Saturday, May 28, 2016


Barisan Nasional (BN) petang tadi mengumumkan Datin Mastura Yazid sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri , YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Arahan BN di Kuala Kangsar.

Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Anak kepada bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Yazid Baba ini merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sepanjang Allahyarham suaminya menjadi wakil rakyat , Mastura dikatakan banyak memainkan peranan membantu mengurus gerak kerja di kawasan berkenaan.

Dalam masa yang sama beliau juga amat dikenali orang-orang di kawasan kerana sering menyertai program politik Allahyarham suaminya sejak dari zaman pemuda umno lagi.

Pemilihan Mastura sebagai calon di PRK Kuala Kangsar menggantikan Allahyarham suaminya dilihat sebagai satu keputusan tepat memandangkan Mastura lebih tahu dan memahami keperluan rakyat di kawasan Kuala Kangsar.

Malah BN yang selama ini sentiasa menitik beratkan keperluan dan kepentingan rakyat dilihat tampil dengan mesej jelas betapa agenda rakyat itu diutamakan sejajar dengan matlamat kerajaan Rakyat Di Dahulukan , Pencapaian Di Utamakan.

Sebagai calon Mastura tidak mempunyai sebarang masalah dalam konteks percaturan politik UMNO Bahagian Kuala Kangsar manakala pembangkang juga dikatakan tidak mempunyai isu dan modal untuk menyerang beliau sama ada dari segi politik mahupun peribadi.

Kehadiran Mastura di PRK Kuala Kangsar bakal memberikan cabarang sengit kepada pihak lawan dan peluang untuk BN terus mempertahankan kerusi tersebut cerah. 

1 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.