Tuesday, April 26, 2016

JANJI TINGGAL JANJI #PRNSarawak

Begitulah senario yang berlaku dalam Pakatan Harapan apabila memasuki gelanggang PRN Sarawak.Gerak tari dan nada nyanyian mereka ternyata cukup berbeza sekali dan ini dapat dibuktikan dengan apa yang sedang mereka sajikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Masuk hari kedua PRN Sarawak membuka tirainya , pergelutan dan tuding-menuding antara DAP dan PKR nampaknya sudah pun memusnahkan apa jua perancangan licik yang selama ini dirancang dengan matlamat untuk merampas bumi Sarawak daripada Barisan Nasional.

Lebih malang pula adalah impian besar parti PAN yang pastinya amat mengharapkan suasana dan gerak kerja dalam PRN Sarawak kali ini memberikan parti baru itu sedikit ruang untuk sekurang-kurangnya menumpang satu atau dua kerusi.

Namun ternyata apa yang diharapkan tidak menjadi malahan segala perancangan awal nampaknya sudah pun menemui nokhtah.

Rentetan daripada kemelut yang membelenggu kem pembangkang , DAP pula tampil dengan bukti PKR telah mengkianati perjanjian yang dimeterai sebelum ini.



Pengerusi DAP Sarawak , Chong Chieng Jen mendedahkan bukti bergambar yang disimpan didalam telefon bimbitnya tentang pembahagian kerusi diantara DAP dan PKR bagi menghadapi PRN Sarawak.

Bukti bergambar itu dikatakan adalah tulisan tangan Azmin Ali dan kerana itulah DAP bermati-matian menuntut kerusi seperti mana yang telah di janjikan.

Di pihak PKR pula mereka sudah pun menegaskan tidak akan sesekali menarik balik calon-calon mereka yang kini bertembung dengan DAP di 6 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Batu Kitang , Mulu , Murum , Simanggang , Mambong dan Ngemah.

Apa jua yang berlaku sekalipun ia sudah pun menjelaskan segala-galanya ! Inilah kerja buat pembangkang selama ini , mereka tidak segan silu untuk berdiri bersama seolah-olah keakraban itu melebihi dari kepentingan parti masing-masing.

Lakonan demi lakonan yang ditunjukkan itu cukup mudah untuk kita fahami , mereka hanya mahu rakyat percaya bahawa mereka adalah gandingan yang kononnya terbaik bagi menggantikan Barisan Nasional sedang hakikatnya mereka menikam sesama sendiri.

Manakala Barisan Nasional pula terus dengan gerak kerja yang jauh lebih tersusun dan sudah pun menyediakan 15 manifesto khusus untuk PRN Sarawak.


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.