Thursday, June 23, 2016

DESAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SERIUS!!


Tindakan bekas Perdana Menteri , Tun Mahathir Mohamed untuk terus bersama dalam gerakan Deklarasi Rakyat didokong oleh hampir semua parti dalam Pakatan Haprak merupakan episod paling mendukakan bagi seluruh penyokong parti keramat UMNO.

Semua pihak sedar betapa perbezaan pendapat dan pandangan diantara Tun M dan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sudah masuk keperingkat paling mencabar apabila Tun M secara terang-terangan telah menyatakan penentangan sehingga menggerakkan gerakan untuk menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Pun begitu hampir semua pimpinan dan ahli-ahli UMNO masih lagi berusaha untuk tidak menyatakan rasa kecewa dan marah mereka terhadap gerakan Tun M.Semuanya berlaku kerana UMNO sejak penubuhannya dipupuk dengan nilai-nilai hormat dan mengenang budi.

Namun apabila Tun M mula menjarakkan dirinya daripada tagihan rasa hormat serta mengenang budi itu dengan gerakan Deklarasi Rakyat bersama-sama dengan Lim Kit Siang , pemimpin-pemimpin DAP dan juga pemimpin daripada PKR dan PAN maka suara akar umbi tidak lagi mampu berdiam diri.

Jika selama ini mereka berdiam kerana mengenang jasa Tun M , kini rasa itu walaupun masih kekal sampai bila-bila gerakan Tun M yang sudah sampai ke tahap membiarkan dirinya dipergunakan oleh pembangkang tidak dapat diterima.

Usaha berterusan dengan halal tuju yang cukup samar itu semakin membingitkan apatah lagi ianya turut memberikan kesan kepada kerajaan dan negara.

Apakah yang mampu di tawarkan oleh Pakatan Haprak kepada rakyat ?

Itulah persoalan besar yang meniti dibibir masyarakat apabila Tun M berkali-kali bersuara mahukan supaya Datuk Seri Najib digulingkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Pasti ramai yang mempersoalkan kenapa perlu diheret isu ini sampai mempertikaikan Pakatan Haprak sedangkan Tun M hanya mahu melihat Perdana Menteri di tukar ?

Rasionalnya kita perlu melihat dalam konteks yang jauh lebih besar iaitu kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga saat ini telah mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 yang lalu.Malahan seluruh jentera parti UMNO telah menyatakan taat setia mereka untuk terus bersama-sama dengan kepimpinan sedia ada termasuklah sokongan jitu daripada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Maka secara tidak langsung usaha Tun M melalui gerakan Deklarasi Rakyat itu jelas adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan sedia ada !!!

Inilah hakikatnya dan kerana itulah kemampuan dan keupayaan Pakatan Haprak dipersoalkan ?

Apakah mereka layak untuk menerajui negara dan rakyat sedangkan rakyat di Kuala Kangsar , Sungai Besar dan Sarawak baru sahaja menolak Pakatan Haprak ?

Apabila usaha dan gerakan berterusan yang dilakukan oleh Tun M dan konco-konconya dalam Pakatan Haprak semakin agresif maka kerajaan juga wajar bertindak.

Ini bukan lagi soal Datuk Seri Najib tetapi sudah sampai ke tahap hal melibatkan kedaulatan negara dan kerajaan Malaysia.

Oleh kerana itulah desakan daripada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia supaya kerajaan segera menghentikan bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana kena pada masanya.


Dalam kenyataan media yang disiarkan siang tadi , Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Naib Ketuanya saudara Khairul Azwan Harun mendesak kerajaan untuk segera menghentikan segala bantuan termasuk kewangan dan harta tetap yang diberi kepada Yayasan Kepimpinan Perdana sejak dari penubuhannya.Ini termasuk bantuan penggajian kakitangan sedia ada.

Pemuda memandang serius akan tindakan Tun Matahir memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Tindakan Tun Mahathir yang memburukkan kerajaan Malaysia dan YAB Dato' Sri Najib adalah dikecam oleh Pemuda kerana ianya amat bertentangan dengan perlembagaan dan sistem demokrasi yang diamalkan.Justeru Pemuda mahukan bantuan kerajaan kepada Tun Mahathir dan Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan segera.

Sudah pastilah akan ada pihak-pihak tertentu yang tidak akan bersetuju dengan desakan ini namun dalam keadaan dan situasi hari ini , desakan Pemuda UMNO Malaysia perlu diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan negara.

Ini bukan soal mengkhianati jasa Tun M kerana beliau telah lama diberikan ruang dan peluang untuk bersuara.Namun apabila usaha itu melampaui batas-batas tertentu yang boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada negara dan rakyat sesuatu harus dilakukan.

Kerjasama Tun M bersama Pakatan Haprak yang begitu agresif sekali adalah bersifat politik.

Tidak wujud langsung soal perjuangan rakyat kerana kehadiran DAP , PKR dan PAN adalah semata-mata untuk keuntungan politik beragendakan kepentingan kepartian.

1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.