Tuesday, May 10, 2016


Gambar atas merujuk kepada bantahan yang dilakukan oleh Adun PKR  Bukit Tengah YB Ong Chin Ween dan Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia bersama-bersama dengan penduduk membantah pembinaan Kuarters Pekerja Asing di Perkampungan Juru , Bukit Tengah dalam Parlimen Batu Kawan. 


Bantahan itu terpaksa di lakukan setelah suara mereka selama ini langsung tidak di hiraukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Banyak perkara yang telah disuarakan oleh penduduk sekitar tentang bantahan terhadap pembinaan kuarters pekerja asing terbabit.Antaranya adalah kerana mengambil kira faktor keselamatan , kesesakan , banjir , kerosakan rumah sedia ada akibat daripada kerja-kerja pembinaan , masalah sosial , kelemahan infrastruktur dari segi sistem perparitan yang boleh mengundang banjir kilat sekiranya hujan lebat dan jenayah.

Dianggarkan kini sudah terdapat hampir 4 ke 5 ribu warga asing yang telah menetap di kawasan terbabit dan suasana ini pastinya akan berubah apabila pembinaan kuarters tersebut yang mampu menampung sehingga 6 ribu warga asing menyusul.



Bayangkan penduduk warganegara Malaysia di sekitar kawasan Juru sahaja dianggarkan mencecah 16 ribu orang dan sekiranya pembinaan kuarters terbabit diteruskan mereka terpaksa berdepan dengan hampir 10 ribu warga asing yang bakal menghiasi kehidupan seharian mereka.

Suasana ini jelas amat tidak disenangi oleh penduduk sekitar dan kerana itulah bantahan terbabit dilakukan.

Kenapa kerajaan DAP membisu ?

Jika benar keluhan rakyat ini berbau politik dan retorik , EP rasa Adun PKR dari Bukit Tengah tidak akan sesekali menyertai dan bersetuju dengan tindakan penduduk terbabit.Malah kehadirannya membuktikan betapa kerajaan DAP langsung tidak berjiwa rakyat.

Bukankah kerajaan DAP sudah pun mengaku mereka mengamalkan dasar Cekap , Akauntibiliti dan Telus dalam pentadbiran mereka ? 

EP masih ingat bagaimana pemimpin DAP dari Pulau Pinang tampil menghentam kerajaan Barisan Nasional dalam isu pembekuan kemasukan warga Bangladesh tempoh hari.

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam ulasannya terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dasar kerajaan yang seolah-olah mementingkan keuntungan tanpa melalui proses kajian terperinci berkaitan sebagai punca kepada kenyataan “flip-flop” yang dikeluarkan Zahid itu.

“Masalah yang kita hadapi bukanlah berkaitan pekerja asing atau industri atau kononnya pekerja tempatan yang tidak mahu buat kerja buruh, tetapi kerana tidak ada strategi yang betul berkaitan sumber manusia.

“Dasar kerajaan adalah berdasarkan model perniagaan. Apakah model perniagaan itu? daripada mengambil pekerja asing untuk keperluan perniagaan tempatan, kerajaan sebaliknya melihat ia sebagai satu perniagaan,” katanya.

Lihat bagaimana pemimpin DAP itu tampil menjadi hero kepada seluruh rakyat Malaysia ! Tetapi secara tersiratnya tindakan itu sudah menjelaskan kenapa kerajaan membekukan kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia.

Banyak faktor telah diambil kira dan antaranya adalah potensi wujudnya permasalahan yang boleh berlaku dan membabitkan penduduk warganegara Malaysia seperti mana yang disuarakan oleh pendudk Perkampungan Juru , Bukit Tengah.

Apakah tindakan membina kuarters pekerja asing itu satu tindakan yang jauh lebih baik daripada membekukan kemasukan pekerja asing ?

Apa yang EP lihat tindakan membekukan kemasukan pekerja asing itu adalah bukti jelas betapa KERAJAAN MENDENGAR SUARA RAKYAT dan kerajaan bertindak !

Manakala tindakan membina kuarters pekerja asing di Juru adalah BUKTI betapa kerajaan DAP tidak mengihuraukan suara rakyat malah lebih teruk lagi tindakan mereka turut ditentang oleh orang sendiri yang mengaku bersahabat dalam Pakatan Harapan.

Jika beginilah CAT yang diwar-warkan maka ianya sudah pun membuktikan betapa merekalah yang sebenarnya lebih banyak berpolitik , retorik dan sering bersikap double standard !

1 comments:

Anonymous said...

semua kena tunduk pada tokong

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.