Thursday, June 2, 2016


Bagi setiap insan di muka bumi meninggal dan ditinggalkan itu adalah satu kemestian yang harus di terima dengan kekuatan iman dan takwa.Sebagai orang Islam , semua ketentuan itu perlulah diiringi dengan redha kerana kita yakin bahawa Allah swt lebih mengetahui dan berhak menentukan.

Manusia pastinya akan berdepan dengan kematian dan manusia juga bakal berdepan dengan situasi di mana kita ditinggalkan oleh mereka-mereka yang kita kasihi dan sayangi.Semua itu adalah PASTI dan bagi mereka yang masih hidup pula kehidupan perlulah diteruskan tanpa sesekali kita meninggalkan amalan yang diwajibkan kepada setiap dari kita oleh Allah swt.

Namun begitu sebagai manusia yang punya banyak kelemahan , kita kadang kalanya tidak dapat lari daripada berasa sebak dan sedih kerana kehilangan insan tersayang yang selama ini menjadi teman dan sahabat sepanjang menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Perasaan bercampur-baur itu , jika tidak disulami dengan iman pastinya mampu merubah kendiri tiap dari kita menjadi sebaliknya,Malahan tanpa iman seseorang itu mungkin melakukan sesuatu yang jauh melangkaui batas-batas sebagai seorang manusia mahupun seorang muslim.

Disinilah ketabahan diri diduga ! Cabaran mendatang cukup untuk menggugat pendirian diri dan ia turut mampu merubah corak kehidupan seorang insan.

Bagi EP , inilah cabaran yang sedang didepani oleh calon BN di Kuala Kangsar apabila beliau telah dicalonkan oleh pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kerusi tersebut.Sebagai seorang wanita dan isteri yang baru sahaja kehilangan insan tercinta , setiap saat pastinya dirasakan bagai setahun.

Berdepan dengan segala tohmahan dan caci maki daripada mereka-mereka di luar sana bukanlah sesuatu yang boleh diterima dengan hati yang terbuka.Sedikit sebanyak hati itu pastinya terguris dan ianya menjangkau jauh sehingga amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada dirinya boleh dianggap sebagai satu bebanan.

Namun sesuatu yang istimewa tentang Mastura adalah sejak dari hari pertama diumumkan sebagai calon di Kuala Kangsar , beliau yang kini masih berada dalam edah akibat kematian suaminya baru-baru ini tenang menerima tanggungjawab tersebut walaupun beliau tahu keadaan dirinya bakal dijadikan sebagai bahan pihak-pihak berkepentingan.

Ketabahan yang ditunjukkan oleh ibu tunggal ini bukan sahaja perlu dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada wanita-wanita dan ibu tunggal di luar sana tetapi juga diri EP sendiri.Kekuatan diri dan keimanan yang dimilikinya jelas dijadikan sebagai batu asas dalam setiap keputusan serta tindakannya.

Menjadi sebagai calon pertama mewakili BN dalam situasi dan keadaan ini , Mastura pastinya mencatat sejarah yang tersendiri. 

Apa yang kini dipertaruhkan oleh Ibu Tunggal ini hanyalah doa dan sokongan daripada semua pihak dalam usaha beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat.Jika sebelum ini jasa baktinya terhadap masyarakat Kuala Kangsar hanya sebagai seorang teman kepada arwah suaminya , keputusan PRK ini bakal merubah tanggungjawab itu kepada amanah yang jauh lebih besar.

Mastura tahu betapa menggalas tugas sebagai seorang Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar memerlukan beliau untuk terus fokus kepada keperluan dan kebajikan rakyat khususnya di kawasan Kuala Kangsar.

Dan ianya bakal menjadi satu pengalaman hidup paling istimewa bagi dirinya apabila tugas itu secara tidak langsung merupakan kesinambungan daripada tugas dan jasa bakti arwah suaminya.

EP yakin sekiranya Mastura diberikan peluang oleh penduduk dan pengundi di Kuala Kangsar , beliau tidak akan sesekali mensia-siakan amanah tersebut kerana disinilah segala kenangan pahit manis bersama arwah suaminya akan terus terpahat disanubarinya.

Justeru itu setiap usaha dan gerak kerja membantu rakyat akan menjadi satu tugasan yang cukup bermakna kerana beliau sebenarnya sedang melakukan tugas sebagai seorang Wakil Rakyat dan juga memenuhi misi arwah suaminya untuk kebaikan seluruh warga Kuala Kangsar.

2 comments:

JASRINA GIFT said...


Salam Mintak maaf kepada tuan punya blog nak tumpang letak iklan Homestay Untuk Pilihan Raya Kuala Kangsar JIka ada sesiapa masih mencari homestay untuk 5/6/2016 -18/6/2016 http://homestaykualakangsarku.blogspot.my/2016/06/anda-masih-mencari-homestay-di-kangsar.html Terima Kasih

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.