Friday, May 13, 2016


Baru sahaja selesai episod 1 aksi bergusti melibatkan kem pembangkang yang berlangsung secara "live" di bumi Sarawak , kini seluruh warga Malaysia bakal disajikan sekali lagi aksi serupa atau lebih hebat lagi apabila Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuka tirai.

Jika sebelum ini lakon layar itu lebih terarah kepada DAP dan PKR , episod baru ini diwar-warkan jauh lebih hebat kerana bakal menampilkan lebih ramai pelakon.

EP yakin aksi-aksi kali ini akan lebih memukau dan terserahlah kepada penonton untuk menilai seterusnya memilih siapa yang paling layak ditalkinkan dan siapa yang benar-benar boleh dijulang sebagai yang terbaik.

Pastinya Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya memandangkan kedua-dua kawasan terbabit adalah milik BN sebelum ini.

Persoalannya apakah kali ini pembangkang akan benar-benar belajar daripada kesilapan di Sarawak ?

Adakah pembangkang akan hanya meletakkan satu calon sahaja untuk mencabar calon BN ?

Setakat ini PAS sudah pun memberikan gambaran bahawa parti itu akan menurunkan calonnya dan dalam masa yang sama telah menggesa parti-parti lain dalam kem pembangkang supaya "stand down" agar sejarah mengaibkan di bumi Sarawak tidak berulang.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan hanya memberi peluang besar bagi BN menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Sesungguhnya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini bukan medan nak tunjuk hebat hingga yang kalah jadi abu menang jadi arang – melainkan ada yang memang bercita-cita sedemikian,” katanya.

Tersentak dengan kenyataan tersebut maka PKR yang kini sedang berdepan dengan masalah dalaman tampil menyanggah malah mengherdik parti PAS apabila menyifatkan tindakan parti itu (PAS) sebagai tidak sedar diri.

Wan Azizah dilaporkan berkata parti PAS hanya mampu memberikan saingan dalam arena politik kerana sokongan daripada Pakatan Harapan.

Satu kenyataan yang jelas memperlihatkan kepada kita betapa mereka (PKR) cukup angkuh sehingga memperkecil-kecilkan peranan PAS dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Apa yang EP nampak selain daripada kenyataan Wan Azizah kerakusan nafsu politik Azmin Ali , PKR pasti akan turut sama meletakkan calonnya apatah lagi salah satu kerusi terbabit berada dalam negeri Selangor.

Dan jangan di lupa AMANAH bakal hadir seiring dengan calon-calon lain kononnya atas dasar demokrasi politik sedang hakikatnya kehadiran AMANAH dalam kancah politik negara hanyalah sekadar pengacau dan pentas untuk menempatkan mereka-mereka yang sudah terpesong akidah politiknya.

Mat Sabu selaku peneraju AMANAH pastinya akan menyusun berjuta alasan untuk menghalalkan kehadiran mereka di bumi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Maka bergustilah sekali lagi parti-parti dalam pembangkang semata-mata kerana sikap pentingkan diri dan obses terhadap kedudukan serta kuasa.

Walaupun suasananya di jangka sepanas PRN Sarawak , EP berpendapat kemungkinan untuk berlakunya Tsunami politik yang jauh lebih dasyat daripada sebelum ini ada !

Sebagai parti yang menganggap mereka maharaja atau kepala samseng , DAP sudah tentu sedang menyusun gerakan licik kerana peluang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini akan memberikan impak yang cukup besar khususnya dalam persediaan menghadapi PRU 14.

Jika peluang ini dilepaskan maka DAP sebenarnya sedang melepaskan sesuatu yang cukup berharga memandangkan bekalan yang bakal diperolehi itu mampu merubah landskap politik di semenanjung.

Seterusnya memberikan peluang kepada DAP untuk mengintai kedudukan di Putrajaya !

Ada suara-suara yang mengatakan DAP bakal menurunkan sekali lagi calon Melayu Aziz Bari di salah satu kerusi yang dipertandingkan dan ada juga bunyi-bunyi yang mengatakan Dyana Sofya juga sedang dipertimbangkan termasuklah beberapa nama calon daripada orang Melayu.

Jika itu berlaku maka senarionya pasti akan lebih menarik dengan aksi-aksi "TUMBUK RUSUK" atau "SIKU DAGU" antara parti-parti yang mengaku bersama dalam kem pembangkang.

Bukan soal rakyat tetapi lebih kepada kepentingan dan agenda tersendiri.

Selamat menonton semua !

5 comments:

Anonymous said...

biar mampus diaorg

Anonymous said...

Tunggu lah ketibaan penjual ubat jalanan nombor 1 di Malaysia ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar iaitu....Maaaaatt Saabuuuu!!!
Kah...kah....kah

Anonymous said...

Mst syabu..........
Syok sendre

Anonymous said...

Mat syabu......
Syok sendri

Anonymous said...

dap kencing pkr
dap n pkr kencing pas
parti mat sabun... gerenti kena kencing oleh semua di atas..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.