Saturday, May 14, 2016


Banyak perkara yang harus dirancang dan dilakukan untuk memastikan keupayaan sesebuah negeri itu dapat terus bersaing khususnya dalam keadaan hari ini.Antara perkara utama yang wajib diberikan perhatian semestinyalah agenda rakyat kerana kumpulan dominan ini merupakan aset terpenting kepada jatuh bangunnya sesebuah negeri.

Sebagai sebuah negeri yang memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri , Pulau Pinang dilihat antara negeri yang cukup berpotensi untuk terus menjadi antara yang terbaik berbanding negeri-negeri lain khususnya di utara semenanjung Malaysia.

Memiliki tempat-tempat percutian dan peranginan menarik , lanskap dua bahagian negeri antara pulau dan tanah seberang yang pelbagai , kewujudan kawasan perindustrian dan pusat-pusat komersial , jaringan lebuh raya utara-selatan dan syarikat konsesi yang menyusur hampir semua kawasan di Seberang Perai , laluan alternatif berupa perkhidmatan feri dan 2 jambatan bagi pengaliran trafik keluar masuk ke bahagian pulau , lapangan terbang bertaraf antarabangsa , pelabuhan yang cukup strategik di rantau asia dan kepelbagaian aneka makanan sebenarnya adalah aset terpenting yang menjadi perhatian bukan sahaja dari kalangan warga Malaysia tetapi juga para pelancong.

Namun negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini dilihat mula berubah sedikit demi sedikit setelah tampuk pentadbiran kerajaan negerinya bertukar tangan kepada pembangkang.

Dasar pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang sebenarnya amat mengecewakan , mereka seolah-olah lebih berbangga untuk menjaga kepentingan orang luar daripada penduduk dan budaya warga tempatan.

Lihat sahaja dalam konteks pembangunan contohnya , pembinaan projek-projek perumahan mewah dan terlebih mewah dengan harga mencecah jutaan ringgit sebenarnya menutup secara langsung peluang-peluang warga tempatan untuk memiliki kediaman sendiri.

Ketidakmampuan warga tempatan untuk membeli ini selalunya akan disambar oleh pihak lain yang punya keupayaan seterusnya secara tidak langsung tanpa kita sedar bumi Pulau Pinang telah tergadai kepada orang luar sedikit demi sedikit.

Cerun-cerun bukit digondolkan demi mewujudkan pembangunan bertaraf dunia sedang hakikatnya tindakan tersebut bakal menyebabkan berlakunya ketidakstabilan lanskap yang boleh mengundang bencana banjir kilat dan tanah runtuh.

Dalam keadaan tertentu tindakan meroboh kampung-kampung bagi memberi laluan kepada projek-projek pembinaan apartment mewah turut menyebakan warga tempatan menjadi pelarian di bumi sendiri.

Semua itu berlaku kerana kerajaan DAP di Pulau Pinang terlalu menumpukan kepada pelaburan orang asing bagi meningkatkan ekonomi negeri dan sudah tentulah dengan prasarana yang telah tersedia (sewaktu kerajaan BN) , mereka (kerajaan DAP) perlu memastikan keselesaan pelabur-pelabur yang mereka yakini dapat memberikan keuntungan segera.

Kerana itulah maka mereka kini tidak lagi melihat kewajaran untuk meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Warna bumi Pulau Pinang mula diubah sedikit demi sedikit !

Mereka mula memBARATkan Pulau Pinang agar golongan sasaran mereka terus berasa selesa sedang warga tempatan terus ditekan.

Kerana itulah wakil Barisan Nasional daripada parti UMNO yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang , YB Dato' Hajjah Jahara Hamid tampil membidas dasar kerajaan DAP yang dilihat semakin lupa daratan di Sidang DUN baru-baru ini.

Ketua Pembangkang itu berkata Pulau Pinang hari ini seakan ke arah 'Euro Centric' apabila nama-nama kampung, jalan, bangunan, pusat peranginan, arena komersial, taman-taman yang sepatutnya menonjol identiti Melayu, Cina dan India telah di'Inggeris'kan.

Beliau turut membangkitkan mengenai langkah institusi Islam negeri dalam memelihara ibu tunggal yang dianiaya serta ibu tunggal kepada wakil rakyat, yang seakan diabaikan oleh pemimpin Islam dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri.

Manakala seorang lagi ADUN UMNO/Pembangkang dari Kawasan Pulau Betong, YB Sr. Muhamad Farid Saad pula bertanya mengenai komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabat lagi institusi pendidikan Islam swasta di negeri Pulau Pinang.

Sementara itu , sewaktu disoal oleh wartawan berkenaan kenapa ADUN UMNO sahaja yang lantang mengenai isu membabitkan kepentingan Melayu dan Islam? Dan, di mana suara-suara ADUN Islam dan Melayu daripada blok Pakatan Harapan dan seorang ADUN PAS dalam isu berbangkit?

YB Dato' Hajjah Jahara berkata "Mungkin kerana terlalu nak 'Euro Centric' sangat, bercakaplah mengenai Penang Cleaner, Greener, Healthier & Safer, sampai di mana identiti Melayu, Cina, India rakyat Malaysia yang sebenar.

"Kalau 10 tahun dulu ada Melayu berniaga burger, sekarang pun mereka masih berniaga burger dan apa yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk memartabat peniaga-peniaga kecil kita, selain bercakap Penang Cleaner, Greener, Healthier & Safer sahaja," sinis Jahara tanpa menuding jari kepada mana-mana ADUN baik dari blok pembangkang mahupun kerajaan.

Lihatlah bagaimana tindak tanduk kerajaan DAP di Pulau Pinang !

Mereka tidak pernah kisah dengan identiti bangsa (Melayu , Cina & India ) kerana yang lebih penting adalah agenda licik parti itu selain usaha untuk keluar dari acuan perlembagaan negara Malaysia.

Apakah DAP sedang berusaha untuk membebaskan parti itu dari bumi Malaysia ?

Jika itu berlaku bagaimana dengan Pulau Pinang ?

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.