Sunday, May 8, 2016


Selesai sudah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 , seperti semua sedia maklum Barisan Nasional tampil melakar sejarah apabila berjaya menang dengan majoriti 2/3 seterusnya membawa mandat dan amanah warga Sarawak untuk terus berbakti dan mencipta kemajuan.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab , kepimpinan Barisan Nasional yang di terajui Ketua Menterinya Tan Sri Adenan Satem wajar menjadi contoh kepada negeri-negeri lain khususnya dalam gerak kerja dan memenuhi janji kepada rakyat.

Kesannya bukan sahaja mereka terus diberikan kepercayaan tetapi turut mampu mengembalikan sokongan pengundi-pengundi kaum cina yang sebelum ini dilihat menolak Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama pembangkang nampaknya mengakui dan menerima keputusan kekalahan paling memalukan itu dengan terus menyalahkan sesama sendiri. Hakikatnya seluruh negara bahkan dunia barangkali telah sedar sejak dari mula lagi betapa kehadiran pembangkang di bumi Sarawak kali ini dipenuhi dengan pelbagai ragam dan aksi-aksi keegoaan pimpinan-pimpinan utama mereka.

Perebutan kerusi dan tuding menuding bukan sahaja telah merencatkan segala perancangan mereka tetapi sudah sampai ke tahap meruncing apabila agenda peribadi atau kepentingan parti melebihi agenda rakyat.

Sebagai parti politik yang sering mengaku kononnya berjuang untuk rakyat , mereka telah GAGAL untuk meyakinkan warga Sarawak bahawa mereka adalah alternatif terbaik untuk menggantikan Barisan Nasional.

Dasar dan agenda Pakatan Harapan hanyalah satu retorik berbau politik yang boleh menyebabkan bumi Sarawak tergadai dan ini disedari oleh para pengundi di Sarawak.

Bahkan dalam keadaan tertentu pergolakan di antara DAP dan PKR dilihat sebagai antara punca utama kepada kekalahan paling memalukan ini dan ianya dibuktikan dengan keputusan penuh PRN Sarawak apabila 6 kerusi yang menyaksikan pertandingan sesama sendiri antara DAP dan PKR mengalami kekalahan.

Walau bagaimanapun seperti biasa sebahagian daripada mereka-mereka ini tidak akan pernah sesekali mengaku kelemahan dan kecacatan yang ada pada Pakatan Harapan sebaliknya terus menyalahkan pihak-pihak lain dan lebih memalukan sekali semasa mereka sibuk berkempen , warga Sarawak ditatang seolah-olah bidadari tetapi hakikatnya apabila mengalami kekalahan paling mengaibkan mereka mula mensasarkan rakyat Sarawak dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian.


Jelas inilah watak dan wajah sebenar pembangkang ! MEMALUKAN ...


Berikut adalah keputusan penuh PRN Sarawak kali ke-11

KEPUTUSAN RASMI
BN Menang : 72
DAP Menang : 7
PKR Menang : 3

DUN yang dimenangi oleh BN.

N.01 Onar
N.02 Tasik Biru
N.03 Tanjong Datu
N.04 Pantai Damai
N.05 Demak Laut
N.06 Tupong
N.07 Samariang
N.08 Satok
N.13 Batu Kitang
N.14 Batu Kawah
N.15 Asajaya
N.16 Muara Tuang
N.17 Stakan
N.18 Serembu
N.19 Mambong
N.20 Tarat
N.21 Tebedu
N.22 Kedup
N.23 Bukit Semuja
N.24 Sadong Jaya
N.25 Simunjan
N.26 Gedong
N.27 Sebuyau
N.28 Lingga
N.29 Beting Maro
N.30 Balai Ringin
N.31 Bukit Begunan
N.32 Simanggang
N.33 Engkilii
N.34 Batang Ai
N.35 Saribas
N.36 Layar
N.37 Bukit Saban
N.38 Kalaka
N.40 Kabong
N.41 Kuala Rajang
N.42 Semop
N.43 Daro
N.44 Jemoreng
N.45 Repok
N.46 Meradong
N.47 Pakan
N.48 Meluan
N.49 Ngemah
N.50 Machan
N.52 Dudong
N.53 Bawang Assan
N.55 Nangka
N.56 Dalat
N.57 Tellian
N.58 Balingian
N.59 Tamin
N.60 Kakus
N.61 Pelagus
N.62 Katibas
N.63 Bukit Goram
N.64 Baleh
N.65 Belaga
N.66 Murum 
N.67 Jepak
N.69 Kemena
N.70 SamalaJU
N.71 Bekenu
N.72 Lambir
N.73 Piasau
N.75 Senadin
N.76 Marudi
N.77 Telang Usan
N.78 Mulu
N.80 Batu Danau

2 kerusi BN menang tanpa bertanding: 

N.79 Bukit Kota
N.82 Bukit Sari.

DUN yang dimenangi oleh parti DAP:

N.09 Padungan
N.10 Pending
N.12 Kota Sentosa
N.51 Bukit Assek  
N.54 Pelawan
N.68 Tanjong Batu
N.74 Pujut

DUN yang dimenangi oleh PKR:

N.11 Batu Lintang  
N.39 Krian 
N.81 Ba'Kelalan

SYABAS EP ucapkan kepada rakyat Sarawak dan TAHNIAH Barisan Nasional 

5 comments:

Robert Thomas said...

Tahniah BN kerana memenangi prn sarawak 2016 dgn bergaya..

Anonymous said...

Yang nyata..pihak pembangkang didapati membayar seorg pengundi antara rm50 hingga rm200 mengikut jarak.Adakah ia bukan rasuah??!!!!
Spt kata dapigs...org bagi Wang..kita ambik...tapi pangkah lain.Undi adalah rahsia...you you....
Yang pelik...dapigs bnyk import ejen mengundi dpd semenanjung.Hehehe...mgkin tak percaya dgn ejen tempatan.Kesian...dapigs tidak percaya dgn pengundi mrk sendiri utk diupah sebagai jentera mrk.
Ditakdirkan mrk memerintah Swk...mrk akan gunakan org luar sbg kakitangan pntadbiran mrk...Itulah dapigs..hanya percaya pd kroni mrk shj.Yang lain hanya pencacai dan keldai.

Anonymous said...

Terbaik BN..

zakri md rozuki said...

btoi..rakyat srwk masih tdur dngn bantal yg BNbg..

PaPaDot said...

Demokrasi atau demo yang kasi BN menang.Terimalah hakikat,bila kalah macam2,kalau menang diam,Steadyla jadikanlah Malaysia negara demokrasi yg hebat

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.