Sunday, June 12, 2016


Suasana di PRK Kuala Kangsar mula rancak dengan segala gerak kerja untuk memastikan calon BN Datin Mastura Yazid dipilih sebagai Ahli Parlimen yang baru menggantikan bekas penyandang yang juga bekas suaminya Dato Wan Khair-il yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak.

Walaupun berdepan dengan bulan ramadhan di mana petugas-petugas dan seluruh jentera BN perlu berpuasa , ianya tidak pernah melunturkan semangat mereka malah memasuki hari keempat berkempen usaha terus dipergiatkan.

Terkini satu lagi program khusus untuk anak-anak muda bakal menerjah Kuala Kangsar.

Program Ekspresi Anak Muda : Pembangunan Usahawan Belia yang diilhamkan oleh Kementerian Belia & Sukan dan Majlis Belia Malaysia ini bakal menemui semua pada 12 Jun 2016 Ahad ini.

Untuk rekod Program Eskpresi Anak Muda: Pembangunan Usahawan Belia ini menyediakan pakej kepada para belia bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing. 

Program yang turut sama disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ini meliputi kursus, latihan, seminar dan peluang perniagaan dalam usaha pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan perniagaan. 

Komponen Program usahawan yang dikendalikan ini turut mementingkan kepada pewujudan usahawan dan peningkatan dan pengukuhan usahawan.

Antara strategi utamanya adalah ;

1.Mengadakan kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan  

2.Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan

3.Menyediakan insentif bagi peningkatan untuk usahawan baru dan sedia ada bagi membolehkan mereka memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan   

4.Mengenal pasti peluang usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan iaitu skim kedai runcit bergerak yang dikenali sebagai Kedai Jimat

Selain daripada menawarkan pelbagai peluang , program ini juga mensasarkan kepada 4 objektif utama iaitu ;

1.Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya. 

2.Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.   

3.Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing – masing. 

4.Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mampu bersaing di pasaran terbuka. 

Program yang bakal dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia , YB Khairy Jamaluddin ini juga bakal menawarkan pilot projek yang cukup menarik.

Jangka masa bagi Pilot Projek adalah 1 Tahun bermula Jun 2016 hingga Mei 2017. Pilot Projek ini dinamakan Kedai Jimat dimana kedai jimat ini akan beroperasi secara  bergerak dan diuruskan oleh usahawan terpilih. Sebanyak 3 unit Kedai Jimat akan beroperasi semasa pilot projek pada kali ini bagi mendapatkan maklumat mengenai cara pengurusan, pendapatan, serta topografi keperluan penduduk setempat.

Selain daripada itu program yang menyasarkan kepada bumiputera yang berminat dalam perniagaan berusia 18 hingga 40 tahun dan mempunyai minat dalam dunia perniagaan ini turut menyediakan kursus pembangunan usahawan yang akan diadakan sebanyak 4 kursus setahun bagi para belia serta sharing session daripada peserta pilot projek tersebut.  

Kepada seluruh warga belia dan anak-anak muda di Kuala Kangsar , jangan lepaskan peluang terbaik ini kerana ia di bawa terus kepada anda oleh Kementerian Belia & Sukan sejajar dengan matlamatnya untuk melatih , membimbing dan membuka peluang untuk mewujudkan usahawan baru dari kalangan belia serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada.



1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.