Wednesday, May 25, 2016



Ternyata apa yang dicita-citakan oleh Guan Eng akhirnya menjadi kenyataan.

Sebagai seorang pemimpin politik yang dilihat suka dengan kedudukan dan darjat , Guan Eng akhirnya berjaya memenuhi hasratnya menjadi terkenal walaupun bukan atas dasar semangat berjiwa rakyat.

Skandal pembelian banglo terlajak murah tanpa swimming pool itu bukan sahaja telah mengheret pihak berkuasa khususnya SPRM untuk melakukan siasatan kerana punya unsur-unsur rasuah berkepentingan tetapi sudah sampai ke tahap menjadi popular sehinggakan pelancong turut mengambil kesempatan bergambar di hadapan banglo terbabit.

Gambar atas disiarkan oleh akhbar berbahasa cina tentang gelagat pelancong yang bergambar seolah-olah mereka berada di kawasan pelancongan atau monumen bersejarah yang boleh diabadikan sebagai kenang-kenangan.

Hebat tak ? Steady Guan Eng , EP ucapkan tahniah kerana berjaya menarik pelaburan ke Pulau Pinang hanya dengan sebuah banglo berharga murah yang memungkinkan selepas ini kedudukan ekonomi negeri Pulau Pinang melonjak naik seterusnya menafikan semua tuduhan yang mengatakan DAP dan Guan Eng tidak bijak mentadbir.


Mungkin selepas ini Guan Eng boleh menjemput para peniaga pula untuk membuka gerai-gerai cenderamata dan yang seangkatan dengannya untuk berniaga disekitar kawasan banglo tersebut.

EP yakin dengan perancangan mega seperti ini nama Pulau Pinang akan terus masyur bahkan mampu menambahkan pendapatan rakyat serta menaikkan sumber ekonomi negeri Pulau Pinang.

Pada ketika nama Guan Eng tengah mencongak naik ini , diberitakan juga bahawa isu skandal pembelian banglo terlajak murah yang sedang membelit dirinya bukan sahaja menjadi penyebab kepada kepopularan Guan Eng tetapi turut mampu menjadi sejarah dalam hidup ketua menteri terbabit.

Sejarah yang bakal merubah hidup anak kesayangan Lim Kit Siang !

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh disiasat di bawah seksyen yang memperuntukkan hukuman lebih berat berbanding yang pernah dihadapkan ke atas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dalam isu pembelian banglo kontroversi beliau.

Ketua Kluster Gover­nans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, namun perkara ini tertakluk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pihak yang melakukan siasatan dalam kes ini.

Katanya, selain Seksyen 165 Kanun Keseksaan seperti yang digunakan terhadap Mohamad Khir, Seksyen 161 kanun tersebut turut diguna pakai dalam menyiasat kes-kes membabitkan penjawat awam dalam mendapatkan sesuatu tanpa balasan mencukupi ketika melakukan urusan rasmi.

“Jika bukti tidak mencukupi di bawah Seksyen 161 dan tidak mencapai tahap tinggi sudah pasti SPRM tidak akan memilih seksyen tersebut. Ini kerana pembuktian perlu mencapai 90 peratus untuk diteruskan bagi tujuan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir didakwa dan didapati bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, bagi Seksyen 161 iaitu penjawat awam menerima suapan kecuali bayaran di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu perbuatan rasmi boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Jelas Nik Ahmad Kamal, walaupun Seksyen 165 kanun itu melibatkan kesalahan penjawat awam menerima barangan berharga dengan tiada balasan, namun pihak SPRM boleh menukarkan kepada Seksyen 161 jika mempunyai bukti yang lebih kuat.

“Mereka tidak boleh menghiraukan Seksyen 161 itu tetapi kalau ada bukti yang mencukupi ia boleh diubah jika dari Seksyen 165 kepada 161.

“Semua ini bergantung kepada SPRM, kita di pihak luar tidak tahu apa yang berlaku dalam siasatan. Justeru, apa jua keputusan termasuk jika tiada pendakwaan adalah mengikut siasatan yang dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, sekiranya kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 165, namun kesalahan yang dijumpai lebih serius maka tiada halangan untuk pihak berkuasa menggunakan kepada seksyen lain.

Kepada Guan Eng , jangan risau dengan populariti mendadak yang sedang berlaku !

Jika apa yang disebut oleh Nik Ahmad Kamal itu terpakai maka EP yakin Guan Eng pasti tidak akan sempat untuk melihat betapa meriahnya kawasan pelancongan terbaru di Jalan Pirnhorn Pulau Pinang kerana bakal diberikan percutian percuma dan mungkin pada agakan EP , Guan Eng akan bersama-sama dengan sahabat seangkatan Anwar Ibrahim menikmati pemandangan menarik dinding sel !

1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.