Sunday, June 19, 2016


Ramai yang tidak menduga bahawa keputusan PRK bagi kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar mencatat jumlah yang begitu besar.Malahan keputusan yang amat istimewa itu hadir pada ketika Barisan Nasional tampil mempertahankan kerusinya tanpa kehadiran calon kerana masih berada dalam edah.

Sudah tentulah keadaan dan suasana yang amat jarang berlaku dalam mana-mana proses kempen pilihanraya ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada jentera BN yang tidak pernah melalui suasana sedemikian.

Sejak dari pengumuman calon sehingga hari penamaan calon , ramai yang membicarakan tentang betapa ruang yang terbatas untuk calon diketengahkan kepada pengundi bakal merencatkan perancangan BN untuk terus mempertahankan kerusi Kuala Kangsar.

Kekhuatiran itu sememangnya diakui dan disinilah kematangan pimpinan BN dan keupayaan seluruh jentera utamanya terserlah.Kemampuan BN untuk mengembleng semua tenaga dan jentera membuahkan hasil yang amat baik selain daripada gerak kerja yang tersusun membuka ruang yang secukupnya untuk para petugas mendekati pengundi melalui semua saluran.

Tanpa kehadiran calon yang kini Ahli Parlimen Kuala Kangsar , Datin Mastura Yazid pun gerak kerja dan kempen BN mula memberikan impak yang cukup besar selain penerimaan penduduk di Kuala Kangsar mula meningkat.

Program-program yang disusun bersama-sama dengan pimpinan tertinggi BN juga menjadi asas paling kuat kepada penerimaan warga Kuala Kangsar.Malah kehadiran anak-anak calon bersama-sama dengan pimpinan BN ini turut memainkan peranan penting khususnya dalam menyampaikan hasrat dan suara calon kepada warga Kuala Kangsar.

Manakala kesiapsiagaan semua jentera Pemuda , Wanita dan Puteri serta fungsi yang mereka mainkan sepanjang proses kempen berlangsung perlulah diakui.Sebagai barisan paling hadapan ketiga-tiga sayap ini telah membuktikan keupayaan mereka yang tidak lagi perlu dipertikaikan,

Gandingan mantap kesemua elemen-elemen ini secara tidak langsung telah memberikan cabaran yang cukup besar kepada pembangkang yang dilihat berusaha untuk merampas kerusi Kuala Kangsar dari tangan BN.

Kerana itu kempen pembangkang kali ini terus berkecamuk dan lebih kepada bercakaran sesama sendiri selain mula berkempen secara tidak sihat. 

Walaupun BN mendepani segala macam serangan berbentuk fitnah , celaan dan penghinaan daripada pihak lawan , keputusan PRK Kuala Kangsar telah membuktikan betapa semua yang dimomokkan oleh pembangkang itu hanyalah retorik dan bersifat dendam politik.

Paling menarik tidak ada pula suara-suara sumbang yang membuat tuduhan kononnya keputusan PRK kali ini adalah kerana BN melakukan penipuan atau yang seangkatan dengannya seterusnya membutikan kepada seluruh negara betapa proses pilihanraya di Malaysia telus serta berada dalam kelas tersendiri dan BN sememangnya dipercayai oleh rakyat untuk terus mentadbir negara. 

Perancangan dan usaha berterusan kerajaan BN untuk terus memberikan yang terbaik kepada rakyat selain dari berusaha untuk terus memperbaiki kelemahan dilihat sebagai antara penyumbang utama kepada keyakinan berterusan rakyat terhadap kerajaan.

Isu-isu nasional yang begitu panas sebelum ini juga gagal untuk dimanfaatkan oleh pembangkang sebaliknya tindakan dan sikap pembangkang yang suka memfitnah pula menjadi penyumbang kepada kekalahan mereka di kedua-dua kerusi yang dipertandingkan.

Dalam masa yang sama BN telah memperlihatkan sikap matang mereka dalam berpolitik , walaupun berlaku perbezaan pendapat diantara parti-parti komponen sebelum PRK berlangsung semua parti komponen berada dalam satu pasukan serta memberikan tumpuan kepada kemenangan BN di kedua-dua kerusi tersebut.

KEMATANGAN dalam MEMBEZAKAN PERBEZAAN PENDAPAT dengan KESETIAAN dalam BN itu adalah ramuan rahsia yang amat dicemburui oleh pembangkang kerana mereka tahu ia cukup bernilai.

Sesuatu yang pasti gandingan dan fokus kesemua parti-parti komponen dalam BN jelas diperlihatkan dalam gerak kerja masing-masing dan ini sebenarnya perlu diterus dan ditambah baik kerana ia mampu menyumbang dan menghasilkan keputusan yang positif khususnya dalam menghadapi PRU14 nanti.

Rumusannya sepanjang proses kempen berlangsung sehinggalah keputusan akhir diumumkan , rakyat sebenarnya tetap yakin kepada kemampuan Barisan Nasional untuk menerajui kerajaan Malaysia.

Malah semua gerakan dan fitnah yang dilontarkan terhadap kepimpinan negara dan Barisan Nasional selama ini mampu ditangani sekiranya BN terus tampil dengan wadah berjiwa rakyat.

Warga Malaysia secara hakikatnya kini semakin matang dan kita percaya bahawa mereka yang suka mengamalkan politik kepartian melampau sehingga menggugat keharmonian dan kestabilan negara akan ditolak.

Keputusan PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar

#PRKSungaiBesar

BN 16,800
PAS 6,902
PAN 7,609

BN menang Majoriti 9,191

PRKKualaKangsar

BN 12,653
PAS 5,684
PAN 4,883
Bebas 54

BN menang Majoriti 6,969  

1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.