Sunday, June 12, 2016


Proses kempen bagi PRK Kuala Kangsar kini memasuki hari kelima maka seluruh jentera parti khususnya Barisan Nasional mula merancakkan siri kempen dan gerak kerja mereka untuk memastikan calon Datin Mastura Yazid dipilih sebagai Ahli Parlimen yang baru menggantikan bekas penyandang yang juga bekas suaminya yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.

Sudah semestinya gerak kerja bagi seluruh proses kempen di PRK Kuala Kangsar akan lebih mencabar dan menguji daya tahan seluruh jentera BN memandangkan kedatangan bulan Ramadhan dan juga keterbatasan calon BN Datin Mastura Yazid yang tidak akan turun berkempen sepanjang proses PRK diadakan kerana masih berada dalam edah akibat kematian suaminya.

Justeru itu Pemuda BN sebagai barisan paling hadapan dalam ketumbukan jentera BN kali ini dilihat perlu lebih bersedia dan tampil dengan gerak kerja serta perancangan yang teliti bagi memastikan segala usaha yang dilakukan mampu menyumbang kepada kemenangan BN di kerusi tersebut.

Tugas yang cukup mencabar ini pastinya memerlukan strategi ampuh daripada Pemuda BN khususnya kerana di Kuala Kangsar pengundi muda merupakan pecahan pengundi terbesar yang amat perlu didekati.

Untuk itu , Pemuda BN tampil dengan beberapa strategi dan kaedah untuk memastikan semua pengundi-pengundi muda ini didekati seterusnya menyakinkan mereka untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN Datin Mastura Yazid.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , saudara Khairul Azwan Harun berkata beliau amat gembira sekali dengan perkembangan terkini apabila melihat semangat yang ditunjukkan oleh seluruh jentera Pemuda BN yang tampil untuk bersama-sama dalam proses penamaan calon baru-baru ini.

Kehadiran ribuan jentera Pemuda BN khusus daripada kawasan parlimen Kuala Kangsar itu memberikan isyarat jelas betapa mereka begitu komited untuk terus membantu gerak kerja BN dan beliau melahirkan keyakinannya bahawa jentera inilah yang bakal menjadi nadi kepada kekuatan dan kelansungan kekuatan kempen Pemuda BN sepanjang 2 minggu tempoh berkempen.

Khairul Azwan Harun juga menyatakan bahawa beberapa strategi telah dirancang selain daripada memberikan tumpuan kepada beberapa perkara dalam usaha Pemuda BN untuk memastikan kerusi parlimen Kuala Kangsar kekal di tangan Barisan Nasional.

Berikut merupakan beberapa strategi dan fokus Pemuda BN yang telah dizahirkan oleh Khairul Azwan khusus bagi PRK di Kuala Kangsar.

STRATEGI KEMPEN PEMUDA BN

1.Jentera Pemuda akan bergerak dengan lebih agresif bertemu dengan pengundi muda di Kuala Kangsar untuk mempromosikan calon BN Datin Mastura Yazid seterusnya memastikan beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baru. 

2.Pendekatan dan sentuhan  Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad sewaktu menjadi Ahli Parlimen , Adun dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang telah mendekati orang-orang muda akan diteruskan oleh Jentera Pemuda BN di Kuala Kangsar malah dilipatgandakan.

3.Pemuda BN akan menggunakan kaedah jalan DARAT dan jalan SUNGAI untuk dekati semua pengundi di PDM memandangkan terdapat 5 kawasan PDM yang telah dikenal pasti berada di tebing Sungai Perak.

4.Keterbatasan bulan ramadhan tidak menjadi penghalang kepada Pemuda BN untuk terus laksanakan program berimpak besar kepada pengundi muda seperti Karnival kerjaya selain daripada meneruskan program berbentuk kebajikan serta program-program di PDM seperti aktiviti berkonvoi dan sukan yang sebenarnya menjadi minat serta kemahuan anak-anak muda di kawasan Kuala Kangsar .

Selain daripada itu Khairul Azwan Harun juga mensasarkan kepada 2 fokus utama khusus bagi memantapkan jentera Pemuda BN dalam segala gerak kerja mereka selama tempoh berkempen ini.

Kedua-dua fokus ini dilihat amat penting apatah lagi dalam suasana pertandingan 4 penjuru serta keterbatasan calon BN yang tidak dapat bersama dalam kempen-kempen yang dijalankan , ianya pasti sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pihak lawan namun begitu Pemuda BN mempunyai kaedah tersendiri dan beliau (Khairul Azwan Harun) mahukan supaya semua jentera Pemuda BN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung berpegang kepada 2 perkara ini agar segala persiapan dan perancangan dapat dijalankan dengan baik.

FOKUS

1.Jangan kita berasa Takut , Jangan kita berasa Sukar dan ianya tidak menjadi penghalang kepada kita kerana Datin Mastura dikenali dan diterima oleh anak muda di Kuala Kangsar.

2.Jangan Khuatir dengan keterbatasan calon BN Datin Mastura memandangkan beliau cukup dikenali penduduk dan Jentera Pemuda BN perlu terus menyampaikan mesej kepada pengundi muda tentang program-program yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham yang kemudiannya akan diteruskan oleh Datin Mastura.

Yang pasti apa jua yang berlaku , jentera Pemuda BN di Kuala Kangsar menggalas tugas dan amanah yang cukup besar bagi memastikan kerusi parlimen Kuala Kangsar kekal di tangan Barisan Nasional.

Bukan sesuatu yang mudah tetapi dengan usaha dan segala gerak kerja yang tersusun ditambah dengan strategi dan fokus seperti mana yang telah dinyatakan diatas sana ianya pasti akan menghasilkan keputusan yang terbaik.

SYABAS Pemuda BN !

1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.