Saturday, April 30, 2016


Akibat daripada tindakan memfitnah ,  ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin di perintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar ganti rugi berjumlah RM280,000.00 kepada empat wakil Barisan Nasional dari Tasek Gelugor.

Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong memerintahkan Dr Afif daripada PKR membayar RM70,000 masing-masing kepada Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, ADUN Telok Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid, ADUN Permatang Berangan Omar Abd Hamid dan ADUN Sungai Dua Muhamad Yusoff Mohd Noor.

Beliau juga mengarahkan Dr Afif selaku defendan membayar kos RM10,000 kepada keempat-empat plaintif itu berserta faedah lima peratus.

Ketika membenarkan saman fitnah difailkan oleh empat wakil rakyat BN itu, Lim berkata mahkamah mendapati perkataan yang diucapkan oleh Dr Afif pada Himpunan Reformasi 2.0 bertarikh 17 April 2014 adalah fitnah terhadap kesemua plaintif.

“Mahkamah juga mendapati pembelaan defendan untuk justifikasi gagal kerana defendan tidak mengemukakan apa-apa bukti bagi menyokong rayuan justifikasi,” katanya.


Tuduhan fitnah berniat jahat Dr Afif itu merupakan usaha untuk memburuk-burukkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tanpa mempunyai bukti yang sah.Malahan Dr Afif dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap isu tanah TUDM Butterworth yang menjadi viral sebelum ini apabila diberitakan tanah TUDM tersebut akan dibangunkan dengan projek pembangunan.

Walau bagaimanapun kepimpinan UMNO di Parlimen Tasek Gelugor telah membantah cadangan tersebut dan sudah pun merujuk perkara itu ke peringkat tertinggi.

YB Dato Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebelum itu sudah pun menafikan tuduhan berkaitan penyelewengan penjualan tanah yang dituduh dilakukan antara kroni serta menyifatkan tindakan fitnah tersebut sebagai menjejaskan imej dan integriti pemimpin-pemimpin UMNO di Tasek Gelugor.

Untuk rekod Dato Jahara Hamid , Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang dalam satu kenyataannya sebelum ini telah menyebut bahawa semua Adun Barisan Nasional membantah cadangan pembangunan tapak TUDM Butterworth kerana lebih mementingkan keperluan dan kehendak rakyat Pulau Pinang malah pembangunan tapak TUDM itu akan menjejaskan kawasan persekitaran Kadun Telok Air Tawar dan kawasan Parlimen Tasek Gelugor.

Selain itu, Jahara juga mendakwa penukaran tanah TUDM di Butterworth dengan tapak di Ara Kuda milik PERDA adalah tidak wajar dilakukan oleh pihak kerajaan Pusat. Ini kerana kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan rumah kos rendah serta rumah mampu milik untuk rakyat.

Malah pihak pengurusan PERDA sendiri telah menolak cadangan kerajaan untuk mengambil tanah tersebut sebagai "land swap" bagi tujuan pemindahan tapak TUDM di Butterworth.

Jadi jelas apa yang diungkapkan oleh Dr Afif itu adalah FITNAH semata-mata dan sememangnya keputusan mahkamah itu tepat seterusnya membuktikan kepada semua pihak inilah sikap dan wajah pemimpin pembangkang di Malaysia.

4 comments:

Anonymous said...

Hahahahaha....
Iblis bertopengkan doktor....
Klu manusia beragama sgt khuatir dan takut menabur fitnah...
Dia ikut sapa???!!!!
Korang tahu sendiri....

Anonymous said...

Guan Eng tak mahu saman Rahman Dahlan ke?

Guan Eng boleh jadi jutawan dan Rahman Dahlan boleh muflis.

Ataupun... Guan Eng boleh masuk penjara dan Rahman Dahlan jadi hero BN

Anonymous said...

Biarkan gone end tenggelam dgn labunya...
Mmg sah ada unsur rasuah...klu tak rasuah dah berkumandang suara babi tokong tu di seluruh negeri Swk.Dia ingat rakyat bodoh!!!
Biarkan dia dgn kesombongan dan bongkaknya tetapi rakyat sedar muka penipu dan hipokrit keturunan tokong tersebut.Imej dapigs bernajis dgn meletakkan dia sbg setiausaha dan km p.pinang.
Lucu...dulu bukan main melaungkan CAT...Cara Aku Tipu rakyat.....hehehe
Berlakon baik tapi tangan panjang....hehehe

Anonymous said...

Pemilihan parti pon tipu...
CAT konon...Cara Aku Tipu

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.