Friday, July 22, 2016


Banyak pihak khususnya penggerak politik memberikan tumpuan terhadap desas desus kerajaan DAP Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Negeri diadakan.

Jika melihat daripada kesungguhan Guan Eng sendiri , rasanya memang itulah hasrat DAP dan semuanya terpaksa dilakukan demi menyelamatkan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang setelah dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Sesuatu yang pasti gerak DAP dan konco-konco penjilat Guan Eng tampak berbeza sama sekali dengan apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini.Jika dulunya mereka antara gerombolan yang akan bangkit mendengus dan lantang membuat serangan balas kini semuanya seakan-akan terkunci mulut.

Berada dalam suasana segenting itu barangkali telah menyebabkan semua pemikir politik DAP hilang punca dan akhirnya mereka terpaksa berusaha untuk melakukan sesuatu yang mereka sendiri jangka MUSTAHIL untuk dilakukan.

Membubarkan DUN memang mudah tetapi sebagai parti yang mengaku bersahabat dan punya hubungan yang ampuh dalam Pakatan Haprak , DAP memerlukan sokongan daripada parti-parti lain khususnya PKR.

PAN tak payah cakaplah sebab hadirnya parti tersebut hanyalah sebagai penyambung generasi pencacai DAP selepas PAS diperah dan dilunyaikan sebelum ini.Manakala PAS pula sudah pasti mempergunakan sebaik-baiknya peluang ini untuk mula memberikan tekanan kepada DAP yang sebelum ini begitu galak mengusir keluar parti itu daripada Pakatan Rakyat.

Namun disaat-saat akhir hasrat menggunung DAP untuk menjadikan pembubaran DUN ini sebagai pentas KONONNYA untuk mengangkat Guan Eng sebagai hero tidak menjadi.Gerak hati puak cauvinis untuk terus mempergunakan parti-parti lain nampaknya dapat dihidu oleh rakan mereka sendiri.

Mungkin kesan daripada cemuhan dan pertelingkahan diantara DAP dan PKR sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini masih lagi dirasai atau paling tidak rasa dendam yang tersimpan jauh dilubuk hati Azmin Ali menyebabkan keinginan meluap-luap DAP terbantut.

Dilaporkan bahawa salah satu punca kenapa PKR dan PAS tidak mahu bersetuju adalah kerana mereka melihat bahawa pilihan raya ini bukan untuk memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya ingin diadakan semata-mata untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dari tuduhan rasuah dengan menyalah gunakan proses pilihan raya.

Tindakan yang bersifat jangka pendek ini adalah satu pembaziran dana awam dan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Sama ada bersalah atau tidak, kes Lim Guan Eng seharusnya diputuskan oleh mahkamah. Bukan kerajaan Pulau Pinang yang akan dibicarakan di mahkamah, sebaliknya Lim Guan Eng.

Menurut sumber dalaman, punca kedua kenapa DAP gagal mendapat persetujuan PKR dan PAS adalah kerana pilihan raya ini dilihat hanya akan menguntungkan DAP. DAP dilihat akan terus mengekalkan 19 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum yang lepas sedangkan PKR bakal kehilangan sejumlah kerusi sekiranya pilihanraya negeri diadakan. 5 kerusi PKR yang berisiko tinggi bagi mereka jika berlaku PRN di Pulau Pinang ialah seperti Seberang Jaya, Penanti, Sg Bakap, Pantai Jerjak dan Batu Maung.

Secara tersiratnya apa yang EP lihat adalah keputusan awal ini memberikan petunjuk bahawa PKR dan PAS sedar betapa mereka sedang dipergunakan sekali lagi oleh DAP untuk kepentingan parti cauvinis itu semata-mata.

Bahkan situasinya jauh lebih dasyat apabila PKR dan PAS dilihat sedang bermain-main dengan DAP apabila menggunakan kenyataan pembaziran dana awam dan tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Pinang !

Secara realistiknya apakah PKR benar-benar mementingkan tentang pembaziran dana awam ?

Rasanya tidak kerana merekalah parti pertama yang langsung tidak menghiraukan tentang perkara tersebut apabila Wan Azizah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu lihat juga apa yang berlaku di bumi Kajang , perletakan jawatan wakilnya semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar dan kemudiannya Wan Azizah memperlihatkan kepada kita betapa PKR bukanlah parti yang menghiraukan tentang soal pembaziran dana awam.

Selain daripada itu mereka turut menjadikan alasan manfaat rakyat Pulau Pinang sedang hakikatnya mereka tidak pernah ambil kisah tentang apa yang berlaku di Pulau Pinang apatah lagi hal melibatkan kepentingan orang-orang Melayu di Pulau Pinang.

Maka semua yang diungkapkan oleh pimpinan PKR dan PAS itu sebenarnya adalah momokan politik semata-mata kerana hakikat sebenarnya mereka tidak bersetuju dengan tindakan DAP untuk menyelamatkan kedudukan dan karier politik manusia bernama Lim Guan Eng.

Secara TERSIRATNYA , PKR dan PAS mahu supaya Guan Eng berdepan dengan proses perbicaraan di mahkamah memandangkan pertuduhan yang disabitkan kepada dirinya adalah akibat daripada keangkuhan dan keegoannya sendiri.

Mudah cerita dalam isu membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini , PKR dan PAS tidak menyokong keputusan DAP dan Guan Eng dan mereka mahu supaya Guan Eng segera meninggalkan mahligai politiknya dan berdepan dengan hukuman akibat daripada skandal pembelian banglo terlajak murahnya dan penyalahgunaan kuasa.

Cuma nak bercakap berdepan puak-puak ni takut sikit maklumlah tokong !


1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.