Monday, June 6, 2016


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun mengesahkan 4 calon bakal bertanding di kerusi P067 Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.Proses penamaan calon yang berjalan dalam keadaan tenang tanpa sebarang provokasi melampau itu dilihat banyak pihak sebagai bukti bahawa proses pilihan raya di negara ini berada di kelas yang tersendiri.

Tanpa bersikap prejudis mahupun berat sebelah , siapa jua yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk bertanding boleh menawarkan diri dan proses itu akhirnya akan berakhir di tangan rakyat bagi menentukan siapa yang lebih layak dipilih sebagai pemenang.

Oleh yang demikian , situasi sejak awal pagi tadi secara tidak langsung telah memberikan jawapan kepada kita bahawa segala tohmahan pihak-pihak yang berkepentingan sebelum ini kononnya SPR dan proses pilihan raya di Malaysia tidak telus adalah tidak benar sama sekali.

Dalam masa yang sama pencalonan Datin Mastura yang mewakili Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar bolehlah dianggap sebagai satu proses kematangan politik kerana dalam situasi beliau yang kini masih dalam edah akibat kematian suaminya dalam nahas helikopter di Sarawak.

Tanpa kehadirannya dalam mana-mana kempen mahupun ketika proses pencalonan siang tadi membuktikan betapa SPR bertindak mengikut lunas undang-undang yang diperuntukan kepada badan tersebut.

Menjadi bahan dan isu pihak tertentu dalam serangan politik awal untuk menjejaskan reputasinya sebagai calon BN juga dilihat sebagai cubaan kebudak-budakan malahan keyakinan seluruh jentera BN dan penduduk di Kuala Kangsar terhadap pencalonan Datin Mastura sebagai wakil BN dalam PRK di Kuala Kangsar ini dilihat sama bahkan menjangkaui jangkaan.

Keyakinan tersebut turut dizahirkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang melahirkan keyakinannya betapa calon BN Datin Mastura Mohd Yazid berupaya meneruskan legasi dan perjuangan suaminya Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata Mastura diyakini memahami pegangan dan usaha arwah suaminya, selain beliau dikenali rakyat setempat.

“Beliau calon terbaik. Beliau sememangnya dikenali penduduk Kuala Kangsar. Saya percaya pengundi juga menyakini beliau.

“Dan kita harap ‘mood’ ini akan berkekalan sehingga hari pengundian,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama jentera BN Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Chandan siang tadi.

Mengulas mengenai pertandingan 4 penjuru di Kuala Kangsar , Hishamuddin berkata perkara itu tidak menjadi isu kepada BN.

Sebaliknya, beliau mengingatkan jentera BN supaya bergerak secara berfokus dan mengelak menimbulkan masalah dalam jentera sendiri.

“Tiga penjuru, empat penjuru bukan perkiraan kita (BN). Apa jua masalah pembangkang itu, masalah mereka.

“Saya ingatkan PDM yang telah ditentukan dan jentera negeri angkat serta mereka yang menggelarkan diri mereka jentera BN supaya memikul tanggungjawab dan amanah dengan ikhlas bagi memastikan kemenangan calon BN. Itu yang penting,” tegasnya.

Beliau berkata situasi calon tidak dapat berkempen juga tidak perlu dijadikan isu kerana ia bersifat sementara iaitu sehingga habis tempoh edahnya.

“Ia perkara baru tetapi bukannya pelik. Beliau bukan tidak boleh keluar selamanya. Ia juga bukan pengukur kepada khidmat beliau kepada pengundi kelak.

“Anak-anak beliau juga banyak membantu. Sekarang ini, yang penting kita perlu bantu pastikan kemenangan beliau,” katanya.

Justeru itu EP yakin kehadiran Datin Mastura di bumi Kuala Kangsar bakal memberikan sinar kesinambungan perjuangan untuk kepentingan rakyat selain daripada usaha berterusan untuk melakukan perubahan dan menjadikan Kuala Kangsar lebih maju setaraf dengan hala tuju kerajaan BN menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

2 comments:

JASRINA GIFT said...

Salam Mintak maaf kepada tuan punya page nak tumpang letak iklan Homestay Untuk Pilihan Raya Kuala Kangsar JIka ada sesiapa masih mencari homestay untuk 5/6/2016 -18/6/2016 http://homestaykualakangsarku.blogspot.my/2016/06/anda-masih-mencari-homestay-di-kangsar.html Terima Kasih

HOMESTAY MASIH ADA KEKOSONGAN | KELUARGA
ANDA MASIH MENCARI HOMESTAY DI KUALA KANGSAR UNTUK PILIHAN RAYA KECIL KUALA KANGSAR 5/6/2016 -18/6/2016 KAMI MASIH ADA KEKOSONGAN KERANA PELANGAN YANG MENEMPAH HOMESTAY KAMI MENARIK DIRI SAAT AKHIR.
homestaykualakangs

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.