Wednesday, April 27, 2016

Apa yang EP lihat perlantikan Ybhg Datuk Muhamad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru bagi menggantikan Ybhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada penghujung April 2016 selepas 16 tahun berkhidmat ternyata mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak.

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib sewaktu mengumumkan perlantikan tersebut berkata beliau yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

Serentak dengan pengumuman tersebut maka tamatlah spekulasi  dan fitnah jahat yang disebarkan oleh The Wall Street Journal sebelum ini kononnya Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bakal menjadi pengganti Zeti.


Tindakan WSJ menyebarkan berita berbentuk spekulasi itu jelas merupakan sebahagian daripada usaha jahat pihak terbabit yang cuba mengapi-apikan suasana khususnya dalam memburukkan nama Malaysia dalam isu 1MDB.

Malahan tajuk berita dan gambar Tan Sri Irwan Serigar yang disiarkan oleh akhbar terbabit dilihat sebagai propaganda barat untuk terus menyerang Malaysia dalam konteks isu 1MDB sedang realitinya Tan Sri Irwan serigar sendiri tidak tahu menahu tentang menggantikan Zeti seperti mana yang dilaporkan.

Sila rujuk lini ini..
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/irwan-tidak-tahu-bakal-dilantik-gabenor-bank-negara

Sementara itu terdapat unsur-unsur fitnah selain daripada serangan persepsi berniat jahat untuk memburuk Malaysia apabila dalam laporan yang disiarkan oleh WSJ itu mereka dengan jelas berusaha untuk meyakinkan pihak-pihak lain kononnya tindakan melantik Tan Sri Irwan Serigar sebagai salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk menutup isu yang melanda 1MDB.

Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber itu dilihat menyiarkan laporan kononnya Putrajaya akan menamakan Irwan , ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara yang baharu.

WSJ melaporkan , Pejabat Perdana Menteri, Bank Negara dan Irwan tidak mengulas mengenai kemungkinan pelantikan itu seolah-olah ianya dirahsiakan. Kemudian menulis lagi untuk mewujudkan sentimen kebencian terhadap kerajaan apabila menyiarkan profil Irwan yang menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.

Tidak cukup dengan itu WSJ berkata , jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha (melobi) Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.

Selain daripada memuji Zeti kerana "pengurusan ekonomi beliau yang stabil", menarik pelabur kepada saham dan bon  , WSJ dilihat cuba mengaitkan sekali lagi isu 1MDB dan Perdana Menteri Malaysia apabila menyelitkan dalam laporan mereka suasana yang perlu ditempuhi oleh Zeti sepanjang beliau melaksanakan tanggungjawabnya.

"Pada tahun akhir tempoh perkhidmatannya, beliau terpaksa bergelut dengan penyusutan ringgit dan kesan daripada skandal berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan Irwan turut menganggotai lembaga itu".

Bukankah semua laporan tersebut merupakan cubaan untuk menghasut khususnya kepada rakyat Malaysia kononnya kepimpinan negara sedang melakukan usaha-usaha bagi menutup apa yang disebut sebagai skandal 1MDB sedang hakikatnya kerajaan sejak dari mula lagi sudah pun mengarahkan agar isu berkaitan 1MDB ini disiasat termasuklah oleh Jawatankuasa PAC yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen daripada pembangkang ?

Apa yang paling memalukan ialah apabila sebuah akhbar yang kononnya paling gah di sebuah negara paling maju didunia boleh bertindak menyiarkan laporan yang faktanya bukan sahaja diragui tetapi berunsur fitnah !

Di mana integriti The Wall Street Journal sebagai sebuah akhbar dalam membuat dan menyiarkan laporan mereka ?

WSJ sepatutnya mendedahkan siapa sebenarnya sumber mereka yang dikatakan daripada Putrajaya bukan sekadar menyebutnya.

Atau ianya adalah satu FITNAH terancang dari The Wall Street Journal ?

2 comments:

Anonymous said...

org yg bodoh takkan baca wsj sbb tak paham BI.. ttp lg bangang org yg baca dan faham dan yakin sungguh2 wsj itu benar..

QalamQabut said...

Jom kita baca pulak fitnah Sarawak Report harini…

Same Rogues Same Land Grab Practices Condoned By Adenan - BALINGIAN LAND GRAB
27 APR 2016


“… A massive chunk of land in Taib (Mahmud)’s own backyard of Balingian (see the destruction above) had been signed over by the Land & Survey Department, which comes under the State Ministry of Planning and Resource Management, set up by Taib and now headed by his successor Adenan Satem.

… The land, Lots 6 & 7 of Block 4, Buloh Land District, consisted of no less than 6,766 acres (2,738 hectares) which had been handed for a pittance to a company called Greenpro Farm Sdn Bhd (Director called Mohamad Syah Afiq Bin Mohamad Ali, a 23 year old man from a Kampung in Limbang) on 9th January 2015 for a mere RM300 per acre, compared to an estimated market value of RM4,000.

… The shortfall, in fact, is a clean RM23,457,600 that was not paid and should have been. Instead the buyers merely paid a paltry RM2 million in royalties to the state, if indeed that money was ever collected.”

Inilah cerita Tanah Terlajak Laris di Sarawak. Kalau boleh JANGAN percaya! Aku post utk makluman saja.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.