Sunday, May 15, 2016

AMARAN DARI DAP UNTUK SEMUA


Jika sebelum ini banyak dasar-dasar berat sebelah mereka dipersoalkan oleh kebanyakkan warga Pulau Pinang kini suara daripada dalam Pakatan Harapan dan DAP sendiri sudah mula kedengaran.

Secara ringkasnya semua pihak tahu bahawa hampir kesemua ahli-ahli DAP bukanlah terdiri daripada mereka-mereka yang benar-benar berani untuk bersuara apatah lagi ianya melibatkan kedudukan manusia paling berkuasa dalam parti tersebut Lim Guan Eng.

Jika ada sekalipun mereka-mereka itu akan bertindak meninggalkan parti tersebut contohnya Mohamad Razali , Tunku Aziz dan segelintir lagi yang keluar parti seperti mana yang berlaku di PRN Sarawak baru-baru ini dan di pecat oleh parti kerana bersuara.

Tidak ada istilah demokrasi sebenarnya kerana DAP lebih mengutamakan hiraki atau lebih kepada amalan diktator dalam sebarang keputusan termasuklah dalam hal pemilihan pemimpin tertinggi parti itu sendiri yang kini dimonopoli sepenuhnya oleh Dinasti Lim.

Walaupun begitu suasana dalam kem pembangkang di Pulau Pinang kini nampaknya sedang mengalami perubahan yang agak drastik apabila sudah muncul wakil-wakil daripada pembangkang termasuk daripada DAP sendiri mempersoalkan dasar pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng.

Adun Berapit (DAP) Ong Kok Fooi ketika sesi sidang DUN Pulau Pinang telah mempersoalkan tentang pencapaian atau keberkesanan slogan  'Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat' serta 'Cekap, Amanah, Telus' yang sering dilaungkan kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini.

"Soalan saya adakah Pulau Pinang mencapai polisi CAT (Cekap, Amanah, Telus) kerana jika dibandingkan antara pulau dan Seberang Perai, ternyata kerajaan tempatan di Seberang Perai tidak berprestasi seperti yang diharapkan.

"Penduduk banyak (buat) aduan kepada saya ... saya perlu perjelaskan isu ini kepada rakyat di kawasan (Dewan Undangan Negeri) saya," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Ong yang jelas kelihatan tidak berpuas hati dengan prestasi penjawat awam di kawasan seberang perai, berkata agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan rakyat.

"Kebersihan di kawasan itu juga tidak dijaga," katanya.

Satu tamparan kepada kerajaan DAP di Pulau Pinang memandangkan pertikaian tersebut merujuk secara langsung terhadap agensi-agensi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang di pimpin oleh Lim Guan Eng.

Dalam masa yang sama diberitakan bahawa suasana penuh kontroversi dan panas turut berlaku ketika mesyuarat pra-majlis antara Guan Eng dengan 30 ADUN pakatan harapan baru-baru ini.

Keadaan tegang apabila sesi perbincangan terhadap isu projek penambakan laut yang diusulkan oleh wakil UMNO sebelum ini telah mendapat sokongan daripada 5 orang wakil daripada PKR sendiri.

Menurut sumber mereka telah ditekan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang supaya akur dan patuh kepada keputusan kerajaan negeri dan kegagalan berbuat demikian akan dianggap sebagai punca kepada berlakunya perpecahan sesama Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Malah kelima-lima Adun PKR tersebut bakal menerima padah dikeluarkan daripada pentadbiran kerajaan negeri semata-mata kerana tidak bersetuju dengan dasar kerajaan negeri yang jelas meminggirkan kepentingan rakyat.

Inilah dasar yang paling utama dalam pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang !

Dasar PAK ANGGUK yang perlu dipatuhi oleh setiap wakil-wakil daripada Pakatan Harapan kononnya atas semangat sepasukan dan satu hala sedang hakikatnya tidak ada mana-mana pihak sekalipun ( Pakatan Harapan ) yang boleh mengkritik keputusan kerajaan negeri kerana ia akan memberikan impak kepada kedudukan dan imej si Ketua Menteri walaupun isu tersebut jelas berkaitan dengan rakyat !

EP berpendapat sistem yang digunapakai ini sebenarnya memberikan mesej jelas kepada seluruh warga Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya betapa DAP sudah dan telah menguasai secara total apa yang mereka momokkan kepada rakyat berkaitan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan bukanlah satu pakatan yang berdiri atas nama perkongsian kuasa politik berpaksikan kepada perjuangan rakyat tetapi lebih kepada platform untuk DAP melebarkan pengaruh serta cengkaman politiknya supaya menjadi kuasa tunggal atau dominan yang membolehkan mereka mengarah dan menjadikan parti-parti lain sebagai pencacai kepada agenda cauvinis mereka.

Sesuatu yang pasti dan telah pun berlaku , disebalik semua perkara dan insiden pertikaian sesama sendiri melibatkan mereka-mereka yang mengaku bersatu di bawah Pakatan Harapan itu RAKYAT tetap menjadi MANGSA keadaan.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.