Tuesday, May 24, 2016


Skandal membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng sudah memasuki episod baru apabila SPRM sudah memulakan gerak siasatan mereka bagi semua laporan yang telah diterima.Memang ada siasatan yang telah dilakukan oleh pihak SPRM sebelum ini , cuma kali ini gerak siasat itu sudah semakin melebar dan kerana itulah SPRM hadir ke banglo terlajak murah Guan Eng.

Menurut laporan , Guan Eng diberitakan telah hadir ke pejabat SPRM pada pagi tersebut bagi memberikan keteragan dan kemudiannya telah dibawa bersama-sama dengan anggota SPRM ke kediaman ketua menteri tersebut.

Kecoh seketika di media-media dengan pelbagai cerita sehingga munculnya tajuk-tajuk yang memeningkan ! Ada yang kata SPRM serbu banglo Guan Eng kemudian SPRM hadir bagi memeriksa banglo tersebut dan paling lucu sekali apabila ada yang melaporkan SPRM hanya melawat banglo tersebut seolah-olah ada majlis minum kopi pula !

Memang melucukan ! 

Untuk rekod  ini adalah kali ketiga Guan Eng dipanggil ke pejabat SPRM selepas dua hari berturut-turut pada 6 dan 7 Mei lalu memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sedikit kronologi kes ,

Banglo itu dibeli Guan Eng pada Oktober lalu daripada Li Koon atau turut dikenali dengan Miss Phang dengan harga hanya RM2.8 juta iaitu jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa hartanah tersebut yang boleh mencecah RM5 juta. 

Pembelian itu mencetuskan kontroversi selepas turut dikaitkan dengan penjualan tanah Taman Manggis di sini oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat swasta juga didakwa pada harga di bawah pasaran. 

Tanah Taman Manggis itu sebelum ini dikhaskan untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd., untuk dibangunkan hospital swasta dan hotel. 

Pendedahan mengenai pembelian banglo pada harga luar bia­sa murah itu pertama kali dibuat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya yang membangkitkannya dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu.

Secara ringkasnya semua itu memberikan gambaran bahawa skandal pembelian banglo terlajak murah Guan Eng sebenarnya menjadi perhatian semua pihak.Bukan sahaja dari kalangan orang politik tetapi juga warga marhain kerana isunya berkaitan dengan salah laku atau unsur rasuah oleh seorang pemimpin DAP yang suka mengaku sebagai manusia paling maksum di dunia.

Warga Pulau Pinang sebenarnya tahu dan cukup sedar siapa Guan Eng sebenarnya.Sering berselindung disebalik slogan CAT sedang realitinya beliau bukanlah seorang pemimpin yang punya tanggungjawab dan amanah terhadap rakyat.

Sikap memilih dan double standard Guan Eng khususnya terhadap orang-orang Melayu begitu jelas sekali malah sesiapa yang melihat Pulau Pinang secara mendalam pasti akan sedar bagaimana layanan kelas pertama diberikan kepada mereka yang sebangsa dan menjadi penyokong DAP cukup berbeza dengan layanan terhadap orang Melayu dan India.

Bagi EP banyak perkara yang seharusnya kita berikan perhatian khususnya melalui pendedahan dan kes yang kini sedang dalam siasatan melibatkan Lim Guan Eng.

Sama ada pihak SPRM menyerbu , melawat atau memeriksa banglo murah Guan Eng , warga Pulau Pinang sebenarnya telah lama diserbu oleh dasar berat sebelah kerajaan DAP !

Mereka sentiasa menyerbu dan memeriksa gerai-gerai dan premis perniagaan milik orang Melayu kononnya atas dasar undang-undang tetapi bertindak sebaliknya dengan hanya MELAWAT mereka-mereka yang sebangsa dengan DAP !

Cauvinis tetap cauvinis !

2 comments:

Anonymous said...

Celaka lah SPRM

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.