Tuesday, May 17, 2016


Apabila integriti seseorang itu dipertikaikan , sering kali bahasa tubuh tidak akan pernah menipu bahkan ia akan lebih menonjolkan sikap buruk pihak yang terbabit. Ianya jauh berbeza apabila seseorang itu difitnah kerana pihak terlibat akan mempunyai lebih kekuatan untuk berusaha membebaskan dirinya daripada fitnah.

Malah mereka-mereka yang bersalah selalunya akan lebih cepat mengelabah dan banyak melakukan kesilapan yang akhirnya akan menyebabkan kelemahan serta kesalahan terdedah.Tindakan sembrono akan menjadi pilihan dan mengambil apa sahaja peluang didepan mata untuk memburukkan pihak lain.

Selalunya tindakan-tindakan sebegini dianggap sebagai cubaan untuk menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada orang lain.

Begitulah keadaannya apabila Lim Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan skandal melibatkan dirinya di Pulau Pinang.

Guan Eng dilihat cuba memainkan sentimen keagamaan apabila membuat tuduhan kononnya Ketua Pembangkang Pulau Pinang, YB Dato' Hajjah Jahara Hamid mahukan supaya tokong di tepi Taman Armenian di robohkan.

Sedangkan keadaan sebenarnya adalah Ketua Pembangkang itu telah menyuarakan tentang konsep reka bentuk di taman awam yang dirasakan tidak sesuai memandangkan penduduk Pulau Pinang bahkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Apa yang ditekankan oleh beliau adalah rakyat Malaysia telah mengamalkan konsep masyarakat majmuk yang hidup bersama atas dasar tolak ansur dan kerana itu reka bentuk tokong dikawasan terbabit boleh mengundang rasa kurang senang pihak-pihak tertentu dan adalah lebih baik ianya dibina di satu kawasan khas yang lain.


Pada EP ianya adalah satu tindakan yang cukup bertoleransi apabila Dato' Jahara membuat kenyataan sedemikian dan merujuk kepada pihak yang sepatutnya bukan dengan tindakan melulu mengikut emosi seperti mana fitnah dan tuduhan terhadapnya.

Sebagai Ketua Pembangkang , Dato' Jahara sebenarnya tahu bahawa memelihara semangat 1Malaysia itu adalah kunci kepada kemakmuran masyarakat seterusnya dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan sudah pastilah suasana yang muhibah itu akan mendatangkan banyak faedah kepada semua tanpa mengira bangsa.

Adalah sesuatu yang amat memalukan sekali apabila Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen kaum dan keagamaan sedangkan sebagai pemimpin tertinggi dalam kerajaan negeri , beliaulah yang seharusnya lebih peka dengan perkara-perkara sebegini.


Nampaknya Guan Eng benar-benar tersepit akibat daripada skandal demi skandal yang kini menghantuinya sehinggakan beliau langsung tidak memikirkan kesan tindakannya itu akan mengundang persepsi malah mungkin tanggapan rakyat akar umbi betapa terdesaknya Ketua Menteri sehingga sanggup memfitnah dan menjadi batu api untuk melaga-lagakan bangsa di Pulau Pinang.

EP yakin Guan Eng sebenarnya kemaruk isu dan kerana itulah isu yang sepatutnya diberikan perhatian oleh kerajaan negeri dijadikan sebagai peluru untuk menyerang kembali pihak yang sebenarnya membawa aspirasi rakyat untuk terus hidup serumpun dan mempertahankan semangat 1Malaysia.

1 comments:

Anonymous said...

tokong penipu

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.