Monday, August 31, 2015


Tindakan pihak penganjur BERSIH 4.0 yang telah mencemarkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Kali Ke-58 dengan gerakan jalanan mereka sememangnya menjadi perhatian banyak pihak.Sama ada pihak-pihak teribat menyokong atau menolak gerakan jalanan haram itu , ianya menjadi hak peribadi setiap dari kita.Namun secara realitinya , dalam keadaan negara dan dunia yang kini sedang berdepan dengan pelbagai kemelut khususnya berkaitan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang sewajarnyalah gerakan-gerakan seumpama itu di tolak.

Sebagai warganegara Malaysia . kita seharusnya lebih memberikan perhatian dan menumpukan kepada semangat cintakan tanahair.Apatah lagi dalam bulan kemerdekaan ini seluruh rakyat sebenarnya perlu menzahirkan rasa syukur masing-masing dengan menghormati sambutan Kemerdekaan Negara buat kali yang ke-58.Bukan sesuatu yang mudah untuk kita berdiri dan mengaku sebagai warganegara Malaysia yang dulunya dijajah malah rakyat kita sendiri menjadi hamba kepada penjajah sehinggakan nyawa menjadi taruhan.

Kini setelah kita menempah sejarah dan berdiri sebagai bangsa dan rakyat kepada sebuah negara Merdeka , tindakan jalanan BERSIH 4.0 seharusnya dianggap sebagai tindakan yang menjurus kepada mengkianati usaha mereka-mereka yang terdahulu berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan tanahair daripada pihak penjajah.

Dalam keadaan negara sedang berdepan dengan pelbagai serangan politik dan fitnah adu-domba yang boleh menyebabkan runtuhnya nilai-nilai patriotik di kalangan masyarakat , kita dihidangkan pula dengan gerakan-gerakan bertunaskan politik beragenda jahat.

Persoalannya untuk apa gerakan seperti BERSIH 4.0 itu dianjurkan pada ketika negara sedang berada dalam Ambang Kemerdekaan ? 

Paling mengecewakan kita lagi apabila bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahathir bukan sahaja kini menjadi antara pelopor untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan undang-undang rimbanya tetapi turut hadir bersama-sama dengan peserta-peserta himpunan haram BERSIH 4.0 di ibu negara.

Untuk apa Tun Mahathir hadir dan bersama dalam himpunan terbabit ?

Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir dan konco-konconya jelas hanyalah sekadar alasan penyedap diri sedang hakikatnya terdapat poster yang dibawa oleh peserta BERSIH 4.0 yang turut menghina Tun Mahathir sendiri.

Di mana MARUAH Tun Mahathir sebagai seorang Negarawan  yang turut pernah menggalas tugas sebagai Presiden Parti UMNO dan juga Perdana Menteri ?

Bukankah Tun Mahathir sebelum ini diwaktu dan ketika beliau masih seorang pemimpin pernah menolak dengan sekeras-kerasnya tindakan-tindakan jalanan seperti ini ? Dan kenapa hari ini Tun Mahathir seolah-olah menjilat kembali ludahnya dan lebih malang banyak mata kini melihat Tun Mahathir sudah terlalu terdesak untuk meneruskan agenda politiknya semata-mata.

Maka kerana itulah kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berikutan tindakan Tun Mahathir itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.Kekecewaan yang dizahirkan oleh anak didik Tun Mahathir itu seharusnya menjadi perhatian dan pengajaran kepada kita sebagai warga yang mengaku cintakan negaranya.

Kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin jelas dapat dilihat apabila beliau dengan tegas telah menyatakan bahawa tindakan itu berten­tangan sekali dengan apa yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir pada 1998 bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan menyuarakan rasa tidak puas hati, apa lagi menjatuhkan kerajaan.

“Ketika itu saya Ketua Pemuda UMNO, zaman pentadbiran beliau (Dr. Mahathir). Apa yang dilakukan oleh Tun (Dr. Mahathir) semalam adalah salah, lebih-lebih lagi apabila kita di bawah kepimpinannya dahulu diajar supaya tidak mengikuti demonstrasi jalanan.

Sebagai mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Tun Mahathir , kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin bolehlah ditafsirkan sebagai satu tindakan tegas yang cukup berani apabila beliau turut mengingatkan kepada kita siapa sebenarnya yang pernah mengingatkan orang-orang Melayu satu ketika dahulu supaya jangan sesekali lupa dengan apa yang telah kita nikmati.

“Kita diajar setia kepada pucuk pimpinan tetapi apa yang dilakukan oleh Tun semalam bertentangan dengan apa yang ditegaskan beliau dahulu. Tindakan Tun seperti cakap tak serupa bikin. Kembali apa yang beliau pernah kata iaitu ‘(Melayu) mudah lupa’,” katanya.

Sebagai salah seorang pemimpin dalam pentadbiran kerajaan yang hari ini sedang bertungkus-lumus untuk membina negara dan berdepan dengan gerakan-gerakan fitnah dan hasutan yang begitu hebat , tindakan Datuk Sri Hishammuddin sebenarnya kena pada masanya.

Sudah terlalu lama kita membiarkan pihak-pihak beragenda jahat ini menggunakan ruang yang ada dan selama itu jugalah kita terlalu berlembut dengan mereka.Kini masanya sudah tiba untuk kerajaan dan kepimpinan parti UMNO khususnya bertindak dengan tegas dan penuh berhemah.

Seperti mana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Hishammuddin dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung UMNO Bahagian Sepanggar semalam , sememangnya beliau cukup berhak untuk berkata sedemikian.

“Selama ini kita tidak pernah menyekat Tun untuk menyuarakan pandangan di mana-mana platform. Tetapi tindakan bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Sedih, (sebab) itu negarawan kita. Saya berhak menyatakan ini kerana saya cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO,” ujarnya.

Sebagai Naib Presiden UMNO , kenyataan tegas beliau sewajarnya diamati dengan sebaik-baiknya oleh Tun Mahathir dan konco-konconya.Inilah sebenarnya ungkapan keramat bukti betapa kepimpinan negara hari ini berada dalam landasan yang benar dan tidak akan sesekali membiarkan pihak-pihak yang punya agenda peribadi menghukum rakyat dan negara Malaysia.

Sebagai seorang pemimpin yang sealiran darah dengan pengasas parti UMNO , rasanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bukanlah seorang pemimpin yang boleh dijual beli apatah lagi membiarkan dirinya dipergunakan oleh pihak-pihak yang jelas mahu melihat keruntuhan parti UMNO seperti mana yang sedang berlaku terhadap Tun Mahathir.

7 comments:

Anonymous said...

Tun mahataik dah nak ganti tempat anwar!!!!
Aku mintaklah kpd mana2 saudara mara dan rakan taulan mahataik agar beri nasihat kpd dia.
Aku dah semakin menyampah dgn dia tapi sikit lagi nak sama rasa menyampah aku dgn anwat.
Korang yg rapat dgn mahataik...klu tak bagi nasihat dgn dia atau sengaja tak nak bagi nasihat...korang mmg pukimak!!!!
Pukimak krn membiarkan dia menyamai sikap dan perangai anwar!!!!Harap korang faham!!!!
Tolong nasihatkan dia...
Bekas editor utusan dan ahli parlimen yg hebat bersorak....tolong nasihatkan dia!!!Kpd blogger khasnya din penyu babi...tolong nasihat kan dia!!!
Kami tak nak maruah dia diaibkan oleh kemunafikannya sendiri.Cukuplah anwar menerimanya!!!Aku tak nak dia menerima nasib yg sama.Jika hayat tun m dah tak ada...biar pergi dgn nama yg baik....
TOLONG NASIHATKAN DIA...

Anonymous said...

Tgk TV3 tadi statement TDM dah mcm paria..cakap berbelit2...entah la

Anonymous said...

Tindakan Tun tu memang amat memalukan dan menjatuhkan marwah.

Anonymous said...

Apakata aku bagi nasihat pd Tun M jgn libat politik lagi dan ko pulak nasihat Ahjib gor tu letak jawatan? Aku rasa ko tak nak tak da teloq atau ko kata tak patut suruh ahjib gor ko tu letak jawatan, jadi aku pun kata dua dua orang tu boleh rosakkan negara. Ahjib degil, Tun M pun degil.

Miss Vee said...


Lagi Gambar … >>> DI SINI !! <<<

pak, anton said...

SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

Bapak Rahmad Bastian said...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.