Sunday, April 24, 2016

GADUH LAGI #PRNSarawak

Menjelang hari penamaan calon PRN Sarawak pada 25 April 2016 ini , kem pembangkang nampaknya mengekalkan momentum mereka seperti mana yang pernah mereka lakukan sebelum-sebelum ini.

Jika dihitung dari gerakan ceramah rasanya dah bermacam perkara dilontarkan kepada warga Sarawak dan sudah tentulah antara pengisian utama adalah kerajaan di bawah Barisan Nasional sentiasa tidak pernah berada dalam keadaan baik apatah lagi untuk membela nasib rakyat.

Jika boleh mahu sahaja mereka sumbatkan ke dalam pemikiran warga Sarawak bahawa selama ini Barisan Nasional bukanlah satu-satunya pihak yang sering turun padang dan membantu rakyat kerana yang sering bersama dan sentiasa berdamping dengan rakyat adalah pembangkang walaupun REALITINYA mereka hanya hadir di saat waktu dan ketika memerlukan.

Senang cerita mereka akan hadir dan bersungguh-sungguh pada saat mereka mahu menagih UNDI dari warga Sarawak !

Tidak cukup dengan itu kehadiran mereka ada kalanya lebih kepada tahap menghina warga Sarawak itu sendiri ini dibuktikan dengan satu artikel yang disiarkan oleh portal milik pembangkang yang jelas menghina apabila mengibaratkan kaum bumiputera Sarawak sebagai ‘anak ayam’ yang hanya makan dedak dan bersuap manakala beraknya ditadah oleh UMNO.


Tidak cukup dengan itu , semua pihak boleh melihat sendiri bagaimana kelam kabutnya kem pembangkang dalam menentukan calon.Sehingga ke hari ini pembangkang masih lagi dalam proses tuntutan , menuntut kerusi dari pihak yang mengaku sebagai seangkatan.

Mereka masih lagi tawar-menawar sesama mereka dan dilaporkan PKR masih lagi bernafsu untuk menuntut 5 kerusi DUN daripada DAP sedang DAP pula berkeras untuk tidak melepaskannya.

Di saat PAS dilihat tidak lagi menjadi sahabat seangkatan pembangkang PAN pula sedang mencuba nasib di bumi Sarawak dan parti pimpinan Mat Sabu itu meletakkan 13 calon mereka.

Agihan kerusi kepada Pakatan Harapan pada PRN kali ini ialah PKR (40) DAP (30) dan Parti Amanah Negara (13).

Sebaliknya Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satim sudah pun mengumumkan senarai penuh nama calon-calon mereka bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sarawak.


Berdasarkan kepada itu maka rakyat Sarawak sebenarnya sudah pun mendapat jawapan siapakah yang mereka perlu pilih dalam PRN Sarawak kali ini.

Barisan Nasional diperingkat awal lagi sudah membuat persediaan rapi dan terancang malah semuanya berjalan dalam keadaan yang cukup kemas dan teratur.

Kesiapsiagaan ini membuktikan kepada seluruh warga Sarawak bahawa Barisan Nasional bukanlah parti caca marba tetapi memiliki keupayaan yang begitu meyakinkan apatah lagi Sarawak selama di bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem begitu cemerlang sekali.

Hakikatnya pembangkang tetap mengekalkan momentumnya untuk berebut-rebut kerusi dan tidak konsisten dalam apa yang mereka labelkan sebagai PAKATAN !

1 comments:

Anonymous said...

Silap tu bukan berebut kerusi tapi berebut dedak yang ditabur. Nasib baik temolok berisi. Tak lah jadi ayam berak kapur.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.