menjadi lumrah memandangkan sejak Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP menjadikan amalan CAT sebagai pegangan dan prinsip pentadbirannya , isu banjir kilat ini tidak pernah ditangani dengan serius.

Sebagai seorang Ketua Menteri yang pernah mengaku secara lantang bahawa bumi Pahang tidak akan sesekali banjir sekiranya Pakatan Haprak memerintah , Guan Eng seharusnya membuktikannya dulu di Pulau Pinang.

Malah jauh lebih dasyat lagi apabila kenyataan Guan Eng sewaktu mengulas tentang isu banjir kilat yang melanda Pulau Pinang sebelum ini , "IF NO RAIN (OR NO HEAVY RAIN) THEN THERE WILL BE NO FLOODING" .... Hebat sungguh Ketua Menteri ni kan ?

Tak perlu susah-susahkan diri cuma terus bagi kalam , betapa mudahnya kerja buat puak-puak cauvinis DAP ni ! Haprak !

Realitinya kerajaan DAP di Pulau Pinang sama sekali GAGAL dalam mengurus dan merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku apabila hujan lebat melanda bumi Pulau Pinang.

Rasanya sudah hampir 2 penggal Guan Eng dan konco-konco DAP mentadbir Pulau Pinang dan sepanjang tempoh itu apakah yang telah mereka lakukan bagi mengatasi masalah yang jelas melibatkan rakyat ?

Jika RM305 juta WANG RAKYAT PULAU PINANG boleh diBAZIRkan semata-mata untuk satu projek yang belum tahu hujung pangkalnya , kenapa dalam isu banjir ini Guan Eng mahupun kerajaan DAP di Pulau Pinang boleh membutakan mata ?

Sesuatu yang pasti Guan Eng jauh lebih bijak dalam menguruskan pembelian banglo terlajak murahnya kerana ia adalah untuk kepentingan peribadi dan menjadi bisu , buta dan pekak dalam menguruskan hal melibatkan RAKYAT !

Hakikatnya Guan Eng dan DAP lebih banyak bermain politik selain daripada mengaut keuntungan untuk diri sendiri.Bahkan segala kata-kata manis yang sering kali ditabur kononnya kerajaan negeri berjiwa rakyat dan jauh lebih baik daripada kerajaan BN adalah madah yang bisa membunuh tiap jiwa yang menelannya.

#UndurGuanEng

2 comments:

Anonymous said...

Tengok la dalam sedikit masa lagi, LGE akan salahkan kerajaan persekutuan sebab banjir di Pulau Pinang.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.