Monday, April 25, 2016

INILAH PAKATAN NERAKA #PRNSarawak


Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sudah pun selesai.Sejak kaunter penamaan calon di buka padi tadi Barisan Nasional sudah pun memenangi 2 kerusi iaitu  di N79 Bukit Kota dan N82 Bukit Sari.

Satu lagi mesej yang cukup jelas kepada rakyat Sarawak betapa kacau bilaunya kem pembangkang seterusnya menelanjangkan laungan-laungan politik penuh keegoaan para pemimpin mereka yang begitu mendabik dada seolah-olah PAKATAN yang digembar-gemburkan itu cukup profesional.

Realitinya bercakap memang senang tetapi zahirnya pembangkang tidak ubah seperti sekawan spesis serigala yang berebutkan bangkai yang sama spesis dengannya.

Jika sebelum ini tuntutan kerusi antara PKR dan DAP cuba disembunyikan oleh segelintir pimpinan mereka kononnya ia akan diselesaikan menjelang hari penamaan calon hanyalah auta semata-mata.Hakikatnya perebutan yang merebak kepada insiden ugut-mengugut itu bukan sahaja sudah menjadi barah kepada seluruh jentera kempen pembangkang bahkan ia turut meragut maruah tiap pendokongan dan penyokong mereka apabila segala-galanya terburai seawal pagi tadi.

Sebaik selesai proses penamaan calon , pembangkang sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana apa yang diperlihatkan kepada rakyat Sarawak adalah satu petanda betapa Sarawak bakal menjadi mangsa kepentingan politik KEPARTIAN !

Senarai DUN di mana calon BN di tentang oleh lebih dari satu calon pembangkang ,

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

Kalau selama ini mereka mengaku bahawa sentiasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama dalam satu kumpulan yang mereka dambakan sebagai PAKATAN , maka persoalan mudah yang perlu difikirkan oleh semua pengundi di Sarawak adalah apakah ianya benar-benar PAKATAN ?

Mungkin PAKATAN itu hanya hadir di waktu dan saat mereka mahu melakonkan watak masing-masing sedang realitinya mereka hanyalah sekumpulan badut yang sedang berusaha untuk memenuhi nafsu serakah masing-masing.

1 comments:

Anonymous said...

Dulu hanya pencacai jer....
Sanggup menjilat taik demi kuasa dan harta.
Bila dah berkuasa....org lain disepak dan dihina sukati jer...
Dasar cina babi dap....pghasut dan pencetus rasis....
Sial korang!!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.