Thursday, May 5, 2016


Skandal pembelian banglo Guan Eng secara ringkasnya merupakan episod yang hampir sama seperti mana yang telah berlaku terhadap bekas Menteri Besar Selangor , Dr Khir Toyo sehingga beliau di penjarakan.

Dalam apa jua keadaan sekalipun , apabila satu-satu individu itu terlibat dalam sesuatu pembelian dan jualan yang mempunyai ciri-ciri jelas wujudnya unsur kepentingan maka ianya harus dan wajib disiasat.

Kepentingan disini bermaksud individu yang disabitkan itu datangnya daripada kumpulan yang mempunyai kuasa mahupun kedudukan bagi menentukan sesuatu sehingga mengundang persoalan , keraguan serta persepsi tentang wujudnya unsur-unsur rasuah dan yang seangkatan dengannya.

Dalam isu pembelian banglo Guan Eng di Pulau Pinang dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran , ianya cukup jelas menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak apakah kewajaran si penjual melakukannya ?

Phang Li Koon didakwa menjual banglo di Jalan Pinhorn tersebut kepada Guan Eng pada harga RM 2.5 juta yang berada di bawah harga pasaran sedangkan nilai hartanah semasa dianggarkan mencecah RM 5 juta.

Jika diamati kes seperti di atas , ianya terlalu kecil untuk berlaku dan selalunya ia melibatkan pihak-pihak yang punya kedudukan kewangan dan harta yang berlipat kali ganda itupun jarang sekali berlaku.Dalam sudut ekonomi pula tindakan sedemikian dianggap sebagai satu kerugian.

Tak pastilah EP kalau Phang Li Koon ini seorang yang pemurah , kalau berdasarkan kepada portfolionya Phang sudah hampir pasti tidak akan bertindak sedemikian memandangkan beliau adalah seorang ahli perniagaan yang tahu tentang istilah untung rugi melainkan ia berlaku disebabkan oleh sesuatu.

Apabila isu penjualan tersebut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia , maka Phang telah tampil membuat akuan berkanun (SD) menafikan dakwaan beliau mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Ekoran daripada itu beberapa pihak tampil membuat laporan Polis terhadap Phang mendakwa bahawa beliau telah membuat SD PALSU dengan bukti-bukti berupa dokumen yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Namun adalah sesuatu yang mengejutkan apabila semua pihak sedang menantikan laporan siasatan terhadap dakwaan tersebut , Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab dalam satu sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri mengumumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menutup kes berkenaan.

Beliau berkata, kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan telah ditutup setelah keputusan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara beberapa hari lalu.

Menurutnya lagi , pihak polis negeri Pulau Pinang sudah melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menutup kes ini.

Persoalan !

Kenapa Jabatan Peguam Negara boleh pula memutuskan untuk menutup kes tersebut ?

Pada ketika banyak pihak sedang berusaha untuk mendapat kepastian , Jabatan Peguam Negara pula mengeluarkan kenyataan  menafikan dakwaan bahawa ia telah membuat keputusan menutup kes berhubung ahli perniagaan, Phang Li Koon yang menjual banglo miliknya di Jalan Pinhorn kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Kini persoalan demi persoalan mula berlegar-legar , bagaimana pihak polis negeri Pulau Pinang boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa sedang Jabatan Peguam Negara tidak membuat kenyataan tersebut ?

Siapakah yang memberikan maklumat sedemikian sehingga perkara sebegini boleh berlaku ?

Atau ianya adalah satu laporan PALSU yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kredibiliti pihak polis negeri Pulau Pinang ?

Paling membimbangkan EP , apakah terdapat tangan-tangan ghaib yang cuba untuk menyelamatkan pihak-pihak tertentu melalui jalan belakang ?

Bukan menuduh tetapi bertanya sebab dikhuatiri berlakunya aksi-aksi terlampau untuk KEPENTINGAN pihak-pihak tertentu !

4 comments:

Anonymous said...

pastikan hantu yg sebabkan kekeliruan ini dikenakan tindakan

Anonymous said...

Ada udang sebalik mee kik kik kik.atau ada pemakan dedak dr org tertentu.

Anonymous said...

http://i2.sarawakreport.org/2/c/f/7/d/2cf7d4c948b3edb2de79ab4712f62a3b26e36ec6.jpg

gua jumpa cek? lu teka siapa punya
kesian kat pendedak blogger tak akan dapat macam ini

Anonymous said...

Ketua Polis Pulau Pinang patut disiasat berhubung kenyataan beliau itu samaada beliau terlibat dengan rasuah atau diblackmail oleh pihak2 tertentu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.