Monday, June 27, 2016

KESIAN TUN M..HABIS SEMUA KENA RAMPAS


Apabila seseorang itu tahu bagaimana untuk mengekploitasi isu dan keadaan maka selalunya ayat-ayat yang keluar dari hati kecilnya akan menjurus kepada menagih simpati atau melontar persepsi kononnya diri dianiaya.

Tidak cukup dengan itu individu tertentu akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk diletakkan kesalahan dan sering kali individu itu akan cuba dijejaskan sama ada dari segi reputasi mahupun imej kendiri.

Dalam isu terbaru berkaitan Tun M , beliau secara jelas cuba mendapatkan simpati rakyat apabila menggunakan perkataan RAMPAS sedang hakikatnya Tun M sendirilah yang bertanggungjawab terhadap keputusan untuk menghentikan semua bantuan berupa kewangan mahupun harta terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana.

Apakah keputusan pucuk pimpinan kerajaan itu bersifat dendam politik atau atas dasar serang balas kesan daripada tindakan dan gerakan melampau Tun dalam Deklarasi Rakyat ?

Tidak dan jauh menyimpang daripada apa yang sedang cuba dimomokkan kepada umum hari ini !

Jika benarlah kerajaan mahu mengambil tindakan dan sengaja mencari ruang untuk melenyapkan keupayaan Tun M dalam gerakannya bersama pembangkang , ianya hampir pasti telah lama berlaku.

Namun apa jua keputusan yang telah dibuat , ianya hanya berlaku setelah Tun M bersuara dan menjelajah ke seluruh pelusuk negara.

Betapa ruang dan peluang yang selama ini telah diberikan kepada beliau langsung tidak dihargai.Malah kehadirannya bersama-sama dengan pembangkang sama ada di pentas Deklarasi Rakyat mahupun kempen pembangkang di 2 PRK baru-baru ini tidak pernah disekat.

Apakah ini bermaksud kerajaan begitu zalim terhadap Tun M ?

Rasionalnya keputusan untuk menghentikan semua bentuk bantuan terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana adalah disebabkan sikap Tun M sendiri.

Malahan desakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Naib Ketuanya saudara Khairul Azwan Harun hanya dibuat setelah Tun M dilihat telah menyalahkan gunakan kedudukannya di Yayasan Kepimpinan Perdana dan menjadikan Yayasan tersebut sebagai medium untuk merancang gerakan menggulingkan Perdana Menteri yang secara tidak langsung menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui mandat paling telus di saluran pilihanraya umum.

Melabel dan membuat tuduhan kononnya generasi pelapis (Khairul Azwan Harun) sebagai individu yang punya sikap "Corruption Of Power" sebenarnya memperlihatkan betapa terdesaknya Tun M hari ini.

Tahukah Tun M tuduhan pengamal rasuah sedemikian turut mengheret semua institusi Pemuda UMNO di seluruh negara dan hari ini secara tidak langsung Tun M telah mencemar maruah pemuda UMNO sebagai yang paling lekeh dan dipenuhi dengan gejala rasuah.

Begitu mudah beliau melabel pihak-pihak lain dengan ungkapan-ungkapan tidak enak seolah-olah Tun M punya sejarah politik yang terlalu suci dibandingkan dengan orang lain.

Usahlah menegakkan benang yang basah , tidak akan ada mana-mana pihak sekalipun yang boleh mengekalkan bantuan serupa kepada mereka yang secara terang-terangan menyerang kembali pihak yang menyediakan bantuan.

Apakah benar Tun M sanggup menerima bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO dan dipimpin oleh Najib Razak kemudian menggunakannya kembali untuk menyerang kerajaan , parti dan pemimpin yang sama ?

Dan kalau kita lihat kenyataan Tun M di blognya pada perenggan ke 4 ...

4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.

Tun M mengaku betapa penubuhan Yayasan Kepimpinan Perdana dan segala macam bantuan yang disalurkan kepada beliau oleh kerajaan selama ini melalui Yayasan terbabit adalah RASUAH !

Lihatlah bagaimana kelirunya Tun M hari ini , semua kemudahan dan segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan selama ini terhadap beliau dan Yayasan dibuat semata-mata kerana PENGHARGAAN diatas JASA dan KHIDMAT BAKTInya kepada negara dan rakyat.

Tidak ada siapa yang merampas apa-apa daripada Tun M !

Apakah Tun M sudah hilang harga diri ?

4 comments:

Anonymous said...

Betullah TAK tau MALU lansung si DIKTATOR PENYANGAK/PENYAMAQ/PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH/LANUN-madey ANAK BERANAK berIJAZAH LONGKANG ni!

Sampaikan PETRON*S pun habis diROMPAK si LANUN madey ni dan TOKEY2 PENJILAT2 si TERORIS2 PENDATANG DAPJUBOQ ANJING-KULI2 RASIS/FASIS/PORNO/HOMO si rejim TERORIS KANIBAL ISrael/ZIONIS! Apalagi PETRONAS telah diTUBUHkan dgn. PENAT-LELAH oleh NEGARAWAN ULUNG TERCINTA kita, BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN, Almarhum PM Tun Abdul Razak Hussein, iaitu BAPA kpd. YAB PM TERCINTA kita!

Tapi JANGAN haraplah si SPRM yg. sungguh MENCURIGAkan itu akan buka balik kes ini! Walaupun si LANUN-LANUN ni terus nak MEROMPAK PETRON*S serta RAKYAT - lagi $700 JUTA SEKARANG dari PETRON*S setelah MEROMPAK PETRON*S dan rakyat sebanyak RM16.21 bilion, dengan perjanjian konsesi IP* mereka yang dianugerahkan oleh si madey-LANUN tu - sehingga rakyat terpaksa TANGGUNG sampai SEKARANG!

Jadi SPRM oi - awatlah hang liat sangat no nak buka balik kes-kes ni sedgkan. PENINDASAN si puak Madey dan Tokey-tokey PENJILATnya masih menimpa dgn. DURJANA ke atas RAKYAT! SIAL lu si Madey dan mana-mana KETURUNAN lu serta PENYOKONG/Tokey-Tokey yg. juga amat-JAHAT-si PEMUJA-JAMBAN DAPBANGKAI BABI! Lihat di http://wakeupmalaya.com/2015/12/ytl-menang-saman-petronas-rm-700juta/ :

December 31, 2015 In Photo By WakeUp Malaya

YTL Menang Saman Petronas RM 700juta

Memandangkan kem pro-Tun begitu sibuk mempertahankan YTL selepas Najib menjelaskan bagaimana ERL yang dikuasai oleh YTL tidak mempunyai pilihan lain selain dari menaikkan tambang atau bayar RM2.9 bilion sebagai pampasan kepada mereka akibat dari perjanjian konsesi yang ditandatangani oleh Tun M, saya fikir adalah wajar saya menulis mengenai perkara di bawah – juga masalah legasi Tun M yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekarang.
________________________________________

Awal tahun ini, YTL telah menyaman Petronas di London dan telah memenangi pampasan berjumlah RM700 juta dari Petronas.

Berdasarkan Perjanjian Pembekalan Gas (GSA) yang ditandatangani pada tahun 1993, Petronas sepatutnya perlu menjual gas kepada YTL Power pada harga yang dikira berdasarkan formula yang sudah ditentukan yang tidak mengikut harga pasaran gas.

Walaubagaimanapun, apabila kerajaan mula menggunakan formula harga tetap untuk gas, YTL Power, di dalam laporan tahunannya, menyatakan Petronas secara bersendirian telah menarik balik diskaun yang disediakan di bawah formula yang berkaitan harga pasaran dan akibatnya, satu pertikaian telah tercetus sama ada diskaun tersebut, di dalam keadaan tersebut, adalah tertakluk di bawah GSA.

Di dalam satu pendedahan yang mengejutkan, Petronas sepatutnya membekalkan gas kepada YTL Power pada harga diskaun tetapi menarik balik diskaun itu pada tahun 1997, apabila harga gas telah ditetapkan kerajaan pada harga RM6.40 untuk setiap mmbtu (yang masih lagi satu diskaun yang besar berbanding harga pasaran) untuk kesemua loji janakuasa di negara ini, disebabkan oleh krisis kewangan Asia...... (teruskan membaca)

(Nek Tempoyak)

Anonymous said...

TOLONG! KEDAH terutamanya LANGKAWI; dan YAB DS Ahmad Bashah TERCINTA kita disyaki dalam keadaan amat BAHAYA – dari EJEN2/KULI2 ZIONIS-ISrael/DAPJUBOQ ANJING, si DIKTATOR LANUN/PENYANGAK/PENYAMAQ/PEMBUNUH-madey ANAK BERANAK berIJAZAH LONGKANG tu serta EJEN2/KULI2 depa! Lihat di - http://buletinsengal.blogspot.com/2016/06/selepas-mukhriz-dipecat-dari-umno.html , Selepas Mukhriz Dipecat Dari UMNO, Gerakan Tunggingkan Ahmad Bashah dan UMNO-BN Kedah Giat Dijalankan di Kedah Selatan dan Dalam Pentadbiran Negeri Sendiri Sunday, 26 June 2016!

Bahkan aku syak DS Ahmad Bashah diRACUN dgn. racun KIMIA!

Kanser/sakit jantung dsbnya, juga telah dibuktikan sebagai MO utama PENJAJAH Barat-Zionis diketuai CIA-MI6-Mossad (CIA/perisikan Barat diKUASAI MOSSAD/ZIONIS) untuk menghapuskan pejuang Islam/Bumiputera yang nationalis di “Dunia Ketiga“ (dan sekarang terutamanya pemimpin Islam yang nasionalis) - sila lihat di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!

Besar kemungkinan juga, BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta Tanah Melayu kita ini, Almarhum-Almarhum PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI6-Mossad (keduanya meninggal di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an, dari kanser termasuk Leukimia, yang juga sejenis kanser dalam darah atau tulang, dengan seorang doktor British yang SAMA) dgn. bantuan PENGKHIANAT tempatan.

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Tiada siapa yg merampas..Hanyalah..Dia (TDM) memulangkan apa yg bukan menjadi haknya.. dia perlu redha.. Yg bagi derajat dan hasil mahsul hanya yg Esa.. Redhalah.. Sbb di akhir sesuatu... wajib bersyukur dan redha..mereka tulah org yg beriman..kalau disebalikya..itu tergulong ..kufur nikmat..maka kita..tak perlu hiraukan orang sebegini..

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.